Wednesday, 13 June 2012
PENGARAH STRATEGI PARTI KEADILAN RAKYAT, SDR RAFIZI RAMLI, BAKAL MENJADI CALON PAKATAN RAKYAT DIPARLIMEN P100 PANDAN????
Angin bertiup kencang...maklumat berkitar ligat....Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, Sdr Rafizi Ramli bakal dicalonkan sebagai wakil Pakatan Rakyat di Parlimen P100 Pandan, Selangor. PRU 13 nanti
Kalau benar berita ini menjadi realiti maka peluang PR memenanginya amatlah cerah sekali.
Sdr Rafizi dilihat sebagai calon "winnable" dan disukai serta diyakini rakyat.
Namanya mula naik menjulang dan disanjung setelah dengan beraninya membongkar kisah skandal lembu NFC sehingga terbarai terburai bersama-sama dengan Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita KeAdilan dan YB Tony Pua.
Ditambah nilai lagi apabila beliau telah berjaya menyakinkan rakyat dan membuat pihak lawan terkedu sampai membisu dari membalas jawapan dalam satu perdebatan antara dirinya dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Sdr YB Khairy Jamaluddin.
Beliau dilihat memiliki ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang yang mau diangkat sebagai pemimpin... 1) Bistari 2) Berani dan 3) Budiman.
Lebih menariknya beliau kini sudah dianggap sebagai ikon dan idola dikalangan anak-anak muda, golongan penentu dalam PRU 13.
Kemampuan beliau berpidato sehingga mampu memukau, memikat dan menambat hati serta jiwa anak-anak muda kelihatan pada Ceramah Merdeka Rakyat di Pandan malam tadi.
Keintelektualan beliau amat terserlah.. Ada yang kata beliau seolah-olah DSAI ketika muda.
Semoga berita ini menjadi kenyataan demi memberi peluang warga P100 Pandan diwakili seorang insan yang berjiwa rakyat , bijak dan tak gentar bila digertak dan diasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ada yang kata beliau seolah-olah DSAI ketika muda (ayat dipetik dari perenggan ke 9). Ayat ni mesti DSAI tak suka, nanti lama2 lawan tauke
ReplyDeleteCalon jambu lomak berkrim disukai ramai...
ReplyDeletecantik! ana mmg mengundi di DUN PANDAN.... MMG nak bagi satu undi kat saudara Rafizi.
ReplyDeletehabislah kalau si mamat ni menang kat pandan. tak tau apa yang dia nak buat kat situ. ceramah saja la kerja dia. berita lawak antarabangsa ni
ReplyDelete