Sunday 6 November 2011

MENTERI KANGKONG YANG SOMBONG BERLAGAK SAMSENG!!




Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero..
Harakahdaily  
Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.

"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.

"Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya.

Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951.

Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.

"Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama.

"Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri.

"Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas.

PANDANGAN OMAK:-


MENTERI YANG DILANTIK BUKAN PILIHAN RAKYAT TETAPI IKUT BAWAH TANAH NAK BERLAGAK EKSYEN....MASUK PRU PUN TAK PERNAH....NAK PIKAT HATI NAJIB TAPI  BANGANG!!!!...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...