Monday, 3 February 2014

KENYATAAN YB TERESA KOK ISU KANDUNGAN KLIP VIDEO TAHUN BARU CINA "ONE-DERFUL MALAYSIA" YANG DI PUTAR BELITKAN.



Kenyataan akhbar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pada 3 Februari 2014


Kenyataan Menteri UMNO serta konco-konco UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “One-derful Malaysia” menunjukkan kebankrapan modal politik UMNO

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN. Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

1) Tidak sebut tentang insiden Lahad Datu

Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah TANPA menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah TIADA apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Tuduhan Shafie Apdal terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya. Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia. Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah.

2) Tiada nama pemimpin negara termasuk Najib disebut dalam klip video: Bagaimana pemimpin UMNO dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?

Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya. Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?

3) Klip video tidak sentuh isu kaum atau merendahkan martabat Melayu

Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-UMNO yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan UMNO akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya UMNO yang mewakili SEMUA orang Melayu di negara ini.

Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah TUDUHAN PALSU. Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (马来) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah” (犀利啊)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”. Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu. Saya harap kumpulan pro-UMNO yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketengangan kaum. Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.

Apakah UMNO cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?

Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat. UMNO sebagai parti utama dalam Barisan Nasional haruslah bertanya diri sendiri samada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.

Sanggupkah UMNO menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video “Onederful Malaysia” tersebut? Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan UMNO-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?

Isi kandungan klip video “Onederful Malaysia” adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.

Satira politik merupakan humour yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.

Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?
Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog UMNO yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?

Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihanraya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?

Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan “double standard” pihak kerajaan dan PDRM?

Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi producer klip video satira politik yang pertama diambil tindakan. Ini sudah tentunya merupakan “penindasan politik” dan “pendakwaan secara terpilih”.

Teresa Kok

18 comments:

  1. Pada Melayu2 pr, Cina dap dah berak. Tolong la support ker,bkup ker, spin ker...janji tolong cuci taik berak teresa kok.

    ReplyDelete
  2. omakkau tgh cuci berak ahli2 DAP..... biasa lah, bos besaq suruh back up......

    ReplyDelete
  3. KALAU boleh cina buat je lagi klip2 video perlekehkan kaum lain terutama melayu. Isu kalimah Allah pun kalau boleh bwk sampi menang kes mahkamah. lepas tu cina boleh sindir.
    Jangan takut..
    orang Melayu sekadar buat report polis je.kumpul depan balai.

    Inilah tugas Cina DAP dlm pakatan. Kepada PKR dan PAS kasi tambah rencah hancurkan parti melayu bangsatt cilakak ni. Memang sial partai melayu yg ada kat Tanah Melayu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu bro..... lepas ni buat himpunan BERSIH, TURUN ke atau himpunan SATAY KAJANG ke, apa apa himpunan lak supaya boleh divert isu......

      Delete
  4. Sebab apa umno rasa pedas? Tentu minum air ketum bercampur cili, dah mabuk terasa juga pedas, apa lagi meroyan le.

    ReplyDelete
  5. ni semua salah najib.... cth kes tian chuan, so pas ni teresa mangkok mintak maaf najib cair la...... yg lebih penting lagi ada ZOMBIE MELAYU ISLE yg akan cuci atau spin cite ni cth OMAKKAU n da geng.......

    ReplyDelete
  6. “Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
    “Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
    “Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
    Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…

    Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!

    Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!

    Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
    “Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
    “Satu pertanyaan ikhlas..

    “Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”
    “Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
    Hilang terus segala jasa Dewan…
    Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
    Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
    “Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
    Bukan redha manusia yg kita cari…
    Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
    “Hanyalah redha Ilahi…
    “Takbir!! – albaluni,” luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.

    ReplyDelete
  7. Kes kata terresa halang azan kt selangor pun dh senyap bila penyebarnya minta maaf.sekarang ada fitnah baru pula.hati2 dengan fitnah umno dajjal.kahkahkah.

    ReplyDelete
  8. N25 : BUAT DULU BARU PANGGIL BINCANG, ADAKAH MENEPATI SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PR?

    Silakan kaji Sirah Nabawiyyah

    Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dengan “perancangan belakang tabir”:

    a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W

    b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.

    c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.

    d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat “perancangan belakang tabir” bagi orang Yahudi. Hasil daripada keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.

    Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf)
    Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah “TIDAK MENJADIKAN TAHALUF SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA”. Iaitu persepakatan atau pakatan hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk kepentingan individu semata-mata.

    Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.

    Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum (apakah ada perancangan dibalik tabir?)

    Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab bertulis mengosongkan Dun Kajang.

    Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional. Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan PKR.

    DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.

    HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…

    Teguran Rakan Pakatanmu,

    MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI
    NO.AHLI 753971
    KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI,
      Tak usah kau berasa dirimu tu dah BESAR dan BONGKAK. Jangan ingat tanpa bantuan kau, PKR tak menang dalam PRK ini. Kenapa harus masuk campur hal dalaman PKR sedangkan mereka tak pernah masuk campur hal dalaman PAS? ADUN PKR melepaskan jawatannya, sudah tentu ada sebabnya dan kadang-kadang alasan tu tak perlu disebut demi kebaikan PR sendiri. Jangan khianati dan ugut rakan seperjuangan kalau kau tak mampu membantu. Ugut tu perbuatan yang rendah martabat. Sifat ini hanya ada dalam puak UMNO-BN. Kalau kau cerdik, sudah tentu kau akan minta jawapan dari DSAI atau PKR dan bukan menunjuk pandai di ruangan ini. Bersemukalah dan jangan buat ugutan yang low class ini.

      Delete
    2. kena kat parti PKR semua boleh.... parti lain tak leh..... bagi tau alasan kenapa letak jawatan bukan nya suruhh bersumpah...... lau ikut logik PAS layak jadi MB tapi kenapa bagi kat PKR? la ni sapa gila kuasa?

      Delete
  9. Bukan PR tak tahu menteri dan media umno kaki kencing...selagi boleh spin akan spin...perhimpunan turun harga barang dispin kepada demo guling kerajaan...siasat sampai pencetak baju pun ditahan....kalo boleh driver van yang hantar baju pun akan dicari...bila yb PKR suap kangkung dispin DAP yang buat....bila penyokong ketua AMK bakar plakad...(lebih tepat manila kad) dispin bakar bendera Jepun...bila umno luluskan bible guna Allah dispinnya Pas tak perrahankan kalimah Allah...bila kena kat sebelah umno satu haram tindakan tak pernah nak siasat...haram jadah!!!

    ReplyDelete
  10. Memang bagus putar belit ni....yang penting dpt pecahbelahkan umat. Yang peliknya video penghinaan hukum Islam oleh segelintir orang yang bernama Melayu langsung tak menjadi respon oleh golongan orang yang membela Islam.....tetapi yang mereka sebut video yang mereka sendiri tidak faham apa yang diperkatakan, inilah dinamakan manusia munafik dan suka menjadi lembu pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya kerjaya polittik adalah memutarbelitkan fakta jadi auta dan auta jadi fakta.

      Kalau anda rasa lemas dan tidak berdaya menghayati tekanan emosi lebih baik jangan campuri urusan politik.

      Delete
    2. Bukankah berpolitik itu satu kewajiban tetapi fitnah dan memutar belit itu yang haram?

      Delete
  11. Biasalah UMNO/Bn nie.....bila dia buat boleh...tapi bila org lain tak boleh.....ingat tak masa dulu......klip2 video yg dibuat oleh UMNO/BN dulu...masa nak PRU 13 dulu..tak der pun penyokong PR komen bangang spt yg dibuat oleh menteri kangkung UMNO/BN nie......inilah UMNO/Bn punyer perangai.....dahlah bangang....nak juga mengajak org lain buat perangai bangang macam mereka.......

    ReplyDelete
  12. CELAKA RAZALI SAARI! KAJANG BUMI SIAPA? ADA PKR KACAU TEMPAT KAU? DASAR ANAK HARAM JADAH

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...