Monday 25 June 2012

JANGAN TAK PERCAYA BEB!!!.. PEMUDA UMNO ARAU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI BESARNYA SENDIRI PASAL KES MENIPU IJAZAH PhD..




Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menurut Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain.

CARA UMNO NAK JATUHKAN PEMIMPIN MEREKA.. INI SEMUA KERJA BUDAK SURUHAN SHAHIDAN KASSIM YANG GILA TALAK NAK JADI MB PERLIS WALAUPUN SULTAN TOLAK!!!

3 comments:

  1. Phd ni sebenarnya hak mutlak puak2 umno...dah sebati dgn jiwa umno...biarkan lah...semua orang pun tau..Perasaan Hasad Dengki [Phd] dah tak boleh lagi dipisahkan dgn umno....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib bai kBritish tak bagi kat Siam, kalau tidak dah lama mamat ni kerja jual mangga siam kat pasar arau.

      Delete
  2. Tengah kritikal mcm ni pun nak bergaduh. Apalah......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...