Heboh di internet bahawa rakaman gambar Taib Mahmud di kolam renang punca sebenar mengapa beliau lengah untuk mengumkan tarik persaraannya .. mau jadi Yang DiPertua Sarawak atau model????
Ketika bahang kekecohan mengenai persaraannya sedang hangat, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti mencurahkan air sejuk pada spekulasi itu dengan berkata beliau akan mengumumkan tarikh dan nama penggantinya dalam masa dua hari.
"Saya perlu berfikir berkenaan beberapa perkara," kata Taib mengulas berkenaan pengumuman persaraan dan calon yang bakal menggantikannya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.
PBB adalah parti tunjang bagi Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
"Mesyuarat hari ini berlangsung lebih baik daripada yang disangkakan," kata Taib selepas mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti itu di Kuching.
Pengerusi tetap parti, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, pada sidang akhbar berkata, Taib meminta "tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan keadaan di negeri ini”.
Beliau berkata, PBB sebulat suara akan bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Taib sebagai penggantinya.
Asfia, yang berkata resolusi memberikan Taib mandat dibentangkan oleh Menteri Tugas Khas Tan Sri Adenan Satem dan disokong Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, tanpa mendedahkan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk membuat pengumuman.
Adenan, ketua penerangan parti; Abang Johari, timbalan presiden II dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, naib presiden kanan, adalah tiga nama yang disebut-sebut oleh spekulasi selama bertahun-tahun untuk menggantikan Taib.
Asfia membayangkan ketiga-tiga nama itu juga disahkan oleh parti.
Adenan dilaporkan memilih pemimpin BN negeri paling kanan dan pemerhati politik sebagai ketua menteri akan datang.
"Pengganti yang akan datang adalah penting kerana beliau adalah individu yang akan menerajui negeri BN dalam pilihan raya akan datang pada 2016," kata Asfia .
"Oleh itu, beliau harus mempunyai sokongan padu daripada parti."
Pengakuan Taib bahawa beliau bakal membuat pengumuman dalam masa dua hari dan pandangan majlis tertinggi bahawa beliau bakal Yang Dipertua Negeri (TYT) menjawab spekulasi meluas bahawa Taib akan dilantik sebagai ketua negeri seterusnya apabila tempoh TYT sekarang, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, berakhir pada 28 Februari.
Asfia berkata majlis tertinggi berpendapat beliau perlu menjadi ketua negeri seterusnya sebagai mengiktiraf sumbangan beliau yang besar kepada negeri dan negara.
"Beliau adalah tokoh yang tepat untuk menjadi TYT akan datang," tambah Asfia .
Menteri Muda Pembangunan Belia Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tiga hari lalu mencetuskan spekulasi terbaru berkenaan persaraan Taib apabila beliau memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa "ia bila-bila masa sahaja, yang pasti dalam tempoh ini".
Berusia 78 tahun, Taib mentadbir Sarawak selama 33 tahun, memberi petanda pada pilihan raya negeri 2011 bahawa ia mungkin penggal beliau yang terakhir. Mandat kerajaan negeri berakhir pada 30 Jun 2016.
Esok, Taib dijangka memaklumkan kepada rakan pakatan negeri dalam BN – Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak Parti Bersatu Rakyat (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) – mengenai keputusan parti dan untuk mendapatkan sokongan mereka di mesyuarat majlis tertinggi peringkat BN negeri.
Presiden PRS Tan Sri James Masing, dalam reaksinya kepada keputusan majlis tertinggi PBB, berkata partinya akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Taib sebagai penggantinya.
sekarang dia kebal dan akan menjadi halimunan bila jadi tyt.
ReplyDeleteApa dia jg kebal dari hayunan mungkar dan nangkir???
ReplyDeleteHaluuuuuuu. .........
ReplyDeleteLps haman jdi firaun...puie
Khak tuih
Menteri paling kebal kt malaysia.ada vdo pun puak ni boleh lepas.kalau x merembat bukan puak umno la jawapanya..
ReplyDeleteKESIAN.. DAH TAKDA MODAL POLITIK.
ReplyDeleteAGAKNYA TUHAN KAMU SUKA DENGAN PERBUATAN KAMU.
Blog kontroversi!! Lihat christian united 4 malaysia blogspot
ReplyDeleteBiar lah dia menongkat langit ikut mamat kerala tu.
ReplyDeletengo jangan pandai2 nak upah melempang orang kebal ni..
ReplyDeleteLiat betol org tua ni nak lepas jawatan. Madey dan nik aziz pun dah pencen
ReplyDeleteBukan liat tapi kalu boleh nk duduk sehingga yamaul kiamah kot....ABU
DeleteKami di Sarawak tak perlu UMNO,PKR,PAS untuk mentabir Negeri kami...kami cukup aman dan selesa dan kami tak nak budaya yg kamu amalkan sekarang merebak ke negeri kami dan contohnya apa yang kamu buat dengan negeri Sabah.
ReplyDeleteKesian kat kaum Iban. Yang pandai ramai. Yang kaya juga ramai, yang kuat berjuang juga ramai. Namun nampak macam kena kencing aje. Yang memerintah adalah dua tiga kerat Melanau yang billionaire. Pergi ke Semenanjung tak boleh pulak guna injil bahasa Melayu kerana ada perkataan Allah. Apai, fikir-fikir baik-baik apai untuk cucu dan cicit angan nak ikut agi idup agi mabuak!!!
ReplyDeleteKami tetap serumpun dan kaum2 di Sarawak aman tetapi harta kami dirampas oleh umno,pkr,pas untuk pembangunan di semanjung & apa yg kami dpt selama ini & isu perkauman tadi kami terapkan di negeri kami tetapi apa contoh yg umno,pkr,pas buat untuk semua kaum bumi di Sarawak.
ReplyDeleteMana nyer yg aman kat swak tu...kaum iban tertindas sdgkan diaorg majoriti....syarikat2 besar yg dpt kontrak bsr kat msia semuanya milik taib...tanah rakyat dirampas tmsk tanah fam sy..buat repot polis pon x dpt buat apa......bkn pkr umno atau pas yg amik tapi taib..bodoh la ko ni
DeleteAdoiiiii aku org swak jugak....bengap punyer anon...apa yg dah taib buat utk swak aku tanya ko?harta berbillion2 dia dapat mana sdgkan gaji rm 39k je......cuba jwb.......tp xpe Allah akan membals segala perbuatan pemimpin yg zalim..dia nak berundur pon ats tiket TYT tu...kl x, dia nak dok lg
ReplyDeleteKau suruh umno,pkr n pas tadbir Sarawak kalau dah nak sangat...yg dah berbillion habis kat pembangunan di semenanjung kau tak tanya n sapa yg control duit kalau tak Federal n mana wang kami n budget negeri kami mana cukup kamu bagi n sarawak tu besar dari semanjung takat budget sejemput dpt sarawak nak membangun n yg kamu ambik semua utk kau orang bolot n org bumiputra sarawak tak dpt apa2
ReplyDeleteMun kau org Sarawak n kau tanya dgn UMNO kena status Negara yg ada pada sarawak n sabah d tuka jadi negeri...jgn kau bodo n belum nya masuk merintah samaada umno,pas,pkr lagi lah hancur n madah jak org sarawak tapi sejarah negeri kau pun x tauk..
ReplyDelete