Friday 14 June 2013

EDISI PECAH TEMBELANG!!!!!....PEMILIK MENARA UMNO PULAU PINANG BUKAN KEPUNYAAN UMNO TETAPI MILIK SEPENUHNYA OLEH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN IAITU JKP SDN BHD.!!!!!


Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman.

Rakyat punya wang tetapi UMNO Pulau Pinang ambil nama!!!!

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera  Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.

Peranan JKPSB merangkumi:
i) Pemaju Hartanah;
ii) Pengurus Harta;
iii) Syarikat Pegangan Harta; dan
iv) Syarikat yang mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan.
Pemaju Hartanah
Sebagai pemaju hartanah JKPSB memajukan semua hartanahnya sendiri dan di mana perlu secara usahasama atau penswastaan dengan pihak lain. JKPSB juga melantik syarikat-syarikat tertentu sebagai pengurus projek untuk melaksanakan projek-projek yang dipertanggungjawabkan. Peranannya sebagai pemaju memerlukan JKPSB beroperasi secara sepenuh masa dan dengan demikian ia perlu berperanan sepertimana pemaju swasta dengan memperolehi kelulusan-kelulusan tertentu dari pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Pengurus Harta
JKP Sdn Bhd menguruskan harta-harta berkaitan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang , terutamanya hartanah siap dibina yang termasuk kompleks perniagaan dan rumah pangsa/pangsapuri. Tanggungjawab ini dilaksanakan melalui pelantikan wakil-wakil dan agen-agen pengurusan harta.

Syarikat Pegangan Harta
Peranan sebagai syarikat pegangan harta menepati matlamat asal penubuhan JKP Sdn Bhd selaras dengan kewujudannya dalam tahun 1995.

Syarikat Yang Mempunyai Pelbagai Kepentingan Perniagaan
Kepentingan syarikat dalam lain-lain aktiviti perniagaan juga termasuk kerjasama/usahasama pintar dan sinergistik untuk memberi peluang perniagaan lebih besar kepada masyarakat usahawan bumiputera; khususnya di Negeri Pulau Pinang.


YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi














   
 
YBhg. Datuk Abdul Latiff Bin S. Mirasa
Timbalan Pengerusi
                       



 









                                                                        
YBhg. Datuk Wan Selamah Binti Wan Sulaiman
Pengarah
















YBhg. Dato’ Jamalludin Al Amini Bin Haji Ahmad
Pengarah















Encik Azman Bin Ibrahim
Pengarah
















                                                                                
Encik Mohd. Esa Bin Manaf
Pengarah

14 comments:

  1. tapi yang lagi best usaha BN, tapi PR yang usaha nak ambik nama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupa kes jambatan kedua.. Guan Eng cuba ambik kredit dari situ tapi apabila terjadi sesuatu yang buruk terus cuci tangan.. macam ni punya pemimpin pun ada..

      Delete
    2. serupa kes Selangor.. kononnya tahap kewangan Selangor mantap.. padahal belanja pembangunan dah buat waktu BN.. tapi bila Kelantan mundur salahkan kerajaan pusat.. tapi bila maju depalah yang the best kau memang the boom..

      Delete
    3. Sendiri komen sendiri sokong.dasar redwhite maggot army.dan percaye le tu semua pejuang bangsa melayu.

      Delete
    4. kahkahkah.. MIK dah takdak fakta nak balaska?

      Delete
    5. bute hati merane bro14 June 2013 at 20:37

      Kenyataan bangang.mundur Kelantan mundur lg sabah dan sarawak bro.tu kira nya sabah dan sarawak ditadbir oleh kerajaan negeri pro be end.buta maklumat bro ni.you vote maggot you will get bones and not fresh meat.lu makan kuah le bro.tu pun kalu nasib baik.silap silap jilat pinggan je bro.

      Delete
    6. bro napa compare sabah sarawak bro? napa x compare negeri di semenanjung bro? bute hati merana bro.. buta perut pi la mampus..

      Delete
  2. bila ada kemajuan yang dilakukan langsung tiada terimakasih.. kononnya bukan parti BN yang membuat kemajuan tetapi kerajaan.. tidak kira siapa pun yang jadi kerajaan..kata puak PR kena beza parti dan kerajaan..
    tetapi apabila sesuatu musibah berlaku akan terus dituding parti BN.. jika kemajuan yang dilakukan selamani tidak mau diakui jasa BN usahlah segala musibah yang jika berlaku dalam pembangunan ini dituding pada BN jugak..

    ReplyDelete
  3. dah umno ngaku dia kerajaan.dan rkyat mesti bersyukur pd umno.btullah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. syukur pada Allah dan terimakasih pada manusia.. jangan segala kebaikan tak pernah ucap terimakasih tapi satu kesalahan dijaja serata dunia..

      Delete
    2. Dh nama nya pakatan putar belit.daei percakapan perbuatan dan segalanya.baik tukar dari pakatan rakyat kepada pakatan putar belit

      Delete
  4. Puak umno ni semua buat komen bodoh2...fakta telah tunjuk melayu penang merempat di negeri sendiri akibat sifat rakus dan tamak puak umno..kini bila pakatan memerintah mula buka mata..meroyan tak tentu pasal..rilex bagi pr tunjukan jasa..apa yg penting kini rakyat dah mula tolak bn..perkara yg selama ini tak terfikir oleh bn...Allahukbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 20:31.. napa tak guna perkataan amin..tukar pulak.. tak abis2 nak naikkan nama DAP di Pulau Pinang..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...