Friday, 7 February 2014
APABILA PENGANALISIS POLITIK TERKENAL BERBICARA MENGENAI DSAI JIKA MENJADI MB SELANGOR.
Seorang penganalisis berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, ia akan mengubah corak permainan pembangkang kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mengetuai sebuah negeri sebagai rekod prestasi untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Singapura, Dr Ooi Kee Beng, berkata jika Anwar berjaya sebagai menteri besar Selangor, ia akan memberikan lebih banyak tekanan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
“Jika dia mengetuai Selangor, polisi yang dilaksanakan negeri itu akan digunakan sebagai rekod prestasi pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika beliau mempunyai rekod prestasi yang baik, daripada polisi sehingga menyelesaikan masalah air, beliau mempunyai sesuatu untuk meyakinkan pengundi, beliau akan mempunyai rekod prestasi yang boleh dibanggakan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Anwar adalah aktivis mahasiswa pada 1970-an yang menyertai Umno pada 1982 dan kemudiannya meningkat naik sehingga menjadi timbalan perdana menteri. Beliau dipecat pada 1998 di atas pertuduhan liwat dan rasuah.
“Jika tidak, rekod beliau hanyalah sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada pertengahan 1990-an,” katanya.
Ooi berkata, jika Anwar menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketua pembangkang itu akan dapat menyelesaikan ketegangan di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali.
“Ia seperti membunuh dua burung dengan sebiji batu,” katanya.
Dengan isu kaum dan agama meningkat di negeri terkaya dan termaju Malaysia itu, Ooi berkata, tekanan adalah kepada Anwar untuk menyelesaikannya.
Bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia.
Sehingga kini, ia masih belum dipulangkan walaupun penyelesaian 10 perkara dipersetujui Putrajaya pada 2011 membenarkan Bible dicetak, diimport dan disedarkan di seluruh negara dengan sedikit syarat di Semenanjung.
Isu ini menyebabkan kemarahan kumpulan Islam yang mengatakan kalimah Arab Allah hanya eksklusif kepada mereka dan bukan Islam tidak boleh menggunakannya.
“Ia seperti perbezaan etnik itu diagamakan, ia menyebabkan isu ini menjadi lebih sukar. Inilah masa apabila pemimpin nasional diperlukan dan Najib tidak memberikannya setakat ini. Dengan hadirnya Anwar, ia akan memberi tekanan kepada Najib untuk bertindak sebagai pemimpin nasional,” katanya.
Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang berkata masa depan Pakatan Rakyat akan berakhir jika Anwar kalah di Kajang pada 23 Mac kerana kerusi itu tidak mewakili seluruh negara.
“Saya rasa pandangan itu gila kerana Malaysia bukanlah Kajang. Sokongan kepada Pakatan adalah dari seluruh negara dan alasan berbeza.
“Beliau tidak boleh menyamakan Kajang dengan seluruh Malaysia, bukan semua rakyat Malaysia berfikiran sama,” katanya.
Pada masa sama, Ooi tidak berpendapat Anwar perlu menang di Kajang dengan majoriti besar.
“Menang sahaja sudah mencukupi. Kita tidak perlu banggakan angka kerana dinamik pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berbeza. Ekspresi rakyat berubah mengikut waktu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Terbaiklah analisis ni
ReplyDeleteSentimen agama dan bangsa yang dimainkan umno dinegeri PR telah menjemput kepimpinan Dsai untuk menyelesaikannya.Dsai telah difitnah sebagai individu yang hina manakala pemimpin PR bukan melayu telah difitnah menghina agama, bangsa dan raja.Rakyat bijak nampak permainan umno.umno mengunakan taktik psikologi agama dan bangsa iaitu 1 undi untuk PAS adalah 1 undi kepada DAP tidak mampu menolak kehendak rakyat hendak menukar parti memerintah yang sudah tidak relevan....ABU.
ReplyDeletebagusnya analisis....tak berat sebelah...kudos to dr ooi kee beng...:D
ReplyDeleteDengan dibantu oleh spr prk telah dilambatkan supaya umno dapat menenangkan rakyat yang hendak menolak kerajaan yang telah meningkatkan kos sara hidup rakyat.
ReplyDeleteBermodalkan fitnah kepada pemimpin dan negeri PR, sentimen agama, bangsa dan raja, selain dari kenaikan kos sara hidup apa lagi modal umno dalam tempoh kempen prk yang panjang ini ? Sama2 kita tunggu carcamabra umno, 1 fitnah umno kepada PR - 2 keburukkan umno kita akan londehkan.
ReplyDeleteAnalisis yg bertamadun...pemikiran yg positif..
ReplyDeleteMaaf saya nak ulas dari segi harga barang. Saya kira kawalan harga tidak membawa erti.Sebab harga masih mahal. Nak tahu harga mahal-murah mesti banding harga sebelum. Jika minggu lepas harga ayam 6.00 hari ini jumaat krajaan tetapkan 7.50 maka itu
ReplyDeleteMahal. Saya faham banyak faktor harga naik. Tapi sbenarnya pihak berkuasa gagal menurunkan harga. Yang saya musykil jika interview mak cik melayu harga berpatutan. Tak reti analisis. Kenapa tak temuramah masyarakat cina yang arif tentang matematik dan analisis! Realitinya harga kawalan itu mahal cuma nak tunjuk harga saja. Nilai benar wang kita rendah berpunca kenaikan petrol dll. Harga kawalan x bawa makna kerana tunjukkan harga mahal yang nak dijual saja.
Nk tggu keza punye pendapat je.. Sbb keza lagi pakar dr penganalisis ni klu bab najib. Ape pdpt keza psl najib x function dlm isu di atas? sila jwb. Salam...
ReplyDeleteJGN JADIKAN PEMUDA PAS SBGAI HALANGAN.MEREKA ITU KEMETOT AKALNYA.BERTIBDAK BODOH DAN TERBURU BURU.LUAR SJ NAMPAK ALIM KUCING TAPI DALAMNYA JENIS BUSUK HATI.PRU 13 PUAK PUAK FAKEH INILAH PENGARUHI HADI SEBOTAJ CALON PR DRPD PKR HINGGA BN MENANG DI 8 KERUSI BERTINDIH.
ReplyDeleteOrang Pas dan Dap sila keluar pakatan..
DeletePkr sahaja pun dah boleh perintah melisia tak perlu bantu kami.. kerana kami parti paling kuat ...
Harga kangkung ada masa dia naik ada masa dia turun.Harga minyak dulu naik dan sekarang akan naik lagi.patut disalahkan kerajaan yang tidak adil ini.
ReplyDeleteTapi sejak najib jadi PM barang naik harga gila2. Org kg dan org miskin amat2 terbeban walaupun mereka rata2 org umno. Ni insuran kenderaan pulak naik. Eloklah tukar bagi kat PR pulak
ReplyDelete