Saturday, 16 June 2012

TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN PKR PUSAT KERANA BERTINDAK TANGKAS PADA MANA-MANA ANGGOTA PARTI YANG MENYELEWENG PERLU DIAMBIL TINDAKAN TIADA PILIH BULU!!

PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua ahlinya dari Cabang Kapar berhubung dakwaan penyelewengan baucer Program JOM Shopping. Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan negeri sedang menyiasat aduan berhubung dakwaan penyelewengan tersebut. Program JOM Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin PKR memandang serius perkara itu dan melalui mesyuarat Biro Politik pada 13 Jun lalu, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Katanya, ia termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli berkenaan. Pada waktu yang sama, katanya, keanggotaan seorang daripadanya digantung secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

"PKR sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti," tambahnya. ~
malaysiakini

Admin memandang serius tentang isu ini dan memohon pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa mengira pangkat dan tiada sesiapa yang akan dilindungi.....tiada kompromi..

Pendedahan kegiatan salah guna kuasa dan hukuman secara jelas yang diterima oleh pesalah itu perlu dilihat dari aspek positif kerana ia menjadi satu pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengikut langkah yang sama.

Dari segi kelemahan sistem yang ada, macam mana ini (salah guna kuasa) boleh berlaku, sudah tentu akan dijadikan pengajaran supaya tindakan susulan untuk pastikan kelemahan ini dapat diatasi, satu pengajaran yang baik untuk semua...


2 comments:

  1. hek eleh! baucer jom shoping pun sampai nak gantung ahli...tindakan displin, bape ratus sgt la baucer tu. tgk pemimpin umngok...relax je balun duit rakyat juta2..selamber bongok je mcm takde rasa bersalah dpan rakyat. siap ngaku wasathiyah lg.

    ReplyDelete
  2. Takpe,jgn jadikan keburukan umno sebagai garis panduan tuk mengurus organisasi pkr..da best is pkr kena tunjukkan yg lebih baik daei umno..so wajar apa yg dilakukan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...