Monday 10 February 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... DSAI SAHKAN BAHAWA BELIAU AKAN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN KEADILAN.


Segala teka teki akhirnya terjawab apabila DSAI dalam satu wawancara mengesahkan akan bertanding jawatan sebagai Presiden KEADILAN pada pemilihan KEADILAN 2014 tidak lama lagi selepas PRK Kajang.

Omak Kau menjangkakan DSAI akan menang tanpa bertanding.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.


"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.


Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?", Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.


"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.


Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.


Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden.

7 comments:

  1. Saya cadangkan nurul izah cabar anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apsal sebut nama saya. Saya tak mahu nama saya disebut sebut buat masa sekrang ni sehingga isu kes mintak cerai reda dan hilang begitu saja.
      Lagipun saya tak mahu rakyat tahu sbb saya mohon cerai kerana laki saya tu slow, tak hensem, mulut busuk, mcm mat three four je.

      Biarkan saya bebas buat seketika. Sampaikan salam kepada penyokong saya di Lembah Pantai..

      -NURUL IJAH-

      Delete
  2. GILA JAWATAN BETUL ORANG TUA NI.

    BAGI LA AZMIN JADI PRESIDEN.

    KO JADI KETUA UMUM SUDAH LA.

    ReplyDelete
  3. yg dah tua tu gi mati dah la. bagi la anak muda pulak. ini soal masa depan anak muda bukan soal masa depan orang tua.

    ReplyDelete
  4. Orang muda pon kadang2 mati muda. Lihat putik kelapa.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya bagi la Kat Tan Sri Khalid. Anwar dah rampas jawatan MB skarang bagi la Presiden kat Tan Sri.
    Pecat Azizah yg tak buat apa-apa kepada rakyat PKR selain bawak kipas ke hulu ke hilir..

    ReplyDelete
  6. Pasukan Tan Sri Khalid tidak akan mudah mengalah terhadap Azmin anak kepada Che Tom.

    Faekah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...