Tuesday, 3 January 2012

KUMPULAN PRO ASPIRASI BERLAGAK SAMSENG!!!!!!!


Kereta pemimpin mahasiswa di luar UPSI diserang
Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

“Saya dapat panggilan dari rakan pada pagi 1hb tu jam 10 pagi. Mengatakan cermin kereta Safwan dipecah. Park area pintu timur UPSI.

safwan hospital slim river 020112“Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan,” katanya dalam satu sms.

Menurut Masturah, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas  mengadu masih sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Pada protes tahun baru itu, polis cuba menyuraikan bantahan itu dan ketika mengheret pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), beliau dilaporkan pengsan.

Dakwa Safwan, polis menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras dan dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Pihak polis bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" semasa ke klinik berdekatan...HIDUP MAHASISWA POWER!!!! MAHASISWA BANGKIT UMNO SAKIT DAN PASTI TERSEPIT AKHIRNYA AKAN DUDUK DALAM PARIT!!!...KEBENARAN ITU PAHIT!!!!..KEADILAN ITU PERIT...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

1 comment:

  1. Inilah risiko perjuangan. Satu pintu tutup, Allah akan buka pula pintu yang lain. Allah yang Maha Berkuasa, bukan sang penguasa yang zalim tu!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...