Thursday 20 June 2013

AKHIRNYA MOHD NADZRI IBRAHIM TIDAK DIBENARKAN TERLIBAT DALAM PASUKAN PETUGAS MENYIASAT KES KEMATIAN TAHANAN DALAM LOKAP POLIS, SETELAH DIRINYA DIDEDAHKAN OLEH 2 AHLI PARLIMEN PR TERLIBAT DALAM KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK!!!!



Akhirnya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tunduk pada tekanan untuk melarang sebarang penglibatan seorang pegawainya menyertai dalam pasukan petugas menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis.

Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai yang dipertikaikan penyertaannya dalam pasukan petugas yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis, tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas pasukan itu.

Berikut pendirian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melalui kenyataan pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof hari ini.

"Suruhanjaya integriti berpendirian Encik Mohd Nadzri Ibrahim tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas berkaitan pasukan petugas.

"Beliau akan terus menjalankan tugas-tugas lain yang dihadapi Suruhanjaya Integriti," kata Heliliah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Jun lalu mengesyorkan EAIC supaya menggugurkan Mohd Nadzri daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan itu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menjelaskan, mereka tidak mahu pegawainya dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.

Sehari sebelum itu, dua anggota Parlimen Pakatan dari Pulau Pinang mempertikaikan penglibatan Mohd Nadzri dalam pasukan petugas itu kerana beliau pernah terlibat menyoal siasat mendiang Teoh Beng Hock yang mati pada 2009.

Tindakan itu, kata mereka akan menyebabkan integriti EAIC dicurigai khalayak.

5 comments:

  1. beghaem katak puru apa cerita? masih hidup lagi ko di pasir mas? umno bodo bolehlah lantik dio jadi pengaroh ggapo2 lah sebab terhutang budi. mamposlah khaaaaak tuuuui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro tanya ckit?
      Apa citer pasal 60 ribu rakyat kelantan mengidap pwnyakit sakit jiwa pasal makan pil kuda
      X sangka kan kan kan kan ....

      Delete
    2. Ya, betul, 60 ribu itu termasuk mak bapak adik bradik spupu spepet dan sedara mara kau.

      Delete
  2. muka posing tak bleh blah!!! mcm elton john...hahaha

    ReplyDelete
  3. Cam george michael eh, penyiasat btul ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...