Saturday 23 June 2012

PANAS!!!!... PENJELASAN MANTAN BENDAHARI UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH, MENGAPA BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG DIPIMPIN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..


Program Merdeka Rakyat pada 2 Jun baru-baru di kejutkan dengan kemunculan Bekas Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Mustafa bin Man di atas pentas Pakatan Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu. 

Yang ramai terkejut sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh. Ikuti pendedahannya, kenapa beliau sertai Pakatan Rakyat..
Kemunculan saya dalam program Merdeka Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu,pada 2 Jun 2012 yang lalu adalah kerana ingin memberikan sedikit sumbangan khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam rangka Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya.

Cita-cita besar ini bukanlah mudah untuk dicapai kerana yang akan dilawan bukan sahaja jentera Barisan Nasional tetapi juga jentera kerajaan.

Usaha dan cita- cita ini tidak akan tercapai jika kita membiarkan para pemimpin sahaja yang bertungkus lumus bekerja untuk kemenangan bagi pihak kita rakyat Malaysia.


Setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggung jawab masing-masing samaada secara terang atau terselindung.


Saya tampil kerana sudah sampai masanya saya sebagai rakyat, membuang sikap takut dan bimbang dengan segala bentuk tindakan yang mungkin dikenakan terhadap saya sebagai seorang kaki tangan kerajaan.


Sampai bila rasa takut dan bimbang ini hendak dibiarkan berada dalam hati sedangkan saya hidup dalam sebuah negara yang sudah lebih 50 tahun merdeka?


Saya perlu memberikan sumbangan dalam usaha PR mengambil alih kerajaan yang ada sekarang ini.


Kalau kita semua masih takut dan bimbang dengan risiko yang akan kita terima dalam perjuangan yang murni ini, saya rasa kita tidak akan kemana. Peranan yang boleh kita sumbangkan mungkin berbeza-beza tetap ia mat penting kearah mencapai cita-cita besar ini.


Saya juga berani tampil secara terbuka di hadapan khalayak kerana secara peribadi saya penuh yakin bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah atas segala pertuduhan dan fitnah yang beliau telah dan sedang hadapi sekarang ini.


Saya berpeluang memerhati peribadi dan akhlak beliau secara dekat sejak zaman awal 80an lagi. Beliau bukanlah orang yang rendah moral seperti yang didakwa. Anwar Ibrahim sebaliknya ialah seorang pejuang tulen.


Saya katakan begitu kerana ketika beliau sudah begituhampir dengan jawatan Perdana Menteri, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip yang beliaupegang. Jika beliau hendakkan jawatan tersebut, tentulah beliau boleh pilih untuk bersekongkol dengan ketuanya. Pilihan itu cukup mudah.


Saya juga yakin bahawa rakan-rakan saya dalam Jawatan kuasa Umno Bahagian Permatang Pauh sebelum pemecatan Anwar, tahu dan percaya bahawa Anwar tidak bersalah. Beliau bukanlah orang yang mempunyai perwatakan seperti yang digembar-gemburkan.


Namun, mereka terpaksa memilih untuk bersekongkol dengan musuh beliau kerana kepentingan-kepentingan peribadi yang akan diperoleh jika terus berada dalam Umno.


Sangat menyedihkan kerana sebagai orang yang beragama Islam, kita tergamak membiarkan Anwar diaib dan difitnah dengan begitu dahsyat sekali.


Pertuduhan ke atas beliau pula bertaliarus dan sebilangan daripada kita yang suatu ketika dulu sanggup memeluk dan mencium pipi dan tangan Anwar, mengepung beliau setiap kali beliau pulang ke Permatang Pauh, hinggakan rakya tbiasa di bawah pun sukar hendak menceritakan masalah mereka kepada beliau, sanggup bersubahat untuk menganiayai beliau.


InsyaAllah, saya penuh yakin bahawa berkat pengorbanan dan kesungguhan usaha pimpinan PR dan juga seluruh rakyat yang cintaakan keadilan, keamanan dan keharmonian hidup, kita akan dapat mengubah nasib dan masa depan kita serta generasi akan datang dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.


Mustafa Bin Man,

Bekas bendahari UMNO,
Bahagian Permatang Pauh.

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Takbir "Allahuakbar" "Allahuakhbar" "Allahuakhbar".

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...