Thursday 3 November 2011

BILA BAKAL GURU DAN NGO UMNO GPMS BERDEMO PETANDA UMNO BAKAL TUMBANG!!


Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan
Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

NONEPiket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

NONEKenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

NONEPiket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

NONEAntara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat

PANDANGAN OMAK:-

BILA DAH BAKAL GURU SERTA NGO PALING KUAT MENYOKONG UMNO SEKIAN LAMA GPMS( GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG ) SUDAH MULA MELUAHKAN RASA KETIDAKPUAS HATI MEREKA MELALUI JALANRAYA....PETANDA UMNO AKAN TUMBANG PADA PIHANRAYA UMUM AKAN DATANG...TUNGGAK KEKUATAN UMNO SEMENJAK DILAHIRKAN ADALAH DARI SOKONGAN PADU DAN JITU GURU-GURU...KALAU TUNGGAK ITU SUDAH MULA GOYAH DALAM KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN...MAKAN YAKIN DAN PERCAYALAH... UMNO PASTI TUMBANG PADA PRU 13 NANTI...KEBANGKITAN BAKAL-BAKAL GURU GRADUAN INI BAKAL MENJADI PERINTIS PEMBUKA MINDA ANAK-ANAK MUDA DAN PENGUNDI ATAS PAGAR BERDUYUN-DUYUN MENOLAK UMNO/BN....RAKYAT BENCI UMNO/BN/... ANAK-ANAK MUDA AMAT BENCIKAN UMNO... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...