SILA KLIK PADA GAMBAR-GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS
Sebelum ini kerajaan UMNO/BN telah membuat tuntutan sivil melalui Mahkamah dengan menyaman Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai Pengerusi BERSIH 3.0 sebanyak RM122,000.00sen.
Kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL ) telah membuat tuntutan asingan.. Jumlah yang dituntut jauh lebih besar dari tuntutan kerajaan UMNO/BN.
Tuntutan berjumlah RM351,203.45sen.
Surat notis pemberitahuan sudah dihantar kepada kedua mereka oleh Ketua Pengarah DBKL Datuk Haji Salleh bin Yusup dengan surat bertarikh 18hb Jun 2012.
Mereka diberi tempoh 14 hari untuk membuat bayaran. Seandainya gagal, mereka berdua akan diheret ke Mahkamah
Amat pelik sungguh... itu hari kata kerajaan kerugian hanya RM122,000....kini DBKL tambah lagi kerugian RM351.203.45sen...Jumlah keseluruhan sudah menjadi RM363,403.45sen
Nak tanya DBKL bukannya salah satu cabang kerajaan ke?
Sah ini taktik lama.. taktik kuno yang mau diguna pakai oleh UMNO/BN yang gersang dan ketandusan cara untuk menangani himpunan BERSIH 3.0..
Sebelum ini hebohkan gambar-gambar para demonstran yang dikehendaki polis kononnya kerana tuduhan merusuh.. taktik tu dah tak laku sebab pernah digunakan zaman reformasi tahun 1998..Rakyat langsung tak ambil kisah.
Bila taktik tu tak menjadi, maka diubah cara pula.. ambil tindakan mahkamah dengan menyaman sebab kerugian....Angka asal dianggap tidak cukup power dan besar jika dibandingkan dengan propaganda yang mainkan oleh para media milik dan kawalan UMNO/BN.
Kini dinaikan lagi nilai kerugian.. Biar nampak gempar dan rakyat diharapkan akan terpegun dan naik angin.
Mungkin dengan cara itu UMNO/BN mengharapkan sokongan rakyat juga akan berubah angin.
UMNO/BN lupa, rakyat kini sudah cerdik, maklumat mudah diperolehi melalui hujung jari.
Taktik dan cara menyaman ini sebiji macam yang diguna pakai oleh Lee Kuan Yew dan anaknya Lee Hsien Long sebagai cara menekan musuh politiknya dan jadikan mereka muflis.
UMNO BILA DAH TAK MAMPU BERDEPAN DENGAN PENENTANGNYA SECARA HUJAH DAN BERHEMAH MAKA JALAN AMBIL MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN MAHKAMAH.
YANG PASTI RAKYAT SUDAH TEKAD MAU UBAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment