Thursday 27 June 2013

ADAKAH INI PELAKON LELAKI YANG DIMAKSUDKAN YANG PERNAH KENA TAHAN KERANA MEMILIKI DADAH DAN SEMALAM KENA CEKUP LAGI ATAS KESALAHAN YANG SAMA?



Pelakon ditahan lagi miliki dadah

AMPANG - Seorang pelakon lelaki yang pernah dihukum kerana memiliki dadah pada 2009, ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pagi semalam.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelakon berusia 35 tahun yang juga anak kepada seorang pelakon terkenal, ditahan bersama tiga lelaki lain dan dua wanita berusia antara 27 hingga 37 dalam serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sekitar jam 11.30 pagi.

Seorang daripada wanita terbabit dipercayai teman wanita pelakon itu yang juga pernah ditahan pada 2009.

Polis menemui satu paket syabu seberat 4.7 gram dalam bilik di rumah terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil ujian awal air kencing mendapati empat lelaki itu positif dadah jenis methaphitamine manakala dua wanita terbabit negatif.

Menurutnya, sumber polis masih menyiasat termasuk mengenal pasti dari mana dadah itu diperoleh dan tujuan mereka menyimpannya sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman, katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati keenam-enam yang ditahan pernah disiasat berkaitan kes dadah.

Siasatan awal mendapati rumah dimiliki seorang daripada lelaki yang ditahan dipercayai digunakan sebagai lokasi jual beli dan menagih dadah.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap pelakon berkenaan atas kesalahan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya di Jalan Segambut pada Mac 2009.

11 comments:

  1. Dadah ssatu penyakit yg sukar dihilangkan melainkan semagat dan keinginan jitu pelakon ni blum ckup semangatnya

    ReplyDelete
  2. Tak serik2, bodoh! Sanggup jadi hamba dadah.

    ReplyDelete
  3. memang susah nak buang penyakit ni, jangan la nak cuba-cuba.

    ReplyDelete
  4. Bahana seks luar nikah Lihat sini

    ReplyDelete
  5. "Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR. Muslim)

    ReplyDelete
  6. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang artinya:"Wahai orangyang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah mengintip aib mereka, maka barang siapa yang mengintip aib saudaranya, niscaya Allah akan mengintip aibnya dan siapa yang diintip Allah akan aibnya, maka Allah akan membuka aibnya meskipun dirahasiakan di lubang kendaraannya."(HR. at-Tirmidzi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu tak boleh dedahkan lah menteri2 yg rasuah, makan duit rakyat, salah guna kuasa mengkayakan diri & keluarga dsb.

      Delete
    2. Mamat isap dadah tu bukan menteri makan duit rakyat

      Delete
    3. Mamat piang 0719
      Ko ni bangun tidor x basuh muka dan mengucap 2 kalimahsyahadah ke pagi2 ni
      Pasal tu ko terus meracau macam orang kena rasuk
      Itu satu tuduhan berat.
      Kalau ko ada bukti bawa ke mahkamah buat laporan polis dan sprm
      Jangan main2 tuduh itu dh jadi fitnah
      Agak aku lah mmg jenis bangsa ko kuat fitnah kot.yalah dapat didikan mak bapak yang bidoh jadi anak pun bodah bangang gak..

      Delete
  7. Xserik2 mamat ni...xde twaran berlakon ke...xlaku ek...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...