Saturday 8 June 2013

EDISI KANTOI!!!!...PROJEK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG BAHAGIAN YANG RUNTUH ADALAH PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN BUKAN PROJEK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG!!!!!


Ini bukti bukan cerita pakai air liur basi....Walaupun ada percubaan jahat lagi jijik para blogger UMNO yang cuba nak putar kononnya Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang bahagian yang runtuh adalah diserahkan kepada kerajaan Pulau Pinang,  namun papan tanda diatas jelas menunjukkan betapa ianya masih tertakluk kepada kawal selia kerajaan pusat Barisan Nasional.

"Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008 sebagai pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang Kedua dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. JKSB bertanggungjawab bagi pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan Jambatan Pulau Pinang Kedua"


Imbau kembali berita yang disiarkan oleh Egensi Berita Nasional (BERNAMA) mengenai keruntuhan ini demi pencerahan minda...

3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2
       
Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar memaklumkan pemberita kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di tapak binaan ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.

Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta sama bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Rahim berkata lebih 300 anggota bomba dan polis sedang mengesan mangsa dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.

Beliau berkata polis juga kesal dengan laporan berita portal yang mendakwa kononnya empat disahkan maut.

"Setakat ini, cuma tiga yang cedera, media diminta membuat laporan yang betul dan sah.

"Pasukan penyelamat sedang berusaha mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu, dan keadaan mangsa masih belum diketahui," katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh.

Abdul Rahim berkata kerja-kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara bagi membolehkan siasatan punca kejadian manakala jalan masuk-keluar ke kawasan itu juga ditutup untuk semua kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung dan puncanya masih disiasat.

Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dan JKSB akan mengeluarkan kenyataan rasminya esok.

- Bernama

Dimana katanya kerajaan negeri PR Pulau Pinang terlibat dalam projek ini?

28 comments:

  1. Betul ke xdo kena memgena pemantauan bukan kerajaan negeri ke...utk kontraktor bukan kerajaan negeri terlibat dalam pemilihan kontraktor ke...esp mesyuarat ahli2 majlis...

    ReplyDelete
  2. 3 pakej dalam pembinaan jambatan kedua penang
    Cergas Murni Sdn Bhd dilantik untuk pakej 3A
    Dilantik oleh PDC ( penang Development Coporations ) ditempat kejadian interchange batu maung.PDC dipengerusikan oleh ketua menteri penang siapa yek... Macai macai pr sebelum ni bukan main hentam BN pasal isu ni amboi amboi amboi.. Tanpa kaji selidik lagi dah main tuduh tuduh tu lah pengaruh pemfitnah no wahid negara dah menular di benak benak juak PR yang rak sedar sedar lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan macai munafikun8 June 2013 at 17:46

      Anon1431.usah lah ko terus menelanjangkan lagi kebodohan ko.dah sahih lagi bersuluh ko masih dengan hujah bodoh ko.awat la malang sungguh hang nie.dah diberitahu bahawa itu projek persekutuan dan kontraktor dilantik oleh kerajaan persekutuan ko masih dengan PDC ko.apa punya baghal ko ni.baik sungguh kerajaan persekutuan pilih projek dan cari dana lepas tu serah kat kerajaan negeri.ape punye bodoh lawak ko nie.projek billion billion nie....ehem ehem lebe....tak kan nak kasi orang lain kot.udah le yop.ko pi citer kat orang kampung darah biru yea.kami semua tak payah ko temberang.ko nie kena ngaji lebeh yea.renti jadi pencacai yg memperbodohkan diri sendiri.adios.

      Delete
    2. Terserah lah pad lu klu lu nak percaya ke x nak pecaya ke tapi inilah hakikatnya klu tak puas hati cari fakta yang menudakan statment anon 17:46 bukan main tulis ikut fahaman sendiri dan.menyerlahkan lagi fakta yang kau ni ada memiliki nilai diri sang pemfitnah bodoooo bangang punya anon 17:46

      Delete
    3. Red bean army @ tentera siber ubn ni buat fakta fitnah lagi. Mana ade dlm sejarah malaysia projek kerajaan persekutuan diuruskan oleh kerajaan negeri.
      Kerajaan negeri cuma bagi kebenaran merancang je.. lain-lain diuruskan persekutuan. Jika piak persekutuan gagal mematuhi syarat kebenaran merancang, pihak negeri berhak menghentikan projek. Dah bodoh lg bangang masih lagi buat fitnah.

      Delete
    4. Anon 1:38 contoh redbean army yang menyerang fakta nyata yang menybelahi pihak kerajaan ulasan yang hampir sama dalam setiap.komen tanpa menujukan bukti jelas .sentiasa membuat putarbelit dalam peng hujahannya... AWAS JANGAN TERPEDAYA

      Delete
    5. fakta apalagi red bean army@macai ubn Anoi 02:37. Kebenaran Merancang akta 172 itu faktanya.. rujukan http://jpbd.pahang.gov.my/keb-merancang.php
      fakta depan mata jgnlah spin lagi Dajal laknatullah.. Fitnah tak abis-abis lagi...

      Delete
    6. Anoi 02:37 nak mnpk sgt ko ni RED BEAN ARMY@TENTERA SIBER UBN

      apasal aku kata RED BEAN ARMY itu tentera siber UBN.. tiap-tiap kali perhimpunan UBN mesti pakai baju merah.. sebelum PRU 13, dgr khabar dari jauh ade perjumpaan penulis blogger penyokong kerajaan UBN di Putrajaya.. Lps tu Utusex tiba-tiba mengeluarkan crite RED BEAN ARMY.. semua berlaku sebelum PRU13.

      Yang bestnya.. setiap aku masuk je laman penyokong pr lps berita itu tersebar.. ruang komen laman web penyokong PR setiap hari dikeromoni macai-macai UBN hentam dan putarkan fakta yang di paparkan oleh penyokong PR.

      Maka kesimpulan aku disini, utusan sex mengeluarkan fitnah kepada DAP untuk menutup kerja jahat UBN menubuhkan RED BEAN ARMY supaya tentera ini dapat bergerak masuk ke ruang komen web penyokong PR untuk memutarkan fakta bagi menjatuhkan moraliti penyokong PR.

      Ini carta pengurusan projek jambatan kedua Pulau Pinang

      http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/poc/projorgchart2.pdf

      Ade ke PDC dalam carta ini? Yang ada dilaman web JKSB adalah kenyataan ini secara jelas:

      'Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) was established on 9 July 2008 as the concessionaire for Second Penang Bridge and is wholly owned by Minister of Finance Incorporated. JKSB is responsible for the construction, management, operation and maintenance of the Second Penang Bridge.'

      Delete
    7. Ko keje construction ke? Papan signboard projek jambatan tu atas milik sape? Dasar macai BN. BODOH NEGARA

      Delete
  3. tak betoi awat? hang bodo baca ke? hotak hang bongok ke? menatang umno memang bongok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolonglah bawa bodoh hang ni kat artikal lain bleh ? Simpan ya bodoh hang tu jgn ikut emosi kalau hamg ada anak kecik dia pun ketawa baca komen hang ni bidih betui pak aku ni
      Kalau bujang lari awek hang bila.terbaca lawak bangang hang ni cheen pun x brani kluar pasal dah tau faktanya.. Pakai akai oaaa

      Delete
  4. Hang2 hangguk hang...cuba la selidik dulu jgn main tibai jek...tu la malas nk baca terima jek apa depan mata kena auta pun hangguk jek...

    ReplyDelete
  5. Tu le projek rasuah....if kerajaan negeri nak buat terowong pusat mcm2 kutuk butuk itu inilah..rosak alam sekitar le...if buat terowong xde runtuh kat org awam if runtuh pun pekerja yg terlibat je...ngara mju lama dah guna tunnel lebih slmat mcm Eglnd n France..buat malu ngara je...nyawa rkyat xde nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang hang dok merepek ni...

      Delete
  6. Salah satu sebab jambatan runtuh coz nak buat terowong so pk2 kanlah yek...

    ReplyDelete
  7. Che en komen laa dah terok benar macai macai pr ni backup cket bagi nasihat cket kt kakawan kau ni .. Berhujah ikut fakta ..
    Omak.kau kan dah tau apa isu pun.kau kluar tentu pr yang kena balik.. Tolong tolong

    ReplyDelete
  8. Sila baca di sini
    http://khairulryezal.blogspot.com/2013/06/batu-maung-interchange-roboh-semalam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello bro, macam mana blog tu boleh kata pemilihan Cegas Murni , PDC yang buat. Pemilihan kontraktor dibuat oleh mereka yang mengeluarkan tender.

      Pengeluaran tender dan lantikan kontraktor dibuat oleh Link Kedua Sdn. Bhd. Tak percaya tengok dokumen dibawah pengeluaran tender untuk landscaping Package 3A.

      http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/tenders/3a.pdf

      Link Kedua dimiliki oleh Ministry of Finance Inc yang di bawah Kerajaan Persekutuan;

      http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/poc/projorgchart2.pdf

      Sememangnya mana-mana projek di bawah Kerajaan Persekutuan memang Kerajaan persekutuan yang pilih kontraktor, dia tak kan sub ke Kerajaan Negeri apatah lagi Kerajaan Negeri tu pembangkang yang punya.

      Kerajaan negeri hanya bagi kebenaran menjalankan projek sahaja, BUKAN pemilihan dan lantikan kontraktor. Duit projek tu tak "lalu" kat kerajaan negeri pun. Kalau "lalu" kat kerajaan negeri maka pemilihan dan lantikan hendaklah di buat oleh Kerajaan Negeri.

      Delete
  9. Macai pr cuba jengok blog yg kat atas tu baru kauorang dapat kebenaraan jgn butakan hati kalian

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.jambatankedua.com.my/webv1/images/stories/poc/projorgchart2.pdf

      dicarta takde PDC terlibat... yang ade ini terang lagi nyata..

      'Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) was established on 9 July 2008 as the concessionaire for Second Penang Bridge and is wholly owned by Minister of Finance Incorporated. JKSB is responsible for the construction, management, operation and maintenance of the Second Penang Bridge.'

      Dasar RED BEAN ARMY@TENTERA SIBER UBN@MACAI UMNO BN@PAKAR PUTAR ALAM tak abis-abis fitnah PR.

      Delete
  10. Windu plak aku kat cheen dah tertimbus bwh jambatan agaknya hehe...

    ReplyDelete
  11. Che en komen laaaa

    ReplyDelete
  12. Lagi satu, banyak orang keliru dengan perkataan "berdaftar". Banyak orang anggap oleh kerana Cergas Murni berdaftar di bawah PDC maka Cergas Murni tu dipunyai dan dipilih oleh PDC.

    Bagi mereka yang tak faham cara pengeluaran tender begitulah pemahaman mereka.

    Sudah menjadi syarat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bahawa setiap kontraktor yang hendak masuk tender projek hendaklah berdaftar dengan kerajaan negeri atau Kementerian Kewangan bagi kerajaan Persekutuan.

    Itu sebab Cergas Murni berdaftar dengan PDC untuk masuk tender projek-projek PDC.

    Tetapi bagi isu pembinaan package 3A ini, Cergas Murni juga berdaftar dengan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. untuk mendapatkan tender (dan dia dapat tender tu).

    Isu utama ialah siapa yang lantik Cergas Murni maka dia lah yang pilih. Sudah semestinya Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (sorry post awal silap kata Link Kedua Sdn. Bhd.) berdasarkan tender yang dikeluarkan. Kontrak pembinaan Cergas Murni ialah dengan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. bukannya PDC!!. So PDC tidak terlibat langsung.

    Harap faham ye.

    Anon

    ReplyDelete
  13. nak ambik gambar sign board pun biar la yang betul.. yg collapsed is package 3A not 2A!! penat2 je kot pegi redah jalan nak ambik gambar.. hiks..malunya...

    ReplyDelete
  14. Politik...itu smua dh ditakdirkan blaku..

    ReplyDelete
  15. Woiii macai PR jangan nak perbodohkan orang la. Gambar di atas tu pakej 2A la bodoh, jahil. Cuba lihat nama kontraktor kat papan tu Cergas Murni ka? Admin ni pon banggang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...