Monday 24 June 2013

PANASSS!!!!!.. PERHIMPUNAN PROTES DEKAT BANGUNAN PARLIMEN...CHE' GU BARD DAN ADAM ADLI SURUH POLIS TANGKAP MEREKA SEBAGAI TANDA SOLIDARITI!!!!



Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

5 comments:

  1. Eh kata ramai giler kat situ, tapi tak kan polis 300 org jer pun tak boleh nak lepas sekatan?..hehehehe....siap terpaksa meminta-minta pulak polis tangkap si Adam dgn Bard Simson ni. Apa ler punyer orang, tak der maruah langsung. Polis dah tak heran dah, tak mau tangkap...lu orang tak der valuer der!! Sampai terpaksa serahkan diri kat polis suruh tangkap...kelakar giler...very cheap gimmik. Macai PR bodoh boleh ler tertipu...
    Apasal tak baring kat Istana kalau tak percaya SPR, senang sikit nak kena tembak dgn askar kerana menderhaka. Kan SPR dilantik oleh Agung? Apasal pulak pergi kat Parlimen? Kenapa pulak PR ambik sumpah hari ni kalau tak percaya SPR dan minta re-election?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kalau yb yb mereka x angkat sumpah aku lagi respek pada beruk2 tu.
      Sia2 jer buat demo dan tidur atas jalan
      Yb yb takut terlepas jawatan maka pi lah angkat sumpah
      Beruk2 jadi bangang....

      Delete
  2. Saja nak keluar tv. buta hati budak2 ni.

    ReplyDelete
  3. Dorg ni dah kena bayo kot.. takkan diaorg saja2 nak buat kerja bodoh ni.. takda maruah.. bodoh.. thuihh..

    ReplyDelete
  4. sokong2...Cetek otak.xde akai....perjuangan yg sia2... Kepala otak letak kat lutot...dlm kepala isi otak lembu...wakakakaka...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...