Saturday, 15 February 2014
SARIKATA PENUH VIDEO YB TERESA KOK, TERMASUK BAHAGIAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN.
LIDAH BIAWAK rasmi UMNO, Utusan Malaysia baru-barulah telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, YB Teresa Kok.
Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.
Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit. Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum. Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.
TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!
Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.
Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.
Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .
ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.
TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa wang untuk berbelanja tidak mencukupi”. Anda semua ada sebarang komen?
MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!
PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ”Jimat, Jimat” yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!
PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.
TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?
MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah dianugerahkan tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.
ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.
MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural “Berhati-hati! Perompak ada berdekatan”. Pemandangan yang sangat cantik.
ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.
MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!
TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?
ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu Bersih. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.
MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.
PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.
Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.
ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.
PUAN JIT: Tidak apa.
TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?
ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!
TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya?
PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!
SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?
PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.
Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.
ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini “Steady, jangan lembik”
PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!
TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?
MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.
PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.
MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!
TERESA: Ya, penonton ini.
SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?
PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ”Jual Cina!”
TERESA: ”Jual Cina”? Bagaimana untuk menjual?
ABANG WAI: Jika anda ingin ”Jual Cina”, anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi “pengkhianat”.
MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ”pengkhianat”, anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.
PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ”Menjual Cina”?
TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?
PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?
PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.
MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)
PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)
MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.
TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.
PUAN JIT: Apa-apalah!
MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.
MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!
PENONTON: No No No!
ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.
PUAN JIT: Diamlah kau!
TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!
PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.
MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!
ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!
SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang “ONEderful”!
- Roketkini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Nabi Muhammad SAW bukan saja dihina dengan kata2, dilempar najis malah hendak dibunuh...tapi ada makhluk meletakan taraf pemimpin mereka mengatasi segala nabi yang terdahulu....tidak boleh menerima kenyataan dikritik/tegur maka keluarkah istilah ciptaan 'menghina melayu/islam'/ 'menghina kepimpinan negara'.....hanya di M'sia menyalahkan/menuduh pihak lain apabila kepincangan terdedah....presiden/pm negara2 besar/maju pun dikritik rakyat/dunia...sayang fikiran sebahagian kita tak semaju seperti diwar2kan
ReplyDeleteTak kisah la dia nak perli atau nak buat apa. "perli' dan menghina secara tersirat memang mainan cina. Tapi sapa suruh mereka sebut 'malay shi a'.
ReplyDeleteOrg yg tak faham perkara tersirat memang tak kisah.
Tapi seharusnya cina ni kena ingat PAS, dan PKR pun terdiri dari org melayu. Jgn ckp macam tu. meng sial kan org melayu tak baik. kami melayu pun ada dlm pakatan..
kenapa tak tulis penuh dlm roketkini.
byk lagi tu yg tertinggal.
Perli secara tersirat bukan satu kesalahan pun setelah secara direct malah dibawa ke parlimen tidak dilayan kerajaan...
DeleteTidak ada unsur penghinaan khusus kepada bangsa melayu atau PM...cuba tengok satira tu berulang kali..anda akan faham
Ma lai (mandarin) = kuda datang....sai leh (kantonis) = sangat hebat...kalo dengar memang bunyi perkauman tetapi makna lain....sama kalo anda pergi Indon...dia kata 'butuh' / 'kapan' adakah anda akan lempang dia? atau orang2 jawa bercakap 'aku' dengan ibubapa mereka...adakah mereka kurang ajar?....
Apa salah ngan ringgit malaysia....mana ada suwei....aku sokong jual cina jual jd babi haramjadah ni....lacurkan....bab lanun tu kau ingat suko suko ko ado ko malaysia x selamat...
ReplyDeleteYg meniago pelancongan ramai org cino..so kau suko la cino bankrap...baguihla...perli rosmah tapi diri sndiri kangkang sana sini...rasuah sana sini...so mmg siapa saja akn buat duit jika bkuasa.....dap pig pkr pas umngok.semua parpu bahalul....
Berpandukan pada skrip ONEderful” seperti diatas tiada apa yang boleh didakwa sebagai menghina masyarakat atau pemimpin.
ReplyDeleteHanya orang gila bahasa saja yang merumuskan bahawa keseluruhan cerita dalam video itu menghina kerajaan, bangsa melayu dan agama islam.
Disebabkan ianya permainan politik murahan UMNO Baru yang suka mengapi-apikan isu perkauman maka ianya kelihatan seperti berfakta tapi sebenarnya semuanya adalah auta semata-mata.
Sebenarnya lepas pilihanraya ke 13 tiada apa yang boleh kita percaya lagi kata-kata yang keluar dari puak UMNO Baru, BN dan pencacai mereka. Semuanya tipu..janji tidak ditepati.
Mereka bangkit isu seperti itu adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari terus mempersoalkan harga barang naik.
Budaya UMNO Baru.. BLP1M
BUAT LAPORAN POLIS 1 MALAYSIA
1.Budaya ISA (ikut suka aku)
ReplyDelete2.Budaya media kena tunggang
3.Budaya sentimen agama dan bangsa
4. Budaya kebal undang2
Hanya org2 bodoh dan menganggap video TK itu berunsur perkauman padahal penuh dgn isu semasa dan apa yang telah berlaku dlm negara kita.
ReplyDeleteLu yg bahalol mmg isu semasa tp d belit...x da suko suko askar n polis nak mampuih....apa pulak mesia x aman...apa pulak ringgit malaysia nasib x baik...macam lg la...tu kan nk mnjatuhkan org melayu...lu bahalol ka apa...lu nk panggil wa rasis ka..pkauman ka lu suka...bg gua mmg mlampau cina babi ni....asal melayu ja rasis...asal rasis ja melayu
Delete..agama lu tanah air lu cino hino sabotaj tu namo eh penghargaan ko...jgn jd bahalol kat tanah air sendiri...atuk nenek lu x bjuang ko dulu...baru dapek beli sebijik duo kereta n umah teres n tanah sekangkang kera x pun pusaka nenek moyang lu nak puja cina babi cam tuhan...lu nk jd sakai js sorang sorang...wa x mau tanah air malaysia d sabotaj...idup umat islam
AMENO BONGOK MANA TAHU BAHASA KIASAN...MMG TAHAP BANGANG & DUNGU GABAN....kesian nya kpd pengikut setia ameno bodo nih...sanggup diperbodohkan...
ReplyDeleteKtutunan lu babi 08.57 ni bahasa kiasan tau...
Delete