Sunday, 2 February 2014

BEBERAPA KEPING GAMBAR 4 ORANG KANAK-KANAK TIDUR DIDATARAN DEPAN BANGKOK BANK, KUALA LUMPUR KERANA KEDUA IBU BAPA MEREKA TIDAK MAMPU MENYEWA RUMAH TERSEBAR DI ALAM SIBER.




MISKIN BANDAR TAHAP MELAMPAU.


Rakaman gambar yang sungguh menyayat hati ini sudah tersebar luas dan ligat di alam siber namun pihak yang bertanggung jawab, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat masih kaku bisu mengambil tindakan.

Empat kanak-kanak yang masih kecil umur lingkungan 5 hingga 10 tahun tidur di dataran berhampiran dengan Bangkok Bank, Kuala Lumpur beralaskan hanya surat khabar dan ada yang tanpa selimut berlengeng tanpa baju sudah 2 minggu disebabkan ibu bapa mereka miskin tidak mampu nak menyewa rumah.

Dengar bunyi Puzat Zakat sering mengebahkan kepada satu dunia kutipan zakat puluhan juta dan kadangkala ratusan juta ringgit menunjukkan betapa efisyiennya Puzat Zakat dan keperihatinan umat Islam mengutip dan membayar zakat.

Tapi kemegahan itu semua hancur lebur bila kisah bergambar ini di jaja di alam siber.

Tidak hairan jika Puzat Zakat sering menjadi cemuhan dan kritikan kerana lembab bertindak dan kuat mengamalkan birokrasi dalam pentadbiran .. Islam itu mudah tetapi para pegawai yang di beri amanah untuk menguruskan wang zakat memberi susah kepada penerima asnaf yang layak.

Pergilah kemana-mana pejabat zakat atau baitulmal untuk berurus .. kalau tak naik angin tidak sah... macam-macam kerenah yang menyusahkan rakyat peraturan di wujudkan.



41 comments:

  1. pergi saja Pusat Urus Zakat Selangor.. takkan naik angin jugak? bawah PKR tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak kau berjambul...kalau x qeti politik xyah dok maqapu...bengong ka hape...
      Kan dah kene!

      Delete
    2. dah apa yang merapunya? sila jelaskan..

      Delete
    3. Zakat bwh jais. Jais ko tau aje la..... Hasan kat dlm tu lagi

      Delete
    4. Anon 21:03, kau dah pergi ke kat pusat zakat selangor? Aku rasa tak kot...sebab kau komen pun aku dah tau yang kau merapu...alahai macai-macai...for your info brother...aku memang bertugas di sana.

      Delete
  2. Duit zakat hanya utk bantu bayar saman menteri kangkong...kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta saja kat pusat zakat selangor.. kang ada pulak yang kata kerajaan negeri selangor takdak kuasa ke atas pusat zakat.. bila baguih depala urus.. kalau tak baguih kami takdak kuasa..

      Delete
    2. diros cantik motor kau.. mampu pulak kau beli dalam harga barang kat Malaysia yang membebankan ni..

      Delete
  3. Aaah. Tu suma bukan masalah Melayu bangsawan... Jangan salahkan Pusat Zakat pasal gaji para pegawai kena ejas dulu. Banggunan zakat pun kalo nak buat kena pakai duit jugak. Kalau TV, propesor @ mupti tak berbunyi bermakna perkara tu bukan isu! Tu semua dah ketentuan.. - Fatul Baukari -

    ReplyDelete
  4. tu pasai Dsai masok selangor...tak habih-habih dengan isu...dari isu bantuan gereja mengalahkan.bantuan zakat, isu wakil rakyat jadi wakil syabas, isu rampasan bible 10 perkara dan banyak lagi isu seribu serba satu yang menjemput Dsai ke sana.

    ReplyDelete
  5. tu belum pasai rizab tanah melayu yang semakin berkurang.

    ReplyDelete
  6. Ek ek ek.. Jangan salahkan Tengku Fraud ek..! Tengku Fraud cuma jaga bab cukai pintu je ek.. ek ek ek.. Kah kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  7. pusat pun pening psal kena zakat. guna la bahasa lain bib. bab duit zakat ni semua makhlok tau sebelum ni ilang sorok kat pusat

    ReplyDelete
  8. Pegi la mintak bantuan kat gereja ke kat tokong cina ke kat kuil hindu ke.. Kami golongan bangsawan takde masa nak fikir perkara remeh cenggini. Kalau bab projek billion2 ke bab kamsin ke ato apa2 yang berpretij, meh la berunding ngan kami.. Hihihiiiii.. Idop Melayoooooo......

    ReplyDelete
  9. Bangkok Bank Kuala Lumpur tu kat Selangor ke, Lembaga Zakat Selangor kena Bantu. PPZ KL dah tak ade duit kerana bayar gaji dan kes mahkamah pun tak cukup. Gereja terbesar kat Bkt Jalil mungkin boleh Bantu. Mufti Dan peg Baitulmal tengah cuti Rays China jadi take boleh Bantu, selasa bolehlah buat appointment jumps ya

    ReplyDelete
  10. Gereja jangan pandai2 bantu orang susah....biar pun amalan membantu itu baik sesama manusia.Biarlah
    kaki mereka sendiri terpijak orang merempat ditengah jalan.

    ReplyDelete
  11. Macai lulusan kolej mana tak nak keluar fatwa ke,.

    ReplyDelete
  12. Kalau nak kan perhatian kami, kena lah jadi ahli kelab Melayu Bangsawan. Tapi kalau nak bayar yuran keahlian pun tak mampu, pegi la mampus ko berambus main jauh jauh! Pegi cari kangkung kat tepi longkang nu.. Jangan ganggu kebahgiaan kami serta ahli ahli kelab kami! Ada paham! Ptuuuih!

    ReplyDelete
  13. Pekerja zakat tu semua melayu..... Melayu kan jenis malas , kedekut dan suka lepak minum kopi teh dalam opis free tau.... Facebook kena update juga ape, biar lah melayu melayu maju ini maju ke hadapan.

    Duit zakat jangan di tanya bila dah bagi , kalau tanya tanya baik jangan bagi. Kira pandai pandai lah kalau sudah bayar zakat.... Boss , tukar kereta syarikat ke Mercedes okay.....

    ReplyDelete
  14. Wooooit, sedara mara ke hape ada gelaran apa apa macam Dato', Tan Sri, Tun atau ada darjah kebesaran? Kalau takde kabel, susah skit la kami nak bantu pasal prosedur bla bla bla bla bla bla... K, isi borang dulu. Pasni dalam setahun lagi kalau nasib baik kami akan panggil temuduga.. Itu pun kalau pegawai kami tak gi out station.... Kalo ada undertable boleh la ejas kot..

    ReplyDelete
  15. kalau ikhlas hendak bantu rakyat susah tidak akan serbu majlis bantuan gereja kepada rakyat susah, kenapa tak sokong bantuan yang diberikan oleh gereja kepada rakyat hidup susah, lepas tu ambil balik rakyat non kristian tu dan hentikan bantuan gereja dengan memberikan bantuan zakat.Rakyat susah tak kenal sentimen agama tapi mereka sangat perlukan bantuan......oh inikah malaysia ku..

    ReplyDelete
  16. Hei you.. Kami kempen soh korang bayar zakat je. Kami takde kempen pun nak bagi balik...! Lagi pun keperluan kami sebagai pengurus lagi la ya amat mendesak. Kami perlukan mobil yang cantik cantik. Takkan la pegawai pegawai kami nak datang opis pakai honda kapcai 5 kupang? Ada akai ka? Benci you...huhuuuuuuu..

    ReplyDelete
  17. Zakat ramai tak bayar sbb dah bayar incometax. Tak bayar incometax kena denda tapi tak bayar zakat tak kena apa2. Tu pasal ramai tak bayar zakat. Klu suma byr zakat Dan cara pembahagian zakat dibuat dgn adil, mungkin dah tak ada org Islam yg miskin skrng dah....
    Slang, nak mintak bantuan zakat mcm nak mintak sdekah. Mintak sdekah lagi senang...
    .

    ReplyDelete
  18. Drop. Ko beli kondo 1 juta kat new York, kan lebih baik ko bagi sedekah kat org2 miskin nih......
    Drp ko pakai rm300 juta buat filem lucah, kan baik ko sedekah kat fakir miskin. Dapat jugak pahala. bila ko mati besok, boleh jugak tolong ko kat kubor.

    ReplyDelete
  19. Susah nak cakapi

    ReplyDelete
  20. Mari kita ramai2 pakat tak bayar zakat ke pejabat agama tahun ni...kita niat dan bayar terus pada fakir miskin mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman dulu tak payah bayar kat pusat mcm ni. org2 dulu bayar terus pd fakir miskin. klu rasa was2 nak bayar kat pusat sbb takut tak sampai pd penerima, bagi aje terus kat fakir miskin. zakat tak mestinya bayar ke pusat zakat. ke guane?

      Delete
    2. Fungsi pusat zakat nak bayar saman menteri kankong ler bodo.kahkahkah

      Delete
  21. Mengemis dan minta sedekah dari orang ramai adalah lebih mudah dari mengemis minta bantuan dari Pusat Zakat Selangor.....!

    ReplyDelete
  22. Sepatutnya wakil dari agensi zakat atau kerajaan adakan pemeriksaan 24 jam pantau orang Malaysia yang perlu bantuan, bukan yang susah cari mereka. Wujudkan petugas khas memantau Jangan hanya bila menteri datang atau pilihanraya baru kilang kabut cari orang miskin.Pertolongan harus iklas jangan berpauk hanya pada parti pemerintah.

    ReplyDelete
  23. If untuk gji pkerja kroni2 n org politik sgt cepat tang kedarah duit zakat..ni yg kaya mkn duit yg miskin merana..

    ReplyDelete
  24. Helo tuan-tuan yang mulia. Perkara begini yang sebenarnya dah lama berlaku di Kolompo. Perkara biasa, macam juga orang medngtedaghah duit zakat, perkara biasa!!! Nanti bila ngo kristian atau Buddha membantu barulah lebai-lebai zakat kelamkabut. Mana bapak budak-budak ni nak minta bantuan? Sila-silap lebai zakat minta no telefon, mintak alamat, mintak sokongan JKKK. Rasulullah ajar kutip dan bagi zakat. Bukan menyusahkan lagi orang yang susah. Ingatlah ini bukan satu kes asing!! Ini adalah diantara beratus-ratus kes yang sedang berkembang di bandar-bandar besar negara ini.Semuga pusat zakat bertindak kalau tidak tukar saja nama kepada Pusat @#$&R

    ReplyDelete
  25. bukti aman nya negara ku....makmornya rakyat tanahairku ini...pemimpin berjaya menjaga tanahairku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak macam di Brazil tidur dibawah jambatan pun kena rompak. Silap-silap kena bunuh. Malaysia negara ku Aman dan Makmor.

      Delete
  26. Bab rakyat susah ni lebih suka main sentimen agama, takda pun yang politikkan usaha berebut-rebut membantu dan sokong menyokong pihak yang memberi bantuan.

    ReplyDelete
  27. rasa sunyi?sepi?merudum? Urut 1Malaysia kini panas. panggil: 0142222259

    ReplyDelete
  28. Xpasal2 pasal gereja dan ngo bukan muslim jugak disalahkan sbb mmbantu... hidup melayu jgn buat orang meloya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum lagi kalau ada paderi beri tempat tinggal sementara kat belakang gerejake atau disebelah gerejake? Lagi haru. Lebai-lebai ameno mesti kata ini kes murtad. Nak tengok apakata Hassan Songkok Tinggi Aqidah. Atau Pukida atau PERkosa atau PPIM.

      Delete
  29. rosmah mansor mesti x sabar nak bantu.. kak ros kan amat penyayang.. cth anak2 sweden 4 org tu kak ros da x saba nk g sweden jumpe raja tapi naseb timb mnteri da settle.. tolong ye kak ros.. pblem seberang laot nampak xkan dpn bangkok bank dlm msia nak buat dek je

    ReplyDelete
  30. itu sebab dah 3/4 tahun aku tak bayar zakat melalui mana-mana jabatan agama negeri atau wilayah. baik aku bayar sendiri pada fakir miskin yang aku jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam aku anak beranak jugalah!!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...