Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).
Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.
Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
CUBA BERITA BAIK YANG MENDAPAT SANJUGAN DAN PUJIAN DUNIA, SUDAH PASTI CEPAT-CEPAT ROSMAH MANSOR SENYUM LEBAR MENGAKU.. ITULAH DIA BAKAL MENANTU AKU....
APA-APA PUN BIARKAN RAKYAT MENILAI SENDIRI.
Peduli apa. Gasak demer 1 keluarga nak kena tipu pun.
ReplyDeletecuba kita fikirkan.. najib is no wahid leader parti melayu nk kahwinkan anak dgn bukan melayu.. so bleh harap ke najib nk jage melayu??? kalu tok guru nik aziz kahwinkan anak die dgn cina muslim ke india muslim ke aku tk kisah sbb Islam for ALL.. sendri pkirla.. pemimpin no 1 umno pun tk sayang melayu...
ReplyDelete1 Mongolysia......
ReplyDeleteKalau fitnah samanlah!!! Ada berani!!! Akhbar The New York Post tu banyak duit beb!!!
ReplyDelete