Tuesday 25 June 2013

ISU DSAI DAN NAJIB RAZAK MINUM SEMEJA!!!...APAKAH SUATU KESALAHAN BESAR DSAI DUDUK SEMEJA MINUM DENGAN NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN?



Tindakan DSAI dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.

DSAI sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen.


DSAI lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Dalam hal ini tidak saja DSAI yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.


Kemudian tersebar pula gambar-gambar DSAI duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada permusuhan antara mereka.

Gambar DSAI bergambar bersama Najib dan Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.


Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai DSAI serta Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh DSAI dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.


Ternampak ramai juga penyokong pro PR yang mula goyah dengan isu ini dan merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat DSAI itu.

Ada pula yang berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan mungkin pula dihumban ke penjara.


Kehadiran DSAI dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.


Memang ramai yang mahu mencabar DSAI dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi.

Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.


Dalam hal ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik untuk mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.


Ada pula yang berpendapat kenapa DSAI dan lain-lain Ahli Parlimen PR tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah? Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis angkat sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam bulan untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya hal-hal mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.


Tetapi tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah mempersenda Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan Parlimen itu. Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di majlis pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini lebih dahsyat lagi.


Ada pula kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya pilihanraya kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas tempoh enam bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen seseorang itu akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan pilihanraya semula.


Jika kes itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya kecil semula, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN. Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222 kerusi Parlimen.


Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan terus tidak mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula, DSAI, TGHA, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak boleh dicalonkan untuk bertanding semula.


Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa DSAI, TGHA, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.


Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk DSAI sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker.


Jika DSAI memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu bersosial dan tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti akan mengundang kecaman yang lain pula.


Lagi pula tidak ada salahnya DSAI duduk semeja dan bergelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi.

Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak.

DSAI dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.


Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain.

Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip.

Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.


Sementara penyokong DSAI dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

33 comments:

  1. rasa nk gelak bila ko sebut nuar berahi, lks tian chua nurul izzah pemimpin berwibawa hahahah..alasan xnak derhaka pd Agong konon..apala kau merepek ni omak kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jadi macai setakat dapat seribu dua rasanya memang betul betul la macai...bukan salah ibu mengandung tapi tuan punya badan letak otak kat kepala lutut...nak buat mcm mana lagi....

      Delete
    2. adab itu tuntutan agama25 June 2013 at 18:11

      bahasa terbaik dan paling sopan dari puak penyokong umno.entah bila lah mereka ini beradap bila memberi komen.jgn memalukan kedua dua orang tua bila dikatakan tidak pandai mendidik anak.yang baik itu budi dan yang indah itu bahasa.

      Delete
    3. Pandainya ko ckap

      Tu yang golek2 tidur atas jalan tu anak siapa

      Memalukan mak bapak

      Anak lah tu ye

      Anak beruk macam kt zoo

      Delete
  2. Utk pengetahuan Omak kau, memang tak salah Anuar bertemu walau berbincang dgn alhi2 UMNO demi kebaikan rakyat tapi bukan dlm keadaan begini dimana penyokong bertarung dibalun polis diluar dia bersenang2 dgn musuh sendiri yg dicerca dan dimaki setiap hari dan mlm didepan penyokong. Kami amat faham kenapa Anuar dan 88 Ahli Parliment PR harus mengangkat sumpah malah jika Anuar boikot upacara mengangkat sumpah semlm kami amat tidak bersetuju kerana akan berdepan dgn keadaan yg lebih teruk lagi. Hanya kami mahu Anuar lebih bertanggungjawab apabila selesai mengangkat sumpah sepatutnya pergi melihat keadaan penyokong yg bertungkus lumus mempertahankan diri dari dibalun oleh polis walau bukan bersama penyokong utk dibalun. Kenapa Anuar tidak berbuat spt YB Khalid Samad dimana selesai upacara diParliment terus pergi mententeramkan penyokong diluar atau seperti YB Tian Chua ada masa pergi ke balai polis menghantar makanan utk penyokong2 yg ditahan selepas sesi Parliment. Apa yg Anuar lakukan semlm selepas terhegeh2, terkeseng2 bersama kumpulan UMNO terhadap penyokongnya. Lihat shj dlm kumpulan tersebut adakah ahli2 parliment dari pihak PR yg lain didlm kelompok tersebut? Hanya Anuar seorg dikerumuni oleh kesemua ahli UMNO. Nampak sgt hidung tak mancung pipi tersorong2 utk bersama Najib dan kuncu2nya..

    ReplyDelete
  3. Agak la kan, kalau seorang BOS dalam syarikat, semua kerja dia buat, menguruskan hal syarikat dengan syarikat lain, menyapu, mengvakum, menyiram pokok bunga, membainding, photostat...apa agaknya pula tanggungjawab rakan-rakan yang lain yang berada dalam syarikat tersebut???....

    Kalau korang jadi di pertanggungjawabkan jadi BOS di suatu syarikat , apa agaknya korang buat?...

    NAK TAHU SANGAT APA KORANG AKAN BUAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menipu lerr agar penyokong percaya....

      Delete
    2. Anon 12.14 : Boss mamang tak wat semua kerja2 tu tapi Boss yg baik mengambil berat tentang kebajikan pekerja bawahannya bukan setakat mengambil gaji lebih besar dari pekerja bawahan tetapi semua masaalah/kesusahan harus diambil tahu..

      Delete
    3. ader aku kesah.25 June 2013 at 18:21

      betul tu.DSAI tak perlu melakukan semua kerja.hanya yg tak reti bekerja akan mengatakan sebalik nya.cukup bagi YB Khalid Samad berjumpa dgn penegak kebenaran.komen komen negative dr musuh biasa le tu.aku rasa banyak musibah pun yg berlaku kekadang tu tak nampak gak piem umno tu.ader ker piem masa penebat petir tu tumbang di PP.dr umno cuma zahid jer dtg.tu pun secara kebetulan berada dilokasi brhampiran.jika tidak sori ler.yg penting kita terus sokong perjuangan PR.

      Delete
  4. Apa le kau orang ni (macai2 umno dan mereka2 yang kurang cerdik), Anwar duduk, makan dan begelak dengan Najib and the gang pun kau orang dah kata macam2, tuduh macam2....so, kalau Rasulullah bergaul (muamalah) dengan orang yahudi, musyrikin dan kafir maka kau orang nak tuduh ke S.A.W itu MUNAFIQ!!!

    Banyak peristiwa dalam perjalanan hidup Rasulullah yang terpaksa bergaul (muamalah dengan hikmah) dengan pihak munafiq, fasiq, kafir, yahudi dan musyrikin. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bergaul (bermuamalah) dengan orang kafir, yahudi, munafiq, fasiq dan musyrikin dan tidak dengan orang-orang Islam bagi tujuan maslahat (faedah or for a bigger benefit) yang lebih besar untuk umat islam itu sendiri.

    So, kalau le Anwar jumpa, bergaul dan bergelak dengan Pak Yahudi di mana2 persidangan besar dunia...tak kisah le dimana pun, maka Anwar akan di tuduh sebagai agent yahudi..fasiq, MUNAFIQ!!!..... ini macam pernah kita dengar sebelumnya dari mulut2 UMNO DAN UTUSAN MELAYU. SO KALAU BEGITU, KAU ORANG YANG TUDUH BUKAN2 KAT ANWAR TU TAK JAUH BEZA LE DENGAN MULUT2 UMNO DAN UTUSAN???.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei Monkey.. Jangan dibandingkan Rasulullah kerana baginda adalah maksum dan tiada sedikit cela pun tentang keperibadian baginda. Kau amiklah contok2 pemimpin Islam yg lain. Mereka bergaul kepada semua golongan walaupun golongan kafir utk tujuan kebaikan. Tapi tengoklah keadaan. Tidak mungkin pemimpin Islam ini akan membiarkan rakyat bertarung sedangkan beliau bersenang2 sukaria. Tak siapa membantah atau buat bising klau Anuar bersembang dgn sesiapa sjh walaupun dgn musuh sendiri ketika tiada apa berlaku pada penyokong2 beliau. Tapi ketika Anuar bergelak ceria bersama Najib dan grombolannya, penyokong2 diluar bergelut dengan polis yg membantai mereka hingga cedera. Tidakkah lebih baik jika masa yg digunakan berceria dan bersantai bersama2 Najib and the geng digunakan utk meninjau dan memberi semangat kpd pengikut setia yg bermandi peluh dan darah bertarung dengan polis..

      Delete
    2. apala kau org ni(macai2 pr dan mereka yg kurang cerdik), sapa yg timbul isu ini..mmg dri dulu lagi pihak umno mengalu alukan sesiapa saja utk bergaul bkn dalam org dlm malaysia juga seluruh dunia kecuali puak zionis..nak makanke minumke bersukan ke xada masalah tp ada sorang lobai malang tapi dh jadi mantan MB menuduh org umno kafir, x leh berkawan dan x bleh bekerjasama..apa cerita bai..

      Delete
    3. Rasullullah maksum. basic agama yg kita tahu. Segala perlakuan dan tindakan nya terpelihara.

      Hujah dangkal ni membandingkan tindakan pemimpin bodo piang biasa dari golongan macai PR, PAs dan pkr.
      Diaorg ni semua tak maksum. TGNA, Hj Hadi, Pak Mustapa..mat sabun ka..ANuar..semua org biasa. yg Nak kuasa dan duit. sama saja.berebut angkat sumpah di parlimen jugak. kalau berani boikot la betul2 yg pemilihan yang SPR buat nipu. Jgn ckp lebey.

      Delete
    4. terbaek dr umno25 June 2013 at 18:28

      ketrampilan terbaek dr juak juak umno.memberi gelaran yg tidak elok pd penyokong/pemimpin PR.kesian.tahap mentaliti yg cukup lemah.fail.

      Delete
    5. Sama lah dengan puak ko 1828 oiii

      Malah lagi teruk daei tenuk

      Delete
    6. anon 18:28...Pemimpin PR iaitu mat sabu lah org pertama memberi gelaran Sheikh Anwar Aljuburi kpd anwar.

      Delete
  5. Kita percaya segala kemelut politik sekarang ni di malaysia berpunca dari dsai lihat lah semenjak menjadi pembangkang berbagai demo yg telah dijalankan yg aman yg ganas kesemuanya menjurus pada ketidaksetabilan keamanan negara ianya juga melahirkan jiwa memberontak sampailah terajedi yg berlaku semalam .. Ok sebagai pencetus semangat memberontak dikalangan yg ditahan semalam apa kah wajar dsai tidak memperdulikan mereka dengan menghantar wakil beliau saja kalau mengikut protokol kenapa tak wakil saja . Apa yg lebih wajar di buat oleh dsai ialah tangungjawab terhadap mereka mereka ditahanan protokol diparlimen wakil pas dan dap kan ada.. Tidakah ini menujukan sikap yg tak sepatutnya ada pada pemimpin keagongan PR dan beliau tak sepatutnya disokong kerana lebih bnyk perkera buruk dari baiknya yg di dukung oleh beliau





    ReplyDelete
  6. Inilah politik &demokrasi ala Melayu Malaysia.
    1. Kalau berbeza politik tak boleh bercakap, minum, makan, jemput menjemput dan apa saja dilakukan bersama ahli & pemimpin parti lawan, mesti terus berperang.

    2. Mana-mana saja dun atau kawasan parlimen yang tak sokong pemerintah akan di anak tirikan. Tak ada peruntukan, jalan rosak lambat di betulkan, kemudahan awam di abaikan. Secara lansung rakyat dinafikan hak untuk memilih.....

    Bilakah kita nak dewasa dalm berpolitik lihat dinegara lain samaada kawasan penyokong dan penentang pemerintah mereka diberi layanan yang sama saja.

    Sejak awal 80 hingga pertengahan 90 sering kena bertugas di Parlimen mewakili kementerian perkara sebagini biasa saja... Bertengkar dalam dewan minum semeja masa rehat... Ini sesuatu yang sihat.

    RasulAllah semasa berperang melawan Yahudi dan Quraisyh, dalam masa lain berdagng dan menynatuni Yahudi dan Quraiysh......

    Mari sama-mata menjadi orang matang berpolitik, jangan kerana politk berbeza kita memutuskan siratulrahim. Untk Omakkau... Perbaiki pendekatan danjangan taksub sangat dalam lapuran cerita.....

    Kepada sahabat-sahabat pejuang yang bengkak dan lebam di luar sana, syabas saya terpinggir kali ini kerana hal keluarga yang amat memerlukan saya. In syaa Allah akan turun dalam peluang terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tuduh sapa yg x matang berpolitik ni..pegilah basuh muka tu aku rasa kau tgh mamai tahan ngantuk ptg2 begini..bgilah contoh tmpt mana yg kau cuba nk ceritakan..ini tidak cakp umum saja..dh stail puak pr.. skg klu nk cakap mesti fakta yg jelas bkn samar2 ini tidak fakta sekadar spekulasi..balik2 Rasulullah nk compare mmglah baginda maksum kerana dia utusan Allah..cakap ikut peredaran zaman lah bro..kau ni dah selalu tertinggal bas

      Delete
    2. Anony 15:15 jangan tolak sunnah, apayang anony 13:55 cakap tu dia tak hentam sapa-sapa, PR yang taksub pun kena, BN yang totok pun kena blogger pun kena..........

      Cuma kau nak cakap macam sunnah itu oudated saja..... Sunnah dan Al Quran TIDAK MENYESAT DAN MERUGIKAN..... Untuk di ikuti.... Baik-baik cakap nanti jadi fasiq nanti....

      Aku tak pandaia agama tapi jaga cakap

      Delete
    3. anon 1515.apa tindakan ko bila mantan piem ko mengatakan AlQuran ketinggalan zaman.

      Delete
  7. penyokong pr yg terpengaruh dgn isu2 kecil mcm ni(yg bkn isu pun) mungkin tak pernah tengok acara tinju dunia..sebelum muhammad ali bertarung dgn joe bugner...keduanya akan mengadakan sesi bergambar...yang cukup akrab...mcm tak ada kerja sgt nak bawak isu mcm ni..profesional la sikit

    ReplyDelete
  8. isu duduk semeja minum tak salah. Yg penting kita tahu mcm mana permainan bung nuar. gunakan budak2 bad punk.kihkh

    ReplyDelete
  9. aku masih tetap berpegang kepada prinsip asal: ABU / ABCD.
    walau apapun provokasi dari pihak bn. prinsip aku tetap tak goyah kerana aku penyokong PAS dan selagi PAS masih berpegang kepada tali ALLAH sebagai panduan, tunjuklah gambar atau apapun, aku takkan dimakan oleh provokasi.. InsyaAllah..PR mendapat sokongan aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku pilihan terbaik buat masa ni utk agama dan bangsa adalah umno pas bukan tak bagus cuma lebih baik jika disingkirkan parasit parasit yang cendrung ke arah syiah dan kluar dari pakatan rakyaat yg diangotai oleh parti yang bekepentingan pribadi pkr dan parti rassist dan chouvinist dap kerana merekalah yang telah menyebabkan pas kluar dari landasan asal perjuangan aku ahli pas yang mengundi bn dlm pru 13

      Delete
  10. Hahaha...anon16:22...hang umuq berapa???masa pas masuk bn parca 13 may..dan lepas tu bn dah kuat. Dia tendang pas kluaq.sampai la umngok tak mintak maaf.yang ada masa tu TGNA.tu psai dia takan bersekutu lagi dengan puak haram jadah ni.pi mampuih ngan puak hang pa la.nak ajak bengong jugak dengan puak celik fakta buat apa. P teguq ayaq setan banyak2 lagi.harap Allah bagila hidayah kat hang pa semua sebelum mampuih.

    ReplyDelete
  11. Anon 16:22 merasa caranya benar kerna dia mengundi untuk agama dan bangsanya awat hang dok kallut anon 16:55 negara demokrasi sesiapa pun bebas memilih hang ada baca ke kenapa umno tendang pas angkara parasit yg merosakan pas antaranya siapa han pun tau kalau tak tendang pas masa tu pertumpahan darah x kan dpt dihentikan di kltn apa hal pula umno nak minta maaf tun hussin onn mengambil langkah bijak bagi kemanan ada hang tau tak sejarahnya jgn msin hembus je

    ReplyDelete
  12. aku dah tak mengundi selagi belum jumpa yang betul betul berwibawa..kebanyakannya bukan bekerja untuk rakyat..tp hanya nk jadi wakil rakyat...selamat tinggal pru14 dan seterusnya....diharap parti yg benar benar nak bawa Islam yang sebenar dan menjaga rakyat akan muncul...

    ReplyDelete
  13. cuba tengok atau dgr balik ucapan anwar,,mengenai sikap penyokong Bn dan cekdet..isu cium tangan..bukan main ngata..xcup cu cup..ehhe yer tun..bila pentas ceramah..apa yg tak disentuh..pm dan tpm tapi tp korang tengok bila duk semuka senyum mewek..sampai ketelinga..kalau Hj hadi buat gini..100 hari seratus malam la kena kutuk..tap insan kamil..lainla..ada hujjah..lebih lg ikut sunnah kan kan kan..

    ReplyDelete
  14. yg aku nampak si dsaial je yg terhegeh2 nak jumpa DNajib. Mana Hj Hadi? black 505 pun tak nampak muka.. nyuruk mcm khalid samad ke kat pejabat pas kl aritu?

    ReplyDelete
  15. kenapa hj hadi yg tarafnya lebih tinggi dari anuwar tak sibuk2 pun nak duduk semeja dgn PM? kena kencing betul la para NGO yg sertai black 505.ceh

    ReplyDelete
  16. Beza politik ok beza uganma Allah jangan sekali.Kalau dah buta hati, buat lagu mana pun pemimpin umno tak boleh tukar.Jangan jadi berpuak-puak, pulau memulau dan boikot memboikot. Tengok DSAI di buli begitu rupa tapi semua dapati atasi kerana Allah. Cuba bayangkan anda pada kedudokan DSAI semasa ditahan, tentu banyak dah hilang sabar dan paling tadah.Jujor dan sabar itu kunci kejayaan.

    ReplyDelete
  17. Keldai adalah satu haiwan tunggangan yg rajin dan akan mengikut arahan tuan nya tanpa banyak kerenah. Ia boleh berguling guling di atas tanah jika di ajar dgn betul dan sangat kuat dan sanggup di sepak terajang....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...