Monday, 29 July 2013

LAGI PASAL KEBURUKKAN UMNO TERBONGKAR!!!....MUSA HITAM AKUI RAKYAT KELAS PERTENGAHAN TIDAK MENYOKONG UMNO/BN!!!!



Barisan Nasional (BN) perlu serius mengatasi masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi memenangi rakyat Malaysia kelas pertengahan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

"Apabila rakyat bersifat kritikal, jangan abai mereka dengan cara negatif. Kita kena hormati mereka. Rakyat kelas pertengahan berbeza cara berfikirnya.


"Dan, cabaran kepada pemimpin ialah mereka perlu selangkah di depan tetapi ia tidak berlaku.


Akhbar itu menyifatkan Malaysia boleh dianggap menjadi semakin lantang mengenai kehidupan sosial, ekonomi dan politik mereka dan giat membuat tuntutan terhadap kerajaan.


Rasa tidak puas hati terutama di bandar terkumpul dan diluahkan pada pilihan raya umum Mei lalu - BN terus kekal berkuasa tetapi signifikannya, rakyat kelas pertengahan memberi undi kepada pembangkang.


Malah, negeri kelahiran Musa di Johor, BN hanya menang 133 kerusi Parlimen, berkurangan dari 140 berbanding pilihan raya 2008.


Beliau juga berpendapat, dua jawatan tertinggi parti perlu dibuka untuk pertandingan kerana ia sememangnya prinsip asas demokrasi.


"Pandangan yang mengatakan jika ia dipertandingkan boleh membawa perpecahan dalam parti, sangat mengarut," katanya tanpa berselindung.


"Ia semata-mata kenyataan politik dari penyandang jawatan yang bimbang akan kedudukan mereka," katanya.


Tahun ini, kata akhbar itu, pemilihan parti dianggap genting kerana mereka akan menentukan hala tuju kepimpinan negara.


Pada masa ini, Datuk Seri Najib Razak menerajui parti manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuar-uar antara pencabar kerusi Presiden Umno.


Musa pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden antara 1981 hingga 1986 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meletak jawatan berikutan perselisihan dengan Dr Mahathir.


Beliau gagal kembali mencapai kedudukannya sebelum meninggalkan arena politik dan kekal dengan situasi itu..M'SIAN INSIDER.

SEMENJAK KEDAH DIAMBIL ALIH SEMULA OLEH UMNO/BN DAN ANAK MAHATHIR MENJADI MB NYA PADA PRU 13 LALU...100 PENIAGA PEKAN RABU ALOR SETAR MERUNGUT SEBAB PERNIAGAAN MEREKA TERJEJAS!!!

ALOR SETAR - Kira-kira 100 peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mengadakan demonstrasi aman kira-kira sejam di pekarangan kompleks perniagaan berkenaan kerana mendakwa kewujudan tapak niaga di kawasan parkir menyulitkan mereka.

Peniaga, Abdul Hamid Muhammad, 59, berkata, sejak kompleks perniagaan itu beroperasi kira-kira 35 tahun lepas, perniagaan mereka tidak pernah terjejas.

“Bagaimanapun, sejak awal Ramadan ini apabila kawasan parkir dijadikan tapak niaga, sambutan diterima kami agak hambar dan kurang memberangsangkan.

“Ia turut mengakibatkan masalah meletakkan kenderaan berlaku apabila hampir 60 tapak parkir dijadikan lot tapak niaga, yang mana ia turut menyukarkan kami untuk membawa masuk stok ke dalam kedai,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka dikenakan saman apabila meletakkan kenderaan untuk memasukkan stok, walaupun beberapa kali mengemukakan aduan namun, pihaknya menerima maklum balas mengecewakan apabila pihak majlis bertegas untuk membenarkan perniagaan dijalankan.



Menurutnya, dia mengalami kerugian agak banyak kerana hanya memperoleh sekitar RM50 sehari berbanding lebih kurang RM300 hingga RM 400 sebelum ini.

“Selepas ini, mereka berharap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak meneruskannya pada masa akan datang,” katanya.

Manakala, peniaga, Mohd Abdullah Kadir, berkata, kebanyakan peniaga mengalami kerugian walaupun berada di kawasan agak strategik, jadi mereka merasakan tindakan menukar kawasan parkir menjadi tapak niaga ini tidak adil.

Katanya, kadangkala dia tidak memperoleh pendapatan langsung kerana orang ramai sukar meletakkan kenderaan masing-masing hingga menyebabkan mereka enggan memasuki kompleks perniagaan itu.

Sementara itu, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan dakwaan dikemukakan kebanyakan peniaga Pekan Rabu bahawa perniagaan mereka hambar berikutan kawasan parkir dijadikan tapak niaga.

Bagaimanapun, beliau mengakui berlakunya masalah kekurangan kawasan parkir berikutan satu kawasan meletakkan kenderaan di Pekan Rabu ditutup untuk memberi laluan kepada operasi perniagaan sepanjang Ramadan.

“Peniaga tapak karnival jualan Ramadan memaklumkan jualan mereka juga tidak menggalakkan dan tidak ramai yang keluar membeli lagi buat masa ini. Jadi, saya berpendapat bahawa sambutan hambar disebabkan penduduk masih belum mendapat gaji.

“Masih ramai penduduk tempatan yang belum pulang untuk berhari raya, jadi selepas ini jualan mereka tak kira sama ada peniaga Pekan Rabu mahupun peniaga tapak karnival jualan Ramadan pastinya akan meningkat,” katanya.

Saturday, 27 July 2013

PENGERUSI NGO KURANGKAN JENAYAH, MyWATCH KENA TEMBAK PETANG TADI DAN KINI DALAM KEADAAN KRITIKAL!!!



KUALA LUMPUR: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Omak Kau dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap.

BERITA YANG DISOROKKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN...2,374 PEMANDU TEKSI TERIMA INSENTIF RM600 DARIPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG!!!



GEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.


Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan.


“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.


“Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna,” katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam.


Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan.


Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – Roketkini.com

Friday, 26 July 2013

PEMANGKU KETUA POLIS SELANGOR MENAFIKAN PIHAK POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN KEPADA PENYEBAR GAMBAR KANTIN DALAM BILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!



Mengikut laporan yang dikutip dari Malaysia Kini, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, telah menyatakan beliau tidak ada menyebut akan mengambi tindakan keatas sesiapa yang menyebarkan gambar murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai, Buloh, Selangor minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas waktu rehat yang kini menjadi perbicangan hangat kalangan rakyat terutamanya warga siber.

Beliau berkata apa yang nyatakan telah disalah ertikan.

Tetapi ini tidak beerti pihak-pihak tertentu mau ambil kesempatan untuk dijadikan isu agama dan perkauman..Isu ini lebih dilihat sebagai isu kemanusiaan.

Isu ini menjadi ledakkan secara kebetulan anak-anak murid bukan Islam semasa bulan Ramadan minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas sekolah tersebut.

Menjadi lebih kemelut apabila pihak sekolah dilihat cuba nak "cover line" dan tutup cerita dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Menjadi lebih teruk bila dibuktikan yang Guru Besar sekolah berkenaan adalah penyokong tegar UMNO dengan mengeluarkan kata-kata keji yang tidak sepatutnya terhambur dari individu yang bergelar pendidik.

Menjadi lebih panas apabila sipegandu dan Guru Besar membuat laporan polis sebab kena ugutan.

Janganlah jadikan isu ini sebagai peluang untuk ledakkan perasaan perkauman dan keagamaan.

Kena lihat dari sudut betapa pihak sekolah tersebut telah silap dalam keputusan diambil.. Perlu ada berjiwa besar mohon maaf dan akui kesilapan.

Kalau terusan dengan sifat ego tidak bertempat disebabkan fahaman politik... kemelut ini tiada kesudahannya.


BERIKUT ADALAH BERITA YANG DIKUTIP DARI MALAYSIA KINI.


Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan menafikan laporan bahawa beliau memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Thaiveegan mendakwa kenyataannya itu disalah petik oleh “akhbar tertentu”.

Katanya, beliau tidak menyebut apa-apa berhubung penggunaan Akta Hasutan.

Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.

"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Semakan di laman Utusan Online hari ini menunjukkan bahawa kandungan laporan itu telah diganti dengan berita yang tidak berkaitan.

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.

Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.

Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.

Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.

Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.

Kamalanathan juga berkata persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan.

Thursday, 25 July 2013

PERSATUAN YANG TIDAK MUNGKIN MAMPU WUJUD DI NEGARA KITA!!!!

Agak terkejut apabila mendapat kiriman rakaman gambar kononnya ada sebuah persatuan di Indonesia yang menyokong poligami 100%.

Persatuan yang menggelarkan diri mereka Persatuan Istri Muda Indonesia ( PIMI ).

Sama ada benar persatuan sebegini wujud di Indonesia tidaklah dapat dipastikan, namun ianya mengamit minda kita untuk berfikir sejenak.

Perlukah persatuan sebegini wujud di negara kita?...Sebab selalunya yang rela dimadukan dan dipoligami ialah isteri tua dan bukan isteri muda...Isteri muda rela dimadu dan berpoligami tidak menjadi masalah dan kehairanan.

Sepatutnya Persatuan itu berbunyi Persatuan Istri Tua Indonesia ( PITI ) barulah ada umph!!!

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!!...AZMIN ALI KUNJUNGI IBU TERSAYANGNYA SEBELUM BERTOLAK KE MAKKAH MELAKUKAN IBADAH UMRAH!!!!


Kalau nak harapkan Utusan dan Berita Harian terbitkan rakaman gambar ini jangan nak mimpilah...nak minta para blogger pro UMNO totok jangan haraplah..jauh panggang dari api.

Yang pasti kebenaran harus dihebahkan agar tidak timbul fitnah jahat kononnya YB Azmin Ali anak derhaka sepertimana digembar gemburkan oleh para pengamal media yang berdarah UMNO pekat kelat.

YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya telah mengunjungi ibu tersayang sebelum ke KLIA untuk berangkat ke Makkah menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Semoga YB Azmin dan isteri dapat mengerjakan ibadah umrah mabrur..Aminnn.



5 AMANAT TERAKHIR DITULIS ALLAHYARHAMAH UMI KALTHUM SEBELUM MENINGGAL..



Sekeping nota tulisan Allahyarhamah Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu semalam.

Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarhamah hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Cucu dari suami pertama Allahyarhamah iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarhamah sebagai wasiat.surat umi

    “Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

    “Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†َ)....Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmatNYA

KAJI SELIDIK UNIVERSITI TEMPATAN MENDAPATI TWEET NAJIB ADALAH TWEET SYOK SENDIRI....GAGAL MEMBERI KESAN KEPADA PENGUNDI!!!!!



KUALA LUMPUR
: Kaji selidik sebuah universiti tempatan telah mendapati bahawa tweet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Twitternya pada pilihan raya umum ke-13 lalu, gagal memberi kesan kepada pengundi.

Pusat Kajian Demokrasi dan Piliharaya Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam satu kaji selidik oleh Dr Surinderpal Kaur, menunjukkan tweet Najib kurang memberikan kesan meskipun ramai warga Twitterjaya membacanya.

Jelasnya, ia mungkin disebabkan tweet Perdana Menteri itu hanya disambut atau dibalas oleh pengikutnya sahaja, serta tidak menolak kemungkinan ada di antara mereka yang berbayar.

“Untuk dapatkan kesan positif… pengikut media sosial Najib seharusnya menyalurkan segala maklumat dalam Twitter perdana menteri itu kepada masyarakat di luar jaringan mereka,” katanya dalam bengkel pasca PRU13 anjuran UMCEDEL.

UMCEDEL telah mengadakan satu kajian pasca PRU13 bagi mengetahui faktor kekalahan atau kemenangan sesuatu kawasan termasuk mengadakan soal selidik pada sebelum, ketika dan selepas PRU13.

Pada April lalu, sebelum PRU13, UMCEDEL telah membuat tinujauan yang menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri.

Bagi Najib pula, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus lagi tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.

Kajian itu kemudiannya ditolak oleh Najib yang menyifatkannya sebagai karut sambil menegaskan yang beliau yakin BN berada di laluan untuk memenangi PRU13.

Beliau juga tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau ketinggalan empat mata di belakang Anwar untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

KERANA KELETIHAN SANGGUP TIDUR DIATAS JALANRAYA WALAUPUN MEMBAHAYAKAN NYAWA!!!!


Beberapa pekerja buruh yang bekerja berdekatan dirakam sedang nyenyak tidur tanpa menghiraukan bahaya yang bakal mendatang dari kenderaan yang lalu lalang.

Kejadian ini dirakamkan di Chongqing, Barat China.



Wednesday, 24 July 2013

AKHIRNYA HASRAT SEORANG PENYOKONG TOTOK UMNO MAU BERJALAN KAKI DARI BESUT KE PUTRAJAYA TERCAPAI JUA!!!!



Dari keputusan awal tidak yang diperolehi nampaknya BN dapat mengekalkan DUN N01 Kuala Besut dengan majoriti sekitar 2599 undi.

Majoriti yang jauh dari sasaran Idris Jusoh yang cakap besar berdegar-degar akan melebehi 4,000 undi.

Tahniah kepada BN tapi yang patut menerima tahniah tinggi ialah seorang penyokong tegar UMNO/BN bernama Mohd Noor bin Mat yang bernazar akan berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya sekiranya BN dapat mengekalkan DUN Kuala Besut dalam Pilihanraya Kecil ini.


Harap mamat tu akan tunaikan nazarnya dalam keadaan segera...Jangan gebang lebih tapi buatnya tiada.

 “Saya bernazar kerana sokongan saya terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Berjalan kaki bukan perkara yang mudah dan memerlukan stamina yang tinggi tapi saya telah bersedia, saya yakin saya mampu berjalan dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya dalam masa beberapa hari”

Demikian kata-kata Mohd Noor Bin Mat yang telah bernazar sekiranya BN memenangi pilihanraya kacil dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, beliau akan berjalan kaki dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya seterusnya menyimpan niat untuk bertemu muka dengan Perdana Menteri.

PRK ini yang menang sebenarnya ialah rakyat Besut... Dilayan macam warga VVIP...Dijulang macam rakyat kelas pertama...Segala permintaan akan cuba dipenuhi.

MB SELANGOR UMUMKAN BONUS SEBULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM SELANGOR!!!!!



S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam
        
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

APALAH KERAJAAN PR SELANGOR NI..KERAJAAN PUSAT PUN MASIH TERHEGEH-HEGEH SAMA ADA NAK BERI ATAU TIDAK BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM...JANGANLAH BUAT JUAK-JUAK UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN APABILA TERBACA ARTIKEL INI.

PALING SYOKNYA TU.. MB SELANGOR KATA KALAU KERAJAAN PUSAT UMUMKAN SEBULAN BONUS KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR AKAN UP LAGI SETENGAH BULAN.


ADUH!!!!.. NAPE SAMPAI GINI SEKALI NAK BUAT RAKYAT MUAK DAN MELUAT DENGAN KERAJAAN PUSAT.


NAMPAKNYA MEMANG TAK RUGI DAN TEPAT RAKYAT SELANGOR MENGEKALKAN MALAHAN BERI UNDI LEBIH KEPADA PR PADA PRU 13 LALU.

KECOH SATU DUNIA CALON BN PRK DUN KUALA BESUT MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954, KERANA TUNJUKKAN KERTAS UNDI KEPADA UMUM !!!!!


Masa RU 13 yang lalu masih segar dalam ingatan betapa pihak SPR telah memberi amaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak mempamirkan atau memberitahu kepada umum siapakah calon yang kita undi.

Segala undi kita adalah sulit dan tidak perlu memberitahu siapakah calon yang kita undi.

Nah!!!!.. rakaman gambar gambar diatas apa cerita?

Rakaman gambar calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN N01 Kuala Besut telah mempamirkan kepada jurugambar dan wartawan yang membuat liputan di Sekolah Menegah Kebangsaan Kuala Besut jam lebih kurang 8.20 pagi tadi sebelum memasukkan kertas undi tersebut dalam peti undi.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi.


Tengku Zaihan yang diiringi isterinya, Siti Salbiah Osman, 34, berpakaian baju Melayu lengkap bersamping berwarna merah manakala Siti Salbiah pula berbaju kurung merah.

Apakah ini membawa erti yang calon BN telah melakukan suatu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?

GURU BESAR DAN PIBG SEKOLAH YANG ARAHKAN MURID SEKOLAH MINUM DAN MAKAN WAKTU REHAT DIBILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS, BERBUKA PUASA DIBILIK YANG SAMA SEMALAM!!!!!!


Punya nak tunjuk apa yang dilakukan oleh Guru Besar mengarahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pristana, Sungai Buloh, Selangor itu betul maka semalam beliau bersama sama dengan beberapa ahli PIBG sekolah berkenaan telah berbuka puasa ditempat yang sama.

Rakaman gambar dipaparkan betapa mereka kesemuanya sedang asyik seronok menikmati juadah Ramadan tanpa ada rasa kekok dan jijik.

Jelas cara nak pulihkan kerosakkan yang sudah teruk ini tidak mampu dipulihkan kalau sekadar sekali menjamu berbuka puasa.

Salah tetap salah...bukan tujuan nak politikkan isu nak jadikan isu perkauman sempit jauh sekali tapi cara murid-murid sekolah dilayan sebegitu rupa sememang tidak patut sama sekali.

Alasan kononnya kantin sekolah sedang dibaik pulih namun tiada nampak kerja-kerja sedemikian sedang dilakukan.. Jangan cuba berdalih dengan mengwujudkan alasan nak tutup kesalahan sebab lambat laun akan diketahui kebenarannya juga.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

Prinsip dan pandangan Omak Kau dalam isu ini mudah dan jelas.... sekiranya benar sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan?

Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan dan tidak konsisten diberikan untuk menjawab isu ini.

Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan.

Omak Kau berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya.

Hentikan buat demo sekadar nak tutup kesilapan dan membina keegoan...Jangan nak perlekeh dan hina kebijaksanaan rakyat untuk berfikir dan menilai.

Tuesday, 23 July 2013

PENGETUA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN YANG ARAHKAN MURID MAKAN DAN MINUM DALAM BILIK AIR SUDAH DIKENAL PASTI?????



Dapat info mengatakan inilah wajah Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristina, Sg Buloh, Selangor yang menjadi kontroversi akibat mengarahkan murid-murid sekolah tersebut minum dan makan waktu rehat didalam bilik air...Mohamad Nasir

Arahan tersebut kini menjadi kecoh satu dunia apabila rakaman gambar murid-murid sekolah tersebut sedang minum dan makan dalam bilik air tersebar luas dengan ligatnya di alam internet.


Difahamkan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Serangor supaya menjalankan siasatan terperinci.

Timbalan Menteri Pendidikan II YB P.Kamalanathan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewanya apabila dimaklumkan akan tragedi ini.

Ini bukan isu perkauman.. tetapi isu kemanusian. Harap tiada siapa yang cuba meneguk diair keruh cuba nak putar jadikan ianya isu perkauman terutamanya dari kalangan blogger yang cukup ghairah dan gemar mainkan isu perkauman sempit.

Berfikiran terbuka dan berlapang dada ketika menerima kritikan.. Perbaiki jika ada kelemahan..Jangan sesekali diulangi kesalahan yang sama dimasa akan datang.

Cuba baca apa yang beliau tulis diakaun FBnya mengenai rumah PKNS di Kuala Selangor...Jelas sekali beliau cukup anti pada DAP/PR...Agak-agak yang anti DAP/PR ni penganut parti apa ek?????
Sekolah Kebangsaan Seri Pristana. Jalan SP2/1, Seri Pristana,. 47000 Sungai Buloh,. Selangor. NO. TELEFON: 03-6039159.

Boleh hubungi untuk mendapatkan kepastian..Pastikan guna bahasa yang elok dan sopan bila berbicara.


UMNO SEMAKIN TERTEKAN DAN PENING KEPALA!!!!...PARA PEMILIK MOTOSIKAL DI KUALA BESUT MENDAPAT PETROL PERCUMA SUMBANGAN IKHLAS DARI CHE' LONG, CALON BERJIWA RAKYAT!!!

Kerana faham akan kesusahan rakyat tempatan maka hari ini sebagai cara mau meringankan beban rakyat Kuala Besut, calon berjiwa rakyat yang mudah didampingi, Che' Long telah sudi untuk memberikan petrol tangki penuh kepada semua pemilik motosikal Kuala Besut tanpa mengambil kira fahaman politik.

Pemberian petrol percuma dilakukan disalah sebuah Stesyen Minyak Caltex, Kuala Besut, Besut, Terengganu.

Wang dan dana keluar dari kocek dan saku calon PAS DUN N01 Kuala Besut sendiri, Che'Long.

Ribuan buah motosikal ambil peluang ini...membuktikan program ini mendapat sokongan hebat dari penduduk tempatan Kuala Besut.

Program dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Besut.

PANAS MENDIDIH!!!!... KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH DISURUH MAKAN MINUM DALAM "TANDAS" SEWAKTU REHAT!!!!

Sejak awal Ramadan lagi sebuah sekolah rendah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buluh, Selangor. pihak Pengetuanya telah membuat satu dasar yang tidak masuk akal.

Mengarahkan kesemua murid bukan beragama Islam yang mau menikmati minuman dan makan tidak boleh menggunakan kantin sekolah tetapi sebaliknya dikerah dan diarah makan minum dalam bilik persalinan sebelah tandas sekolah.

Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid tersebut beberapa meja dan kerusi disediakan didalam bilik persalinan sebelah tandas berkenaan.

Perkara ini telah mengundang ketidak keselesaan dan puas hati para ibu bapa murid-murid berkenaan dengan mengadu kepada pihak sekolah beberapa kali namun aduan langsung tidak diendah dan di pedulikan.

Pelik bin hairan sungguh.. Bagaimana seorang Pengetua sekolah boleh mendapat fikiran kolot sebegini.

Mohon pihak berwajib terutamanya Menteri Pendidikan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan ini.

Yang pasti.. ini bukan arahan dari Kerajaan Negeri PR Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor juga wajar ambil tindakan jua jika apa yang dimaklumkan ini benar dan sahih.

PELEKAT KELUARGAKU PENGUNDI BN DITAMPAL DALAM MASJID DI KUALA BESUT!!!!!

Apakah UMNO kini terlampau terdesak sesak nafas nafas sampai sukar nak bernyawa sehingga sanggup tempelkan pelekat yang berbunyi ' KELUARGAKU PENGUNDI BN" dalam masjid di Kuala Besut?

Paling jijiknya ialah sampai mimbar masjid itu pun ditempelnya pelikat tersebut.

Dulu bukan main lagi arahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu pastikan tempat ibadat masjid dan surau tidak dicemari dengan kegiatan politik.

Yang ini apa kisahnya sampai buat menempelkan pelikat lagi.

Mohon satu penjelasan ikhlas dari pihak berwajib jika sekiranya apa yang di paparkan dalam rakaman gambar ini benar dan nyata.

BIAR BETUL!!!!... PERKASA, PEKIDA, GPMS DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA SERU RAKYAT KUALA BESUT SOKONG PADU CALON PAS!!!!!!

Apakah PERKASA, PEKIDA, GPMS dan MBM sudah bertukar arah dalam sokongan politik?

Dulu cukup terkenal secara terbuka memberikan sokongan padu kepada UMNO...Ini berdasarkan kepada risalah yang dijumpai diedarkan di Kuala Besut.

Risalah yang berbunyi "REALISASIKAN Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS....INILAH MASANYA 16 : 16... 1 KERAJAAN...Seruan Kami NGO Melayu...PERKASA GPMS MBM PEKIDA"
kini telah tersebar luas di DUN N01 Kuala Besut.

Dari bunyi risalah tersebut jelas sekali menyeru rakyat Kuala Besut menyokong padu calon PAS sehingga mencapai kemenangan.

Sehingga kini tiada penafian pun dari pihak Perkasa, GPMS, MBM dan Pekida bahawa risalah diatas bersangkut dengan mereka.

GEMPAR!!!!... CERAMAH DI PRK DUN N01 KUALA BESUT ANJURAN PAS TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!...LEBIH RAMAI TIANG DARI ORANG YANG HADIR!!!!


Begitulah bunyi ayat yang Omak Kau terbaca dibeberapa blog pro UMNO...Ingin mengambarkan kepada dunia betapa ceramah PAS walaupun pidato disampaikan oleh Presiden PAS sendiri, tidak mendapat sambutan langsung.

Hakikatnya...lihat dengan mata kepala sendiri akan beberapa rakaman gambar dimuat naik  disebuah ceramah di Kg Tok Saboh, Kuala Besut, Besut, Terengganu malam tadi 22hb Julai 2013.

Belum pernah dalam sejarah sambutan begitu ramai diberikan oleh penduduk tempatan kepada ceramah anjuran PAS di Kuala Besut.

Membawa petanda bahawa harapan PAS untuk menjadikan kedudukkan DUN Terengganu 16-16 adalah cerah sekali.. Ins'ya Allah.

CALON BN PRK DUN N01 KUALA BESUT SANGGUP BERLAKON DEMI MERAIH UNDI PENDUDUK TEMPATAN!!!!

Punyalah terdesak UMNO/BN nak kan undi penduduk Kuala Besut yang bekerja sebagai nelayan dan pembuat keropok.

Sanggup calon BN dan isterinya berlakon tolong menyiang ikan bersama sama dengan pembuat keropok dikawasan penempatan nelayan di Kuala Besut.

Cara calon UMNO/BN menyiang ikan dah tahu yang sebelum ini boleh diktafsirkan tidak pernah pun menyiang ikan sampaikan gelagat isterinya yang mencangkung disebelah boleh menceritakan segala-galanya.

Tiada langsung sifat ikhlas pada UMNO untuk tambat dan pikat hati rakyat.

Niat nak pikat hati rakyat tetapi hasilnya rakyat bertambah meluat!!!!

EDISI KANTOI!!!!..BEKAS CALON PKR TAK JADI NAK SAMAN PRESIDEN PAS BUAT KENYATAAN MEDIA DI KUALA BESUT!!!!


Nampak sangat ada taik disebalik kentut!!!!...Mengapa perlu buat kenyataan nak saman TGHA di Kuala Besut yang ketika ini sedang rancak berkempen untuk PRK DUN N01 Kuala Besut pada 24hb Julai 2013?

Peliknya mengapa dia yang terasa hati sedangkan TGHA dalam ucapannya tidak sebut pun siapakah calon PKR itu?

Ternyata mamat melaon sekor ini sudah pun berada dalam kem UMNO/BN...Tepat juga tindakan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak izinkan beliau masuk bertanding.

Monday, 22 July 2013

EMPAT "PENJIHAD ISLAM" TELAH DITUDUH DI MAHKAMAH SHAH ALAM ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA CULIK YANG BOLEH MEMBAWA HUKUMAN MATI!!!



Empat lelaki yang dituduh menculik dan mencederakan seorang anak muda Cina sebelum menconteng “Saya hina agama Islam” didadanya didakwa menculik di mahkamah Shah Alam hari ini.

Mereka adalah Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Muneer di Seksyen 25 pada 15 Julai pada 4.30 pagi.


Tiada pengakuan direkodkan.


Semasa prosiding, peguam suspek memberitahu Nurul Shahida Zainal anak guamnya mengadu dicederakan semasa dalam tahanan.


Majistret kemudian mengarahkan dua daripada suspek melakukan pemeriksaan kesihatan.


Ketika dibawa masuk ke mahkamah, dua daripada mereka menjeritkan “Allahuakhbar” selama beberapa kali sementara seorang lagi tertuduh kelihatan menangis.


Keluarga mereka juga kelihatan sangat emosi.


Dilaporkan mangsa Ng Mun Tatt (gambar), 21 telah mengatakan beliau diculik kerana wang dan perkataan

“Saya hina agama Islam” merupakan taktik oleh penculik agar beliau dipukul oleh orang awam jika mahu melarikan diri.


Gambar dada Ng yang diconteng tersebar ke internet.

PRK DUN N01 KUALA BESUT...KAIN RENTANG DEDAH PEKONG CALON DIPACAK MERATA TEMPAT!!!!

Kain rentang yang dikatakan diterbitkan oleh Gerakan Anak jati Kuala Besut yang berlogokan lambang BN dan UMNO berbunyi ' CALON KITO NI WEH,  PANTANG TENGOK  "DAHI LICIN" WEH,  Bukan Orang Kito Pun,  CALON PAYUNG TERJUN.  kelihatan dipasang beberapa tempat strategik di Kuala Besut.

Apakah sudah ada gerak kerja sabotaj dan cah keting dari kalangan para petugas dan penyokong UMNO/BN Kuala Besut yang tidak puas hati dan setuju akan calonnya di Kuala Besut?

Kalau dilihat pada ayat-ayat tertulis di kain rentang tersebut ternyata ianya satu penghinaan kepada calon UMNO/BN.

RAYUAN KES LIWAT II...NEGARA DIKEJUTKAN DENGAN PEGUAM UMNO MENGETUAI PASUKAN PENDAKWARAYA!!!!


Amat memelikkan sekali mengapa perlu Peguam Negara menyerahkan amanah dan tanggung jawab kepada seorang peguam kanan yang cukup terkenal dengan nama jolokan Peguam UMNO, mengetuai pasukan pendakwaraya dalam kes rayuan Liwat II di Mahkamah Rayuan hari ini.

Apakah para timbalan pendakwaraya termasuk Peguamcara Negara tidak kompeten sebagai pendakwaraya?

Sebelum ini diwar-warkan betapa Dato' Hanafiah Zakaria dari Jabatan Peguam Negara akan mengetuai pihak pendakwaraya dalam kes rayuan ini.

Perlunya Jabatan Peguam Negara memberitahu kepada rakyat tentang keperluan dan justifikasi  melantik dan mengupah peguam luar untuk mengetuai pasukan pendakwara dalam merayuan pembebasan DSAI dalam Liwat II.

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu.

Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit.

Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...