Monday, 3 February 2014
HASIL KAJI SELIDIK PRK DUN N25 KAJANG YANG GERENTI UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM TIDAK AKAN SIARKAN ..... DSAI DI JANGKA MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH BESAR.
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) menjangkakan calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13 lalu.
Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada ketua umum PKR itu.
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.
“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.
“Mengikut kajian sejak 1999, pilihan raya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya seperti dilaporkan oleh Selangorkini.
Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Peletakan jawatan Lee Chin Cheh menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong Pakatan namun selepas penjelasan diberikan, sokongan kepada Anwar semakin padu.
Redzuan bersetuju masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengana segera, sebaiknya sebelum PRU ke-14 menjelang.
MENANG BESAR ATAU TIDAK BESAR .. JENTERA PR AKAN TERUS BEKERJA KUAT .. TIDAK MAU LALAI DAN LEKA DIBUAI DENGAN HASIL KAJIAN ..
MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Xkn anwar blh mng bsar kot.anwar trpksa lwn dng krajaan malaysia dng kmpen yg lngkap media dng kaki tngn krajaan dng rasuah wang sbgai kperihatinn krajaan pda rkyat..kalau mmg bsar jgak malu lah umno..pengadil yg mnjd benteng trakhir wat umno spr
ReplyDeletehari sabtu pagi masa cuti tahun baru lepas, aku dengar dalam forum penganalisis polotik kat tv kata - bn kalah sudah pasti tapi kalau menang satu kelebihan. Pelik aku macamana penganalisis umno boleh terkeluar kata2 macam turrr. Seorang lagi Dr Kangkong pula mencadangkan supaya bn tak perlu bertanding di kajang....pelik jugak aku macamana dia boleh dapat Dr Kangkong....
ReplyDeleteboleh pulak mangkuk kat atas tu fitnah kakitangan kerajaan da media rasuah..
ReplyDeletementaliti srp. Faham tak makna media? semua media kaa? weh. jangan bagi malu dgn org pakatan la dgn komen macam ni.
Sokong Tan Sri MB!!!!Pakatan harus kekalkan pentadbiran yang bagus!
Apa ko x caya ka tngk mcm na dng d sungai limau apa jd..x tngak info ka.media utusan dn tv ja la.org2 utan.felda dn sabah srawak depa tngk tv dn utusn ja.
Deletelaaa awat bongap sangat omakkau.... dah sah- sah tv3, rtm BN punya, dah tentu la sal kebaikan anuar tak masuk dlm berita..... sama gak dlm harakah, mana ada cerita tentang kebaikan najib, lebih2 lagi akak rosmah punya celita......
ReplyDeleteskg org fikir nak beli tu ni aemua mahal tak apa nak si harapkan sebab tu rakyat semua nak tukar kerajaan ade. soal sex ke apa ke tu belakang kira kira skg rakyat fikir nk makan pun susah semua mahal. pengundi skg bukan tahun 50an
ReplyDelete“Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
ReplyDelete“Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
“Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…
Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!
Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!
Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
“Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
“Satu pertanyaan ikhlas..
“Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”
“Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
Hilang terus segala jasa Dewan…
Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
“Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
Bukan redha manusia yg kita cari…
Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
“Hanyalah redha Ilahi…
“Takbir!! – albaluni,” luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.
Prof dah fikir habis ke sebelum mengeluarkan kenyataan. Nanti tak dapat Tan Sri macam ada sorang profesor kangkung tu. Takkan tak nak Tan Sri. Nak dapat Tan Sri kena rekomen umno tau. Ingat!!!
ReplyDeleteN25 : BUAT DULU BARU PANGGIL BINCANG, ADAKAH MENEPATI SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PR?
ReplyDeleteSilakan kaji Sirah Nabawiyyah
Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dengan “perancangan belakang tabir”:
a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W
b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.
c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.
d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat “perancangan belakang tabir” bagi orang Yahudi. Hasil daripada keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.
Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf)
Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah “TIDAK MENJADIKAN TAHALUF SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA”. Iaitu persepakatan atau pakatan hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk kepentingan individu semata-mata.
Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.
Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum (apakah ada perancangan dibalik tabir?)
Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab bertulis mengosongkan Dun Kajang.
Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional. Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan PKR.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.
HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…
Teguran Rakan Pakatanmu,
MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI
NO.AHLI 753971
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR