Friday 7 February 2014

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN .... NILAI RINGGIT SEMAKIN JATUH MERUDUM SEDANGKAN NILAI DOLLAR SINGAPURA SEMAKIN KUAT.



Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.

Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.

"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.


Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:"Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam."


Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.


Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.


Terkini, Sedolar Singapura dibeli dengan 26.86 Baht iaitu 9,611 rupiah Indonesia.


Penganalisis berkata, setakat ini mereka masih belum dapat memastikan berapa lama lagi tempoh matawang itu akan kekal lemah.


Bagaimanapun, Wu berkata, melihat kepada beberapa pusingan pasaran lalu, bank pusat Malaysia perlu campur tangan jika ringgit terus jatuh sehingga serendah RM3.80 berbanding dolar Amerika.

Hari ini, USD1 dibeli pada nilai RM3.33.

Wong berkata, matawang Asia terpaksa menempuhi ketidakstabilan itu sehingga keyakinan muncul semula.


“Sukar untuk menjangkakan bila kita akan jatuh hingga ke bawah. Tetapi, keyakinan akan kembali dan matawang boleh naik semula dengan cepat,” katanya.


Beberapa syarikat berpendapat ringgit yang lemah tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.

Mike Lim, pengarah eksekutif syarikat pembotolan, Dr Who yang mengimport bahan daripada Singapura berkata, ringgit yang lemah boleh dilihat sebagai pelindung terhadap kenaikan kos kehidupan di Malaysia.

"Tetapi kita tidak meramalkan ia akan kekal lemah untuk masa yang lama," katanya.

16 comments:

  1. Memang saya terasa sangat bila ringgit jatuh.....disebabkan barangan malaysia rendah kualiti pastu mahal, saya terpaksa beli brg online from states every month....haisshhhh....terus terang saya cakap, nasib baik singapura keluar dari malaysia. Kalau tidak memang ranap daaaa singapura tu dikerjakan oleh kerajaan bn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal sape suruh undi umnu kan dah jadi macam2 bencana. Sekarang yerima je lah.

      Delete
    2. maknanya, kalau gaji korang kerja kilang kat singpore SD1000, bawak balik tukar duit malaysia jadi RM2600 lebih......Dengar ceritanya, kerja kilang kat spore kalu siap overtime boleh cecah SD2000 sebulan. Bawak balik malaysia dah jadi RM5200 sebulan. Kerja kilang kat spore sebulan korang boleh beli 2 bijik samsung note 3 ori. Belen duit lagi tu....

      Kalu korang kerja kilang kat malaysia gaji RM800 sebulan, tukar duit Spore, gaji korang cuma jadi RM300 lebih sebulan. Kalu korang kerja kilang kat mesia, 3 bulan kerja barulah korang boleh beli SEBIJIK samsung note 3 ori.

      Korang cuba bayangkan nilai duit negara korang berbanding dengan nilai duit singapore. Tapi tak apa laa sebab nilai duit negara korang masih lebih baik daripada duit indon. (itu pon harga barang2 kat indon jauh lebih murah!)

      Delete
    3. Sebab nilai duit kita rendahlah, ramai warga singapore beli hartanah kat Johor. Dengan nilai duit singapore yang tinggi, harga hartanah di johor dirasakan terlalu murah bagi rakyat singapore.....ditambah pulak dengan dasar kejaan yang memenarkan rakyat spore beli hartanah kat negara kita.

      Delete
  2. Pada tahun 70an ringgit kita sama dengan dollar singapura tetapi setelah lebih 30 tahun dibawah kerajaan sekarang ringgit makin tiada harga. Betul lah kata pemimpin Singapura, Malaysia tiada pemimpin yang cekap dan efisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...saya setuju dengan pendapat anda.....disamping tidak cekap dan efisyen, ditambah pula dengan rasuah....

      Delete
    2. Salah kaum kerabat kita juga. Siapa yang mengundi umporno kalau tidak emak bapak kita di zaman Ajak, Usin dan Mamak. Nasibla. Lantik orang bodoh sendiri tanggung.

      Delete
  3. Apelagi yg najib tggu ni, klu betul pemimpin kerajaan ikhlas skg ni tunjukkan keikhlasan tu dgn sanggup korbankan harta kerajaan yg membazir tu yg jet pesawat byk2 tu xdiperlukan smp 7-8 bijik. Pemimpin negara lain boleh je jual pesawat demi. . Knp malaysia takboleh, mana pergi slogan malaysia Boleh? Nak seribu daya xnak beribu dalih. Trima kasih wahai pemimpin negara malaysia yang skg dah mendoublestdkan rakyat. Yg miskin dikhaskan brg murah tp kualiti? Yang miskin mkn beras 15%, yg miskin guna jln kg, yg miskin mkn sayur je... Rakyat boleh bersyukur klu kerajaan telah berusaha utk menjaga kebajikan rakyat tp kenaikan xdpt dielakkan, tkpe rakyat akan redha, tp klu disebabkan rasuah sanasini, hiburan melampau, agama dibelakangkan, pembaziran yg terlampau, patutkah kite menyokong sambil buat taktau sebab kite bergantung pada upah yg taktau halal haramnye? Sbb tulah ramai anak2 yg biadap dgn ibubapa, cikgu ataupon org tua sbb rezeki tktau dtg dr mana. Semoga allah memberikan kemenangan kepada org2 yg berkata benar. Amin....

    ReplyDelete
  4. Nilai ringgit lama dah turun hanya tinggal kangkung dan menteri cap ayamnya sahaja yang belum turun.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak naik nilai ringgit bila berbilion-bilion rm dibawa keluar setiap tahun, itu belum termasuk kiriman duit perkerja asing/pati ke negara asal.Beli kapal selam pun terlebih bijak dari negara vietnam, umpama bapak ko bagi 10 hengget untuk ko dan adik ko beli pen, adik ko dapat beli 5 batang dan ko beli 2 batang pen yang sama jenis.kalau duit tu bapak ko punya tidak apa juga, ini duit rakyat.

    ReplyDelete
  6. Syukurlah kangkong masih ada janganlah dok merungut.kahkahkah

    ReplyDelete
  7. kita kena faham sejarah penubuhan negara malaysia jangan belajar sejarah yang ditulis umno.Dulu sebelum singapura dipecat dari persekutuan malaysia telah ditawar jawatan sebagai perdana menteri singapura sama seperti sabah dan sarawak.Bila kalah pru 1969 puak gerembolan telah buat perkara yqng membantutkan kemajuan negara.Ini semua kerana kuasa dan kekayaan negara pada masa itu.Sampai sekarang puak ini gunakan taktik yang sama untuk kekal berkuasa.Peristiwa 13569 telah dibukukan dan sesiapa sahaja boleh rujuk peristiwa tersebut.

    ReplyDelete
  8. Walau bagaimana malaysia tetap hebat kerna harga kangkung masih rendah berbanding singapura x caya tanya pm ..hee...he

    ReplyDelete
  9. Tak ada sekor pun macai kat sini...diorang tengah makan sup kangkong ker?

    ReplyDelete
  10. Macai sdg menjubor nuar.....

    ReplyDelete
  11. tak taubat lagi ke tuan blogger ?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...