Tuesday 15 March 2016

CERAMAH PKR DI TEMERLOH TANPA PENGLIBATAN PAS TETAP MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DAN HANGAT.

Ternyata untuk meraih sokongan dan ceramah nampak mendapat sambutan hangat dan hebat PKR tidak memerlukan bantuan dan pengaruh PAS pun.

Tanpa PAS ceramah PKR tidak mendapat sambutan ribuan warga kita ternyata meleset dan tersasar.

Contohnya petang tadi diadakan satu ceramah anjuran PKR Cabang Temerloh dengan membariskan Pengerusi MPN PKR Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota dan beberapa pemimpin PKR negeri.

Tahniah atas kerja gigih yang berjaya membuktikan PKR kini sudah boleh menjalankan aktiviti ceramah dan mendekati rakyat secara solo dengan sambutan tetap hangat sepertimana ketika dianjurkan bersama-sama dengan PAS.

Ini baru permulaan ... bila tiba PRU ke-14 nanti tanpa tenaga kerja bantuan dari PAS, PKR tetap utuh dan bergerak cergas.

Membujur lalu melintang patah .... lawan tetap lawan walaupun berseorangan.

49 comments:

  1. Ini ceramah ker, atau tengok bola kat kedai kopi ni...? kalau ceramah PAN aku tak heran lah sb memang tak terliur pun org nak dtg, tp PKR pun dah sama taraf PAN Imayam juga, ketandusan audien...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MARAH BETUL DAPigs BILA PAS NAK BUAT BLOK BARU!!!

      Hehehe!!! Macam orang hilang akal dibuatnya bila diorang dapat tau yang PAS benar - benar akan mewujudkan satu blok Pakatan Baru dikalangan puak - puak parti Pembangkang tu.

      Nampak gayanya, DAPigs memang benar - benar rasa tergugat dengan kewujudan blok baru tu nanti yang memberikan ruang kepada parti kecil - kecilan untuk menjadi relevan di Malaysia.

      Maka sebab itulah Si Tokong DAPigs ni ambik keputusan untuk terus memperlekehkan usaha PAS bagi mewujudkan gabungan Pakatan Baru yang dijadual bakal diumumkan esok.

      Kata Si Tokong DAPigs ni, kewujudan blok baru itu tidak akan mendatangkan sebarang faedah dan hanya sekadar sia - sia jika ianya tidak membawa perubahan kepada landskap Politik Negara.

      Malah Si Tokong DAPigs tu juga turut menegaskan, gagasan politik baharu itu perlu bersifat inklusif, berupaya menangani rasuah dalam negara serta mampu mentadbir lebih baik daripada BN.

      Jelas Si Tokong DAPigs tu lagi, tidak ada gunanya PAS mewujudkan satu gagasan baru yang mahu dibentuk sekiranya parti itu sendiri masih 'bergelut' untuk menyelesaikan masalah rakyat.
      "Masih banyak jauh beza dari segi pentadbiran, pembangunan dan pengurusan. Mereka (Pas) masih tidak beri perhatian terhadap masalah negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri. Sehingga kini mangsa banjir di Kelantan masih tidur dibawah khemah. Hutan di Kelantan ditebang begitu sahaja, ini masalah yang perlu dititikberatkan oleh Pas," katanya.
      Heh! Nampak sangat la Si Tokong DAPigs ni nak berlagak SOMBONG dan ANGKUH seolah - olah macam dia pandai sangat mentadbir. Walhal isu di Pulau Pinang tu sendiri pun masih banyak yang tak selesai.

      Bahkan parti yang dia terajui tu juga tidak bersifat inklusif dan masih lagi mendeskriminasikan gender serta kaum tertentu dan memperjuangkan agenda yang sarat dengan Chauvanisme.

      Hakikatnya, Pulau Pinang dibangunkan bukan hasil dari usaha Rejim DAPigs yang dipimpin oleh Si Tokong DAPigs tu pada ketika ini. Ianya hasil dari pentadbiran Barisan Nasional. DAPigs dan Pakatan hanya sekadar menumpang je!!!

      Delete
    2. Pas akan menang pru14 dan hadi awang jadi pm mesia...keh keh keh

      Delete
    3. Hahaha....kalau pas begitu kuat berpenggaruh tidaklah dulu bersama pkr dan dap, apalg menang besar bertemu umno selama berabad2 kelantan juga hanya mampu dipertahankan tetapi mojoriti semakin kurang!! Memang tanpa pas pkr dap pan akan lemah kurang berbisa tetapi apa kurangnya pas?? Umno juga yg dpt habuan,rakyat juga yg rugi bukannya pkr dap pan. Kalau suka nak kutuk ikut hasutan omak kau sampai bilapun melayu tidak akan maju kemana kerana melayu tidak pernah berubah hanya zaman shj berubah melayu hanya ketinggalan selamanya,hanya bersorak riuh rendah dgn kekayaan bangsa melayu yg boleh dikira dgn jari, itulah kebanggaan bangsa melayu selama ini. Negara lain yg dulunya lebih mundur dari negara ini telah maju jauh meninggalkan negara ini kebelakang.adakah bangsa melayu sedar atau sememangnya hanya berserah pd allah untuk tentukan.

      Delete
    4. Kalau hanya dgn bermohon dgn allah boleh kaya boleh bijak pandai boleh majukan diri taklah org itu perlu berkerja kuat berusaha rajin utk kaya senang dan berubah. Apalg kalau semua manusia hanya berdoa mohon pd allah murah rezeki segalanya, tiadalah rakyat miskin rakyat kebuluran pelarian dll. Pasti ada yg bertentangan kaya miskin susah senang dll inilah rumrah, namun tanpa berusaha berubah berani hadapi apa sj halangan manusia itu tidak akan berjaya ubah kehidupannya jadi lebih baik.

      Delete
  2. patut pancai pun support turun padang. baru ramai walaun syiah dan dapig turun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. "OTAI REFORMIS" KECEWA DENGAN KEWUJUDAN TUN!!!

      Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’.

      Bagi mereka, pemimpin parti pembangkang telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.
      “Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat menyakitkan hati saya,” kata Nashita Md Noor.
      Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.

      Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata pembangkang tidak memerlukan Dr. Mahathir dan tokoh - tokoh UMNO lain untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
      “Najib sudah lemah dan akan berkubur dengan sendiri, kita tidak perlu bersekongkol dengan mereka (Mahathir dan pemimpin UMNO lain). Dr Mahathir tidak akan datang kepada kita jika anaknya masih Menteri Besar. Muhyiddin juga tidak akan tandatangan deklarasi jika dia masih Timbalan Perdana Menteri,” kata ahli DAP itu lagi.
      Sentimen yang sama juga turut dibawa oleh beberapa orang aktivis - aktivis lain, yang kebanyakan dari mereka mencurigai agenda sebenar Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

      Walaubagaimana pun, sedikit berbeza dengan mereka yang lain, peguam dan juga aktivis Haris Ibrahim menegur ucapan-ucapan mereka yang disifatkannya terlalu berlandaskan emosi.

      Namun beliau tetap menegaskan pendiriannya menolak Deklarasi Rakyat kerana merasakan Dr Mahathir tidak pernah menyesali kesilapannya, justeru tidak komited untuk membawa perubahan.
      “Hanya rakyat yang boleh selamatkan negara. Orang politik inginkan kuasa, rakyat inginkan perubahan. Inilah perbezaan antara kedua-dua ini. Dan mereka (penguasa) tidak akan memberikan perubahan, kecuali rakyat yang menjadi kuasa pencetusnya (driving force),” katanya lagi.

      Delete
    2. Pas akan menang pru14 hadi awanh jadi pm mesia..keh keh keh

      Delete
    3. Ingat ini rashia...untuk terus kekal berkuasa,kita mestilah selalu melaga lagakan mereka sesama pakatan harapan ,pekara kecil wajib diperbesarkan supaya mereka leka dan keliru....ingat jangan bagitahu seseiapa......ini adalah rashia.......

      Delete
  3. Juruacara PAS budak takudin tubuh gabungan baru dari Parti PAS...KITA...Perkasa(parti baru akan daftar sbgi parti pollitik).. HAMIM..gabungan yg mesra pengundi melayu dan bumiputera...tahniah budak takudin...selamat tinggal PAS dan PKR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perang DAP-PKR: Berhentilah Sayang Si Tokong

      SEMAKIN panjang nampaknya episod 'perang' antara DAP dengan PKR. Dendam kesumat DAP terhadap PKR amat jelas terlihat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak melantik Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan yang dibuat pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

      Aminah Abdullah berkata, dendam itu bermula sejak Mansor Othman yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang berani memberi gelaran kepada Guan Eng sebagai ‘tokong’.

      Ini kerana jelas beliau, rakyat pada ketika itu dilihat begitu taksub menyembah Guan Eng sebagai pemimpin.

      “DAP ni dendam kesumat dia memang daripada dulu sejak Mansor menggelarkan Guan Eng sebagai ‘Tokong’, tapi DAP terpaksa berbaik dengan PKR pun ada sebab iaitu nak menjatuhkan kerajaan, jadi suka atau tidak DAP terpaksa berbaik dengan PKR ni.

      Tapi PKR tak sedar benda ni, apabila mereka buat salah sikit sahaja di kawasan pentadbiran DAP, mereka juga akan turut dinyah daripada kawasan tersebut, cakap lah apa pun, memang itu lah hakikatnya DAP,” katanya bagi mengulas tindakan DAP yang mulai bermaharajalela dalam pentadbiran Pulau Pinang apabila membawa masuk sekutunya, Anthony Loke memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah Penang Hill Coorporation (PHC).

      Lantikan itu dibuat oleh Guan Eng bagi mengisi kekosongan ekoran pemecatan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR) dari jawatan tersebut.

      Jelasnya lagi, lantikan itu berdasarkan kelayakan Anthony dalam mengetengahkan soal pelancongan dan kebudayaan di Parlimen.

      Bagaimanapun kata Aminah, tindakan DAP Pusat yang beriya memberi penerangan tentang pelantikan Anthony itu hanyalah alasan semata-mata bagi mengaburi mata masyarakat umum untuk menutup niat jahat DAP.

      “Mereka ni bijak, setiap kesalahan yang mereka lakukan mesti ada strategi, contohnya dalam bab nak robohkan kampung Melayu, DAP tak hantar orang Cina untuk robohkan kampung Melayu, tapi dia hantar orang Melayu juga yang robohkan rumah-rumah di situ, tapi nanti dekat PRU, Cina pula akan datang berlakon seolah-olah mereka cuba bantu orang-orang kita.

      “Itu yang saya kata strategi, tapi orang Melayu ni buta, bodoh tak nampak apa yang mereka cuba lakukan terhadap orang Melayu.” tambahnya.

      Berikutan itu, Aminah menegaskan agar orang Melayu bangkit dan sedar khususnya golongam muda supaya tidak terpengaruh dengan DAP.

      “Saya kena pesan kepada generasi muda, dulu saya tak nampak apa yang mungkin berlaku, tapi bila dah duduk dekat mengenali mereka, saya kenal perangai satu per satu, tolonglah Melayu, jangan bagi kita ni berpecah balik, orang Melayu kalau sokong orang Melayu juga, kita masih ada rasa sedih, simpati, sifat ingin bantu bangsa sendiri ni ada, tapi Cina tidak.

      “Kalau orang Melayu nak terus sayangkan ‘tokong’ itu, nanti suruh si ‘tokong’ tu bacakan yasin dan talqin bila ‘hangpa’ mati,” sindirnya lagi.

      Delete
  4. betulkah ceramah dipenuhi pendengar?.
    kalau nak realiti, pergi ke Kelantan, dimana boleh dianggap kubu kuat PAS.
    Bagaimana orang ramai mahu dengar penceramah PAS, selepas beri salam kutuk AMANAH dan DAP. Sedangkan rakyat Kelantan tahu, yang menjadikan negara dan orang melayu susah adalah UMNO.
    Rasa-rasa penceramah yang porpular dan bertambah berganda peminatnya adalah Husam Musa.
    Bukan sahaja orang Kelantan dapat matlumat penyelewengan UMNO, bahkan kebodohan pimpinan PAS dilodeh sampai telanjang bogel.
    Kalaulah AMANAH buruk akhlak, nescaya terguling PAS dalam PRU14, namun semua orang ingin tengok Islam memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW! PERTIKAI DEKLARASI DAPigs KENA "SOUND"!!!

      Wah!!! Kesian betul tengok Barua DAPigs ni. Baru dia bukak mulut sikit nak memperjuangkan hak kepentingan Si DSAI tu pun dia boleh kena "Sound"?

      Yang 'sound' dia pulak bukannya orang lain. Tapi dari golongan Pentaksub dan Pengampu Bontot puak - puak DAPigs yang terdiri dari kalangan parti "Kuali" pimpinan Si Mat Sabu tu.

      Katanya, hanya semata - mata dek kerana dia cuba mendesak agar isu kandungan deklarasi itu diubah, maka dia telah diberikan amaran 'Kata Dua' oleh pemimpin parti "Kuali" Si Mat Sabu tu.
      "Tadi (kelmarin) saya terima SMS dari ahli pimpinan PAN, dia tidak tekan saya tapi nasihat saya supaya hati-hati agar tidak dikenakan tindakan displin," katanya di hadapan lebih 200 hadirin yang menhadiri majlis itu.
      Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Barua DAPigs tu mendesak agar isu berhubung pembebasan DSAI tu dari penjara juga turut dimasukkan sebagai salah satu syarat.

      Delete
  5. Kehadiran brape ramai tak penting..tak payah jadi najib habis berjuta setiap kali anjur majlis, tak payah jadi pas, ceramah berduyun datang tapi pilihanraya jadi parti tercorot. Takde kualiti namanya..kita tengok pru 14 nanti bila pencapaian pas makin teruk, umno pun makin teruk, pasti kedua2 parti belacan yg jual nama agama & mainkan sentimen bangsa ni bergabung jadi parti porak peranda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha..kesian penyokon PAN ni..bila ceramah lengang maknanya masyarakat tak sokong, mcmana nak dpt undi PRU14 nnt..hilang depositla nampaknya.

      Delete
  6. sapo budak hitam ni? tanyalah orang bunut payong ....
    apa mimpi pun aku tak tahu, tiba-tiba pemimpin PAS lantik dia jadi setiausaha Agong.
    padan muka PAS, belum apa-apa budak hitam ini telah maafkan semua dosa UMNO ke atas PAS dan ahli-ahlinya.
    kalau dia nak cium mamak Perak pun janganlah lelong parti sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini rasia jangan bagitahu orang lain.......sekiranya kita gagal memporak perandakan p,harapan lalu mereka berkuasa....hidup kita susah dan bos bos kita akan dipenjara.....ingat ini adalah rasia

      Delete
  7. Hati2 pada komen dan blog ini yg merupakan anjing2 biro mat maslan...waspada dan jgn terjerat dgn provokasi utk memecahkan pembangkang..

    ReplyDelete
  8. Semua anjing2 ini dibayar....bab dosa dah diletakkan ditepi walaupun mengaku seorang islam...

    ReplyDelete
  9. Aku pergi PRN sarawak begini BN lakukan..perjumpaan tak sampai 50 org..tp bila pengundi balik rumah.. kita ambil dlm rumah 3 org pengundi berdaftar..sudah jadi 150 undi. Apa yg aku lihat DAP ikut cara ini..DAP lagi senang dan mudah..pergi kedai kopi kepunyaan cina..mudah..murah dan amat berkesan. Kalau tgk pilihanraya di jepun begini cara berjumpa pengundi.. kalau perjumpaan ahli2 parti baru guna stadium. Bukan mcm parti pas di pru13..bg ceramah di stadium 60 ribu hadir..di kws aku.. 500 yg hadir di kira memalukan..keputusan akhir 21 kerusi MP utk parti pas...DAP dan PKR..jumpa pengundi suam2 kuku lagi byk kerusi MP di menangi...tp sampai skg pas termasuk omakkau.. begitu bangga kehadiran dlm ceramah parti..kita tgk ya PRN sarawak nanti ya... kalau satu kerusi tak menang.. memang parti pas muka tak malu..kalau menang 1 kerusi.. situasi mcm skg..kau memang 2 kerusi atau lebih..pas boleh berlagak..tp aku pernah terlibat prn sarawak.. aku tahu situasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kita tunggu PRU14.. tanpa jentera PAS, PKR boleh bergantung harap pd jentera PAN.. no worries..kui kui kui..

      Delete
    2. ko ingat PRU13, DAP n PKR mng banyak kerusi tu drp undi drp ahli DAP n PKR je ker?

      Delete
  10. NAJIB & UMNO HARI-HARI HIDUP BERGELUMANG DGN TAIK...PAS PAKAI BAJU BERSIH MANA PUN KALAU BERKAWAN DGN UMNO, TETAP TERKENA TEMPIAS. BADAN PAS PUN BAU TAIK. RAKYAT SPJG MASA DOA KEMUDARATAN, MENYUMPAH SERANAH NAJIB & MENTERI OTAK UDANG, MINDA LEMAH (BAK KATA KHAIRUDDIN), KERANA MALAUN-MALAUN NI LAH RAKYAT HIDUP SUSAH, JGN SAMPAI SATU HARI NANTI RAKYAT TURUT SERTA MENYUMPAH HAJI HADI & PAS. DOA YANG TERANIAYA INSYALLAH MAKBUL

    ReplyDelete
    Replies
    1. SO LEBIH BAIK LAH NAMPAKNYA BERSEKONGKOL DGN TDM... kui kui kui..

      Delete
    2. BERSEKONGKOL DGN TDM UTK TUMBANGKAN NAJIB MERUPAKAN SATU KEWAJIPAN.

      Delete
    3. Pr prnh bersekongkol dgn Madey jatuhkan Pklah.. akhirnya berjaya. Siapa yg berjaya!?? Madey la.. lps tu madey masuk balik amngok n serang Pr kaw2 punya. Skg Pktn Hrpn diperkuda madey.. tahniah!!

      Delete
  11. Kena ulang lgi ......orang bodoh dengar ceramah .... orang pandai baca buku.... jom sebarkan kkempan MEMBACA ...... belum pernah dengar orang cerdik jadi pandai drngar ceramah.... sekian t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca guna mata dan mendengar guna telingga adalah kaedah mendapat Ilmu...tiap tiap hari jumaat umat Islam wajib dengar ceramah atau khutbah..aku masuk universiti pun pensyarah kasi ceramah, nampak sangat si dol ni si bodoh yang perasan diri cerdik..Ko ingat nabi dulu menyampaikan ilmu dengan cukup suruh hanya orang baca sahaja kaa..nabi banyak sampaikan ilmu melalui cerita dan ceramah dan Allah banyak sebut qul berkali kali dalam AL Quraan yang bermaksud katakanlah,beritahu atau ceramah keh keh keh

      Delete
    2. Kalau PAN dah mengaku pandai mana perlembagaannya..?

      Delete
  12. Ceramah pas sampai sendat stadium pun xmenang jugak terengganu.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceramah pas adalah satu bentuk penyampaian ilmu n kempen penceeahan politik yg mulia.org org dgn hati iklas duduk dimajlis spt kuliah.ceramah umno dap pan pkr semata mata bermotif tamak halobakuasa politik.cuba bayangkan jika ceramah gabungan dinasor yg jadi badut tak ada org pergi jd bukan ke ia mmg akan jd badut spt ceramah pan selama ini.lalu mengapa nak pertikaikan keramaian org diceramah pas.hati yg iklas akan ditujuki juga oleh Allah akan jln yg benar barangkali hanya menungu masa yg sesuai.buat ceramah tp tak ada org nak dengat hakikatnya lg bodoh dr buat ceramah tp org dtg berduyung tp tak sokong.ia semacam gerombolan cina dibersih 4 tp tak dpt juga menumbangkan najib lalu terpaksa mencapai taik mader pula.cina dap n mader 2x5.tukang ekor nak kena ckp juga ke keadaan mereka.

      Delete
    2. bukan takat sendat, malah sampai pecah stadium, bila PRU dapat 21 kerusi saja..itu pun sekarang tinggal 13.

      Bukan setahun dua Pas ceramah rabak stadium, dah berpuluh tahun tapi hampeh hasilnya.

      Sebab apa?

      Sebab pemimpin pas sekarang tinggal yang bodoh-bodoh saja termasuklah pengikutnya, terlebih lagi Omak yang bertambah-tambah bodohnya meninggalkan parti bijak PKR jadi pengikut parti bodoh...Pas.

      Delete
    3. Kalau yg keluarvPAS pandai2 mana perlembagaannya.. parti ikatan ada 100 org je tapi lebih pandai buat perlembagaan dan x perlu DPP's endorsement..

      Delete
  13. Xyah layan an anonymous tu,bangang nak mampos punya manusia.hari2 makan dedak.otak jd dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PAN x bangang mana perlembagaannya..

      Delete
  14. Xsabar nk tgu pengumuman blog ketiga pas..sapa lah nasib malang berkerjasama dgn pas.kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Tukarlah baju kau tu omakau...............munafik ni nabi tak terima.Pakailah baju sendiri.

    ReplyDelete
  16. hahaha....

    Omak Kau bodoh memanjang sejak masuk Pas.
    Dia bukan tak tau masa dalam PKR dulu lagi orang tak kisah dengan ceramah PKR.

    Punya bodoh Omak samapi tak nampak hasil ceramah Pas yang berpuluh ribu hadhir hanya sekadar meraih 21 kerusi pada PRU 14.

    Sedangkan PKR yang orang tak peduli ceramahnya mampu raih 3 juta pengundi dengan 30 kerusi.

    So, mana yang lebih bijak dan mana parti yang bodoh gila berceramah tapi hasilnya kosong?

    Omak juga bodoh kerana ikut parti bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS kurang dpt kerusi kerana kesilapannya bersekongkol dgn DAP..

      Delete
  17. Dulu PKR berceramah orang tak pergi pun dapat undi tinggi jugak kerana jentera dan penyokong PAS yang bagi sokongan.Sekarang ni tanpa jentera dan penyokong PAS adakah kamu boleh bergantung harap dengan parti PAN.Anom 11.07 ingat dia sudah begitu cerdik sangat kerana dapat tunjuk satistik macam tu kahkahkahkah.....banyak beza sekarang ni weiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab Pas tak nak terima statistiklah dia bodoh dari dulu sampai sekarang.

      statistik tidak menipu. yang menipu ialah pemimpin pas dan yan kena tipu ialah ahli dan penyokong Pas.

      Pemimpin Pas menipu ahli dan penyokong kononnya dengan hadir ceramah berpuluh ribu, Pas kuat, Pas boleh menang besar PRU.

      Tapi statistik sejak kali pertama Pas bertanding PRU, tidak pernah pun menang lebih dari 27 kerusi walau pun Umno dah tambah kerusi parlimen beberapa kali hingga PRU 13 parlimen ada 222 kerusi.

      Itulah bukti kebodohan pemimpin dan ahli serta kaum kerabat Pas sejak dulu, kini dan munkin selamanya.

      Delete
    2. Kalau PAN cerdik kenapa sampai sekarang x de perlembagaan.. nak kena DAP luluskan la plk..

      Delete
  18. pkr..parti kentutan rakyat...tu pasal semakin tak laku sama mcm pan..kihkihkih

    ReplyDelete
  19. Pas ni sebiji macam katak ongg.

    Bila ketua katak berbunyi ongg...ongg

    maka sekelian pun katak menyahut onnggg...onnggg...onnggg...

    Tiada bunyi yang lain selain bunyi onnggg...onnggg...sahaja.

    Begitulah dunia katak, sama denan dunia Pas.

    Ibrahim boleh senanglah sebab Pas dah terima saka katak...

    ReplyDelete
  20. Org PAS ni antara ceramah...kuliah..mengaji.. khutbah... dan tak mampu nak bezakan lagi... ni la jadinya klu terlalu suka dengar ceramah 1 stadium... dah sakit tekak bertakbirr balik umma zzzz...zzz..zzzz.... esok bangun vongok balik...otak kosong balikkk... tinggalkan la ceramah2 nihh... baca buku lagi banyak faedahnya. ...

    ReplyDelete
  21. brapa prnggal Pas menang diTemerloh tu kaw dap yg pas menang tunggu pru14 Tetonggeng PAS NGAN TANTAWI NNTI ADA FAHAM

    ReplyDelete
  22. Sedih tengok omakkau. Takde idea. Tak Habis habis cerita ceramah PAN takde orang. Cuba cari isu yang lebih berinformatif dan bermenafaat lagi.

    ReplyDelete
  23. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (eleazardiaz536@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
    Regards,
    Eleazar Diaz pasukan pelaburan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...