Wednesday 3 April 2013

BERITA TER LATEST!!!!!... DSAI AKAN BERTANDING DI PERAK!!!!.. CONFIRMED!!!!


Dimaklumkan bahawa Ketua Umum PKR merangkap bakal PM ke-7 Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di parlimen negeri Perak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.

"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

"Niat saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Pauh Permatang," kata Anwar. 


Berita selanjutnya akan menyusul.

10 comments:

  1. mesti risau mereka yg bertanding dgn DSAI. hahaha.

    admin BANkami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid Hamidi ajak lawan di Bagan Datoh. amacam, ada bran?

      http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/4/5/mstar_berita/20130405181807&sec=mstar_berita

      Delete
  2. saya rakyat perak mengalu-alukan kehadiran DSAI.Kalu bolih Parlimen Lumut saya pengundi disana.Kluarga saya (3 orang pengundi yg sah) akan memangkah DSAI.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah orang bermaruah kerana dulu PKR telah menjadi katak sekarang dia rasa tersalah calun, jadi membela rakyat Perak. Syabas Anuar.....Memang anak jantan.... pedulikan musuh2 PR.Saya berdoa agar DSAI adalh penambah kerusi kemenangan PR di Perak

      Delete
  3. aikk
    apesal lari g Perak plak?
    kate lwn ttp lwn
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Ini namanya penhijrahan...harap pungundi permatang pauh faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?ke takut org permatang dah tau Mp diorang buruk perangai?

      Delete
    2. orang kelantan pun mahu hijrah. TUKAR adalah HIJRAH

      Delete
  5. ehh.gambar anwar makan laksa sambil menutuh takde ke admin?

    ReplyDelete
  6. Zahid Hamidi dah digugukan pasal kapal selam tak blh selam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...