Thursday, 28 June 2012

ISU NO PLATE WWW 1...UMNO BERSIKAP GARANG DAN PDRM BERTINDAK CERGAS DAN PANTAS DENGAN YB IR NIZAR.... TETAPI MENIKUS KECUT PERUT DAN LEMBAB SIPUT BABI DENGAN BLOGGER UNCLESEEKERS.. BLOG KEPUNYAAN ANAK PAK BIB SYED HUSSIN AL-ATAS!!!...DIMANA PERKASA/PEMUDA UMNO/PEKIDA/GAPS/JATI???..

Uncleseekers
Sejak dua minggu lalu, admin memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu.
Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja.
Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers?
Printscreen dibawah dibuat pada 18 Jun dimana blog Uncleseekers berada ditangga ke 762 di Malaysia.
Untuk mencapai tangga ke 762, sesuatu blog itu perlu mendapat kunjungan tidak kurang dari 10,000 pengunjung setiap hari.
Kelmarinini, admin buat satu lagi printscreen dan blog Uncleseekers sudah melonjak ketangga 507.
Admin tak tau jumlah sebenar yang mengunjungi blog Uncleseekers. Tapi yang pasti, blog Uncleseekers sudah jauh lebih popular dari blog Anwar Ibrahim, blog Najib, malah sudah lebih popular dari blog Tukar Tiub.
Admin berani kata, blog Uncleseekers akan meningkat lebih tinggi dari blog Anak Sungai Derhaka atau blog Parpukari dalam masa beberapa hari ini.
Apa yang istimewa dengan blog Uncleseeekers?
Apabila Nizar membuat tweet mengenai WWW1, maka dengan secepat kilat Pemuda Umno membuat laporan polis. Dengan secepat kilat pula polis menubuhkan skuad khas untuk menyiasat Nizar.
Uncleseekers sudah mula menulis tentang skandal-skandal di Istana Johor sejak 3 March, tetapi tidak ada seorang pun dari Pemuda Umno yang membuat laporan polis!. Sedangkan apa yang ditulis oleh Uncleseekers jauh lebih teruk dari tweet Nizar. Mengapa Pemuda Umno Johor tidak membuat laporan polis kalau betul-betul mempertahankan Raja?
Dimanakah Zulkifli Nordin?
Polis memulakan siasatan terhadap Nizar berdasarkan tweet yang dibuat, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Pas Perak terhadap Kosmo. Malah polis juga tidak mengambil tindakan terhadap blog Uncleseekers. Bukan polis saja yang takut terhadap Uncleseekers, malah hampir keseluruhan pemimpin Umno takut bersuara atau mengambil tindakan terhadap Uncleseekers yag menelanjangkan Sultan Johor.
Dimana Hasan Ali?
Hei!! Uncleseekers bukan saja memalukan keluarga Sultan Johor, malah menelanjangkan dan mengaibkan sama sekali. Mengapakah tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankan Sultan Johor dari keaiban yang dilakukan oleh Uncleseekers? Bukan setakat cara hidup yang terlalu mewah dengan deretan kereta-kereta mewah, malah kehidupan peribadi Tengku Mahkota Johor juga ditelanjangkan.
Dimana Perkasa dan Ibrahim Ali?
Minggu lepas, pejabat Nizar di Bukit Gantang digeledah. Pusat Khidmat di Pasir Panjang diselongkar dan sebuah laptop diambil oleh polis. Rumah Nizar juga diserbu dan sebuah lagi laptop diambil dan dibawa pergi. Tak cukup dengan itu, Nizar sendiri diserbu polis di hotelnya di Kuala Lumpur dan handphonenya pulak diambil.
Apakah polis tak tau tentang blog Uncleseekers sedangkan ratusan ribu rakyat Malaysia membaca blognya setiap hari? Uncleseekers bukan blogger yang menyorok identiti ataupun macam cybertroopers Umno yang takut menunjuk muka. Uncleseekers mendedahkan identitinya secara terang-terangan.
Kalau polis boleh menubuhkan skuad khas yang terdiri dari pakar komputer untuk menyiasat laptop dan telefon bimbit Nizar, apakah tidak ada seorang pun polis yang membaca blog Uncleseekers?
Ganjil.
Apabila sekumpulan manusia membuat demo didepan rumah Ambiga, Umno mendiamkan diri. Kita tahu, semua mereka yang berdemo itu adalah penyokong-penyokong Umno. Sebab itu mereka tidak diambil sebarang tindakan kerana Umno merestui tindakan mereka.
Apa yang dibuat oleh Uncleseekers jauh lebih hebat dari tayangan punggung terhadap Ambiga. Mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Uncleseekers sedangkan Umno lah yang selama ini menyalak bahawa merekalah pembela Raja-Raja Melayu?
Adakah Umno merestui tindakan Uncleseekers ini?

PSSTTTT... BLOG OMAK KAU MASIH MENGAMBIL SIKAP YANG SEDIA ADA...NAK DAPATKAN RATING DENGAN MEMBUAT KISAH SENSASI YANG BOLEH MENGGURIS HATI BUKAN CARA ADMIN TAU!!!!..

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...