Monday, 10 February 2014
KETUA UMNO BAHAGIAN BAKRI BERSAMA SETIAUSAHA, KETUA PENERANGAN, AJK DAN NAIB KETUA WANITA BAHAGIAN DI GANTUNG KEAHLIAN UMNO KERANA TERLIBAT DALAM RASUAH POLITIK.
JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lalu.
Penggantungan keanggotaan Saipolbahri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.
"Ya," katanya kepada Bernama hari ini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila ditanya tentang kebenaran berita Ketua Bahagian UMNO Bakri itu digantung keanggotaaannya oleh Ibu pejabat Umno baru-baru ini.
Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap Saipolbahri.
Adun Bukit Naning itu juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Ramlee Bohani pula ketika dihubungi hari ini turut enggan mengulas berkenaan isu penggantungan itu dan meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Ibu pejabat UMNO.
Sementara itu sumber-sumber memberitahu Bernama, Saipolbahri bersama empat pemimpin UMNO Bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UMNO.
Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.
Sumber itu juga berkata satu perjumpaan telah diadakan antara pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan mengutip tandatangan bagi menyokong rayuan yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Mat Saad yang dihubungi pula berkata, mereka sedang dalam proses mengemukakan rayuan.
Tinjauan Bernama di pejabat UMNO Bahagian Bakri mendapati ia lengang, hanya seorang kerani yang sedang bertugas
PERGH!!!! HAMPIR SATU BAHAGIAN TERLIBAT DALAM RASUAH POLITIK... JADI SECARA LOGIK BELIAU KINI ADALAH ADUN BEBAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Selangor bila nak gantung ADUn LEE CC dan Anwar? Rasuah politik jugak ni..Kawtim kerusi yang dah elok elok menang majoriti..
ReplyDeletePAS for All
apa lagi masuklah PR.. maka puak PR akan mengatakan ini semua konspirasi UMNO.. maka selamatlah kau.. lagi dapat tiket free masuk syurga.. tak mauka?
ReplyDeleteDah biasa makan taik. paling tidak cium je!!!
ReplyDeleteSPRM buat apa, mengeram lagi ke? Kalau disiasat oleh SPRM dan didakwa di mahkamah, boleh hilang kerusi tu. Lama lagi ke nak menetas telur SPRM?
ReplyDeleteIni kambing hitam saja.... Biawak KOMODO tak pula di dakwa.
ReplyDeleteApa pun dia sudah kaya lah.
SPRM tiada kuasa dan upaya untuk siasat kerana tiada laporan diterima KECUALI untuk pembangkang harus diingat JK Disiplin umno mengatasi kuasa SPRM...tengok bagaimana ahli umno tumbuk timb. menteri, polis pun hilang kuasa berdepan umno....satu zaman dimana orang berkuasa dianggap benar dan bebas sedangkan orang biasa salah dan dihukum telah pun terjadi...dan akan terus terjadi
ReplyDeleteabis yang masa UMNO pecat timbalan presiden tu kenapa pulak puak pembangkang meroyan sakan?
Deletemuka pun.. mmg muka penipu..
ReplyDelete