Thursday 3 November 2011

KERAJAAN PR S'GOR KERAJAAN DATANG DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT



Pemilihan pembeli-pembeli rumah mampu milik negeri Selangor




Banyak pihak telah membuat pertanyaan tentang cara Kerajaan Negeri Selangor membuat pilihan untuk pembeli Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.  Buat masa ini 124 Rumah Mampu Milik sedang dibina oleh PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Dijangka 10,000 Rumah Mampu Milik akan dibina oleh PKNS sehingga tahun 2016 di Gombak, Shah Alam, Kota Puteri, Antara Gapi dan Selangor Science Park II.  Pemaju-pemaju swasta juga akan membina Rumah Mampu Milik menerusi dasar perumahan Negeri Selangor yang baru.

Rumah Mampu Milik akan dikawal jualannya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Syarat-syarat kelayakan untuk membeli Rumah Mampu Milik adalah :
1.Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan
4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor
5. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
6. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik
7. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik
8. Pembelian Rumah Mampu Milik adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan

Pemilihan pembeli-pembeli Rumah Mampu Milik dilakukan berdasarkan markah-markah yang dijana sacara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik.

Markah-markah diberi berdasarkan,
1. Pendapatan Bulanan Isi Rumah
2. Tanggungan
3. Kediaman Sekarang
4. Taraf Perkahwinan
5. Umur
6. Negeri Tempat Lahir
7. Tempoh Bermastautin Di Selangor
8. Orang Kelainan Upaya (OKU)
9. Warga Emas
10. Tempoh Pendaftaran

Pemohon-pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek.  Contohnya bagi pembangunan di Bandar Baru Bangi, seramai 596 telah mengemukakan permohonan.  Walau bagaimanapun, hanya 124 pemohon yang mempunyai markah paling tinggi akan dipanggil untuk ditemuduga.  Temuduga tersebut adalah untuk memastikan bahawa segala maklumat yang diberi melalui borang permohonan adalah benar.

Sistem pemilihan yang dilaksanakan ini adalah lebih telus dan bebas dari penyelewangan kerana pemilihan adalah berdasarkan kiraan markah oleh komputer.

Nama-nama pembeli yang berjaya akan dipaparkan di dalam laman web LPHS selama dua minggu.

*Kenyataan media oleh Iskandar Abdul Samad (gambar kiri) selaku EXCO/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor.


PANDANGAN OMAK:

INI MACAMLAH KERAJAAN YANG RAKYAT MAU.....MEMIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT... BERLAKU ADIL KAPADA RAKYAT YANG AMAT MEMERLUKAN KEADILAN... MEMBELA NASIB RAKYAT YANG MEMERLUKAN PEMBELAAN....RAMAI RAKYAT KATA RAKYAT SELANGOR TIDAK TERSILAP PILIH... BIJAK MEMILEH PR UNTUK MENJADI PEMERINTAH PADA PRU 12 2008 YANG LALU....RAKYAT YANG BIJAK AKHIRNYA MENDAPAT MANAFAAT...SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT...KALAU SALAH MEMBERI MANDAT AKHIRNYA RAKYAT JUGA AKAN MATI BERDIRI KAKU TERCEGAT...LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 BUKTI BETAPA YANG MENDAPAT PEMBELAAN IALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERINGKAT TERTINGGI, KRONI , SUKU SAKAT DAN ANAK BERANAK MEREKA SAJA....MAK CIK- MAK CIK FELDA DAN PAK CIK- PAK CIK KAMPONG-KAMPONG TRADISIONAL HANYA TUMPANG MEGAH MELIHAT PEMIMPINNYA DILIHAT KAYA RAYA DAN HIDUP MEWAH SEBAGAI LAMBANG KEJAYAAN DEB TANPA MEMPERSOALKAN  DIPEROLEHI CARA MANA PUN... SELAGI MASIH RAMAI RAKYAT YANG BUTA HATI, JUMUD PEMIKIRAN DAN TAKSUB MENYOKONG PARTI SELAGI ITU UMNO AKAN BERMAHARAJALELA MENYAMUN DAN MENIPU....RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...