Monday, 3 February 2014

SPR SELAR KENYATAAN GRED BANGANG KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA MAU GUNAKAN ISU SEKS DALAM PRK DUN N25 KAJANG.



Beritahu satu dunia ijazah sarjana CGPA 3.85 tapi bila berkata lebih bangang dari bahalol .. Jangan kata rakyat meluat .. Pengerusi SPR pun menyampah .. dah macam tak de modal lain untuk berkempen.

Malang sungguh UMNO dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin gred kangkung.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon.

“Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka.

“Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara,” katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi.

Sebelum ini, Naib President PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad.

Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

“Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan cenderung menyebelahi BN,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

18 comments:

  1. “Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
    “Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
    “Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
    Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…

    Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!

    Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!

    Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
    “Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
    “Satu pertanyaan ikhlas..

    “Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”
    “Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
    Hilang terus segala jasa Dewan…
    Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
    Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
    “Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
    Bukan redha manusia yg kita cari…
    Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
    “Hanyalah redha Ilahi…
    “Takbir!! – albaluni,” luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sindirin sinis. adakah sindiran sinis ini dibolehkan dalam islam? kalau tak redo, sila keluar dari pakatan dan masuklah umno.

      Delete
    2. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Tak pegang janji atau berpura2 menepati janji adalah munafik.

      Delete
    3. Dh lama PAS mkn hati ngan PKR..sian ko PAS..dulu kuda sampai bila2 diperkuda..

      Delete
    4. PAS tarak kesah pun jadi kuda tunggangan sape3..yg penting jgn jadi lembu yg dicucuk idung oleh umno jer...

      Delete
  2. kang kalu pr kempen guna SB bala pasal antuya kena liwat, malu pulak amad mazlan.

    ReplyDelete
  3. memalukan kpd imej ulamak jer.....ataupun bisikan syaitan mengadu domba.....

    ReplyDelete
  4. patutnya mamat ni bersyukur sebab kajang bakal diganti dengan pemimpin islam. Pelik la kalau pemuda pas sendiri macam tak suka bila pemimpin kapir diganti dengan pemimpin islam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak letak orang islam dlm PAS ke? atau Orang islam dalam PKR? kitakan ramai anak muda yang ada kebolehan??

      Delete
  5. 'cakap lain buat lain'

    ReplyDelete
  6. Helloooooo....Anwar kaki liwat bontot jantan ker, kaki berzina dgn bini org ker, kaki main pelacur ker, kuat bohong ker, hidup bermunafik ker, talibarut asing ker.... semua tu tak penting ok......takkkkk penting.
    Sedangkan kalimah allah pun melayu pr sanggup lelong, ni kan pulak isu moral jijik anwar.......pleezzzzzzzzzzz la.

    ReplyDelete
  7. PAS korang buat kerja korang aje la kat selangor ni. Baju tshirt merah seluar hijau dah la disponsor. Kang tarik balik kemudahan untuk Unit Amal tu tak ke naya.
    Kalau ada demo, ceramah , pilihanraya kerja Unit Amal sangat pakar kawal keadaan. Jadi benteng,berganding siku buat rantaian. Itu pun susah ke? Kalau ada musibah bencana ..korang angkat brg bantuan. Tu pun susah ke? tak payah banyak fikir. Time solat rehat..Kami PKR tak larang.
    Bab bab strategi dalam politik biar Anwar dan/LKS uruskan. Korang tak payah pening kepala. aduyaiii.
    Bukan tak pernah bagi peluang utk PAS tadbir selangor lepas PRU lepas..tapi..hmm.satu batang hidung pemimpin PAS tak nampak. Siap mintak PKR lead MB..
    aduuuu..susah la camni..dengan kumpulan kopiah putih ni.

    ReplyDelete
  8. Aku harap ksu jng sentuh dmd tangan at,su letak di kepala kopiah color putih, kau pakailah kopiah hitam.
    Kau ke surau , masjid, majlis tahlil atau ke Mekah sila pakai songkok tinggi kau... kenapa.. sebab kau terlalu merendah dan menghina pemakai kopiah putih..
    Woi... macai umano baru nak berjinak2 dng pkr.. dlm kes berebut jwta MB tu siapa bukankah 2 ekor pkr. Pas dap tak mahu bising2 lepas menang dan dng rela hati bagi kat pkt, tetiba buat hal. Nak salahkan org lain.
    Kalau tak ada undi pas dap, jng harap pkr nak jadi MB.. Nak ceramah pun tumpang pentas pas. Lu jng cakap la kalau baru berjinak2 dlm politik tapi kosong isi.
    Lu ni pemecahbelah. Lu bukan pkr. Lu pelakon 20 sen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopiah putih dalam PAS tu (kumpulan ulamak). Yg satu lagi kopiah sparuh putih (anwarinas). Islam liberal..

      Delete
  9. Kalau pemimpin bangang yang menyokong lagi lah 10 X bangang!!

    ReplyDelete
  10. Menteri bangang.

    ReplyDelete
  11. menteri suku sakat iblis laknatullah,,semoga Allah memberi bala ke atas dia ataupun kaum keluarganya AMINN YA RABBI ALAMIN

    ReplyDelete
  12. Menteri paling bangang di dunia malaya!!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...