Tuesday, 12 June 2012
ISU NO PLATE WWW 1.....SIAPA YANG HINA SULTAN JOHOR?...BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA DENGAN SENDIRI...BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI...CUITKAN MINDA UNTUK BERFIKIR BUKANNYA HERET INSTITUSI RAJA DEMI POLITIK FAKIR!!!
Bukan niat dan hasrat admin mau mengeruhkan situasi tetapi sekadar mempelawa rakyat cuit sedikit minda untuk sama-sama berfikir dan menilai.
Apa yang dilihat kini ada satu percubaan yang mengambil kesempatan menangguk diair keruh bagi kepentingan politik bagi menaikkan sokongan rakyat yang semakin menipis dan terhakis.
Kedudukan Raja-raja Melayu adalah melebehi paras kepartian memihak...simbol perpaduan.. payung kedaulatan Melayu dan Ketua Agama Islam.
Bila ada usaha membuat demo berkumpul tanda tunjuk sokongan maka siapa yang tahu dan sensitif tentang sepak terajang dan pencak silat politik sudah tahu ini memberi petanda yang kurang baik dari segi persepsi.
Pernah satu ketika dulu DYMM Sultan Johor, ayahanda Sultan Johor kini, ingin membuat himpunan di perkarangan Istana Sultan Abu Bakar Johor kerana isu krisis perlembagaan.
Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Hanif Omar telah menasihati baginda supaya membatalkan saja hasrat itu.
Alasan yang diberikan amat mudah..
Dikhuatiri memberikan anggapan yang kurang baik dari segi persepsi rakyat..
Bukan semua rakyat boleh menghadirkan diri atas alasan-alasan tertentu...Maka nanti yang tidak hadir adakah mereka tidak sokong dan taat kepada Raja Melayu?.
Atas nasihat itu maka hasrat mau mengumpulkan rakyat di padang Istana Sultan Abu Bakar, Johor Bahru di batalkan.. Suatu tindakan yang amat wajar dan bijak sekali.
Admin tidak mau mengulas perhimpunan yang diwar-warkan berjumlah 30,000 oleh media-media milik dan kawalan UMNO dipadang Istana Pelangi, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Jumlah yang hadir pun masih dipertikaikan jumlahnya...Ada pihak menyebut tak sampai pun 10,000 orang, termasuk yang datang dari negeri-negeri luar yang berhampiran diangkut dengan beberapa buah bas.
Itu subjektif.. Yang pentingnya apakah sejumlah itu saja rakyat negeri Johor?
Setakat ini belum lagi kedengaran secara jelas dan berbukti Pakatan Rakyat mau mengubah corak pemerintahan dinegara kita. Masih tekad mau mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan yang sedia ada. Jaminan terbuka dengan menurunkan tanda tangan sudah pun dilakukan.
Kononnya mau wujudkan republik hanyalah fitnah jahat picisan dari UMNO saja yang mau pertolongan dari istutusi yang pernah dua kali dihina, diaibkan, dimaki hamun dengan begitu teruk sekali.
Rakyat yang berfikiran waras, terutamanya yang berpendidikan serta bermaklumat dari golongan anak-anak muda tidak akan meratah bulat-bulat cerita dongeng penglipur lara yang tidak masuk akal ini.
Dilampirkan beberapa keping gambar sebagai bahan untuk mengajak minda kita berfikir dan menilai.
Siapa yang lebih wajar dikenakan tindakan siasatan dibawah Akta Hasutan?... Itu saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Bukan kita cuba berlaku kurang ajar. Tetapi kalau terlalu taksub & taat kepada pemimpin melebihi ketaatan kepada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW & hukum hakam Al Quran...maka apakah kita masih merasakan kita ini hamba pemimpin? menharapkan rezeki/untung/nasib di tangan pemimpin? bila mati kembali kepada pemimpin? Ingatlah wahai manusia yg masih lena, sesungguhnya Raja kpd segala raja itu ialah Allah....
ReplyDeleteUMNO hipokrit. Itu hakikatnya. Mungkin ramai dah lupa siapa penderhaka yg lucutkan kekebalan raja? Dan sekarang ini puak2 yg sama berkokok nak sokong dan pertahankan hak raja semata2 disebabkan benci pd Nizar.
ReplyDeleteApa yg Nizar sebut ada betulnya, semua org tahu ianya membazir dan ditegah agama, tp masih juga cuba utk tutup telinga.
Apa komen ulama2 umno, apa komen majlis fatwa, apa komen mufti Johor, apa komen Hassan akidah? Ada derang ni bagi komen?
tindakan melucutkan kekebalan raja adalah tindakan yg bijak...raja pon manusia bukan tuhan
ReplyDeleteUMNO memang banggang.. kalau dh susah slalunya cari tuhan untuk mintak kesenangan ni pergi cari raja.. UMNO FAIL!!!
ReplyDelete