Tuesday 4 February 2014

PRK KAJANG .... APA LAGI UMNO MAU ... PRESIDEN PAS SOKONG PADU DSAI SEBAGAI CALON PR.



Hancur berderai impian UMNO/BN mau melihat perbalahan antara KEADILAN dengan PAS isu kekosongan DUN N25 Kajang dan DSAI sebagai calon KEADILAN/PR.

Kini secara rasmi telah keluar dari mulut Dato' Seri Presiden PAS bahawa PAS akan bersama-sama dengan KEADILAN dan menyokong padu serta membantu DSAI dalam menghadapi PRK Kajang.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat, maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK Kajang.

“Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS, malam tadi.

Mesyuarat itu, jelasnya telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Dun N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan Adun Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Mesyuarat juga, kata beliau merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.

“Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mendesak agar pihak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.

9 comments:

  1. YAHAYA BIN ISMAIL @ Facebook
    AZMIN PERNAH DISODOMI OLEH ANWAR? Adakah Yahaya Ismail a.k.a Pak Ya , Penulis, Rakan akrab Anwar semasa dalam Kerajaan sesuka hati menuduh Anwar meliwat Azmin??
    Begitu berani Pak Ya ini menuduh. Adakah beliau tidak takut bala Allah terhadap fitnah? Atau bakal disaman oleh Anwar dan Azmin?
    Pak Ya mengajak semua rakyat malaysia berdiskusi dgn beliau jika melalui facebooknya!

    Siapakah Pak Ya ini? Apa latarbelakangnya? Sesiapa yang mengenalinya harap kongsi info.

    ReplyDelete
  2. *Yahaya Ismail Penulis Upahan*



    Oleh *Ummu Natasya*
    PENULIS upahan terkemuka tanahair, Yahaya Ismail sudah menampakkan belangnya. Dalam akhbar Bebas terbitan terbaru syarikatnya, Usaha Teguh Sdn. Bhd. Yahaya memuji-muji Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.
    Kononnya, Syed Razak ini cukup bagus dilantik menjadi Menteri Besar kerana dia lebih baik dari Tan Sri Osman Aroff dan Tan Sri Sanusi Junid.
    Dulu, Yahaya juga yang menulis buku memuji-muji Dr. Mahathir dan Osman Aroff dan meminta-minta supaya Exco-exco Kedah membelinya dalam bentuk pukal. Bila Sanusi jemput dia makan bersama dan dapat habuan, dia puji Sanusi bagi nak rak. Dia kata Sanusi seorang Menteri Besar yang mempunyai idea luar biasa dengan kepalanya yang berkilat dalam kilau.
    Berapa pula Syed Razak 'kena' dengan Yahaya kali ini. Mustahil Yahaya boleh memuji Syed Razak tanpa sebab. Di samping puji Syed Razak, Yahaya membelasah Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin, bekas Exco yang tewas di DUN Anak Bukit.
    Inilah Yahaya Ismail. Dia menulis kerana diupah. Dulu, dia memuji-muja Tengku Razaleigh Hamzah dan membelasah Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bila Dato' Mustapa Mohamed dan Tun Daim bagi dia duit, dia mula puji Dr. Mahathir dan membelasah Tengku Razaleigh.
    Dato' Seri Anwar Ibrahim juga merupakan tokoh yang menjadi sasarannya. Sebabnya mudah kerana Dato' Seri Anwar tidak mahu melayan manusia opoturnis seperti Yahaya ini. Dia menadah tangan dengan ugutan. Dia menulis kerana upah dan tidak peduli dosa atau pahala.
    Sama-sama kita tunggu, selepas habis duit yang Syed Razak bagi, Yahaya nak puji siapa pula. Kali ini ada juga nampak dia membelasah Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Tun Razak. Kalau tiba-tiba dia berubah dari membelasah kepada memuji Najib bermakna "sudah ada kira-kiralah tu".
    Semua penulis dan pemimpin yang pernah berkawan dengan Yahaya tahu perangai manusia ini. Dia akan gunakan kawan-kawan yang rapat dengan mana-mana Menteri Besar untuk melobi bagi pihak dirinya. Dia akan menyusun kata-kata "sintuk limau dan super dahsyat" untuk menyakinkan seseorang supaya memberi dia upah untuk menulis sesuatu yang memuji-muji dan menjilat-jilat.
    Kawan-kawan yang pro reformasi di Pejabat Menteri Besar Kedah harap dapat bantu beri maklumat, berapakah jumpah wang yang Syed Razak sudah habiskan untuk mengupah Yahaya. Beritahu kepada semua laman reformasi untuk pengetahuan umum. Sekat langkah Yahaya Ismail ini dari terus menerus menabur fitnah. Orang seperti Yahaya ini suka buat fitnah dan menabur fitnah seperti makan kacing goreng (bagi orang yang ada gigi).
    Bertanyalah dengan sesiapa yang pernah kena belasah dengan Yahaya, tentu ada wakil Yahaya datang meminta "upah" untuk memujinya balik. Nanti Yahaya akan tulis dalam bukunya (atau suratkhabarnya) bahawa "sebagai penulis kenalah berubah mengikut keadaan. Penulis tidak boleh beku dan tidak boleh kaku. Kena berubah" mengikut upah… ya upah.
    Dengar-dengar khabar, Yahaya sedang berusaha menyambung perbincangan menemui Dato' Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Dulu, bila dia nak jumpa Ghani, Ghani hantar dia berunding dengan Dr. Latiff… yang kini jadi Timbalan Menteri Sumber Manusia. Yahaya kecewa kerana Dr. Latiff tidak "positif" dalam bab upah dan menyebabkan Yahaya cuba ikut "pintu belakang" nak jumpa Ghani sendiri. Kawan-kawan di pejabat Menteri Besar Johor perlu pasang telinga dan dengar-dengar kalau ada temujanji antara Yahaya dengan Dato' Ghani. Beritahulah…. Laman Reformasi tentunya memerlukan maklumat itu. (4)

    ReplyDelete
  3. Kisah Pak Ya ni bkn ssh nk cari google je.. Kuar mcm2 cite.. Pnh pow khairy jmaludin.. Dll.. Hamlau jgk org tua ni . X blh pki..

    ReplyDelete
  4. umno sebenarnya mau negeri tadbiran PR....negeri selangor diserang dengan sentimen agama dan negeri p.pinang diserang dengan isu bangsa.

    ReplyDelete
  5. keling mamak mana percaya kepada orang melayu kalau golongan ini masih berkuasa, itulah sebabnya bila selama mamak kutty berkuasa berapa timbalan pm melayu dinafikan naik jadi PM.Sekarang berhajat pula menaikkan anak sendiri sebagai PM dalam wawasan 2020 tu.

    ReplyDelete
  6. Prinsip mamak kutty ni masa baru sampai dari kerala iaitu selagi berkuasa selagi itulah boleh tinggi sikit dari undang2.

    ReplyDelete
  7. Anon 17:52 setuju...penganut kristian dimungkir janji pasal 10 perkara, sementara kangkung mengangkung mengharap keadaan seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
  8. Bagus lah TGHA sudah waras bila keluar kenyataan sokong Langkah Kajang DSAI....

    Sedih nya Pemuda PAS tetap dengan otak bahalol nya mengenai jawatan MB.

    Memalu kan bangsa saja , nak jadi pemimpin tapi otak lembab tak strategik.

    ReplyDelete
  9. Nak setuju pun ikutlah TG..... tapi kena suruh sekor betina dlm pkr Zurid....tu tarik balik mulut celupar dia . " jawatan MB hak pkr org lain jng kacau". Inilah kenyataan yg tak patut keluar kalau ianya menghormati satu pakatan. Kenyataan ini yg membuatkan org pas dap panas kepala. Angkuh.... tak bertempat...

    .
    .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...