Wednesday 26 June 2013

ADUN TANJUNG SEPAT, SEPANG, SELANGOR, NYARIS MAUT AKIBAT JETI NELAYAN RUNTUH SEMASA MELAKUKAN LAWATAN KERJA.




TANJUNG SEPAT - Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.

“Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam  ke bawah jeti.

“Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk,” katanya semalam.

Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.

“Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini,” katanya.

15 comments:

  1. Agak nya kerana ADUN itu dari parti PAS kot. Kalau dari UMNO/BN sudah tentu lain cerita nya. Faham faham aja lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau puak dpa kata jetti dh usang

      Pehak berwajib x ambil peduli

      Kalau tidak pasti salah umno kata bala lah plak

      Biasalah kalau puak dpa bunyi nada nya lain

      Delete
    2. Barulah betul berbaring bukan atas jalanraya..mgkn klu mati pun x sia-sia krn sdg berkhidmat pd rakyat..husam klu nak katogerikan mati syahid pn boleh terima jugak

      Delete
  2. Pasti akan ada yang ckap demi rakyat sanggup mati

    Biasalah tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik x mati klu x kecoh satu dunia salahkan bn krn x salurkan peruntukan nk repair jeti itu. Tp nk tau juga bila masa minta peruntukan pd pihak berwajib.. masa bn perintah selangor atau dlm masa 5 tahun pr perintah

      Delete
  3. Syabas kerajaan BN kereta kini RM250 je sebulant Lihat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. John jo x nmpak lagi

      Katanya bn tipu

      Puak dpa tipu penyokong tak ckp plak

      Sakit pun dapat sedap pun dapat masa tidur atas jalan

      Yb2 sedap doj dlm aircon pakai kot makan kat cafe

      Kesian macai macai bengong.

      Delete
    2. Biasalah puak dpa ni mmg bangang

      Kalau bos suruh makan taik pun dpa makan.

      Ada otak x ada akal

      Belajar tinggi2 tp bodoh senang kena tipu

      Delete
  4. Sekarang RUNTUH dah jadi fenomena di Malaaysia, jadi tolong semak betul-betul setiap kerja yg diamanahkan dan juga amalan kita yg Allah suruh dan apa yg Allah larang.... keranna bagi Allah cukup mudah, bagi sesuatu itu hanya dengan kun fa yakun... maka jadilah perkara tersebut....

    ReplyDelete
  5. balaci umporno memang bangang26 June 2013 at 14:49

    itu lah dia komen yg paling terbaek dr balaci balaci belaan umporno.kah.kah.kah.kah.jeti nelayan peruntukan kerajaan negeri?peruntukan jeti biasa nya dtg dr JKR ataupun Kem Pertanian.bangang?ha.ha.ha setahu aku hanya mantan piem umporno je yg mengaku ahli nyer bangang,bodoh lagi baghal.tapi tak kesahkan.balaci ni memang mare dikatakan bodo oleh mantan piem.nak mare takut.miss soru.so disini lah ruang untuk melepaskan rase mare walaupun perkara itu benar.

    ReplyDelete
  6. RM 8.00 sehari.untuk berapa hari ye.murah.murah.harga nye masih hampir RM34k.ha.ha.ha.itu bukan turun harga keta.itu turunkan bayaran bulanan tetapi tahunan nya panjang.keta udah karat,utang blum habis.bijak.bijak.

    ReplyDelete
  7. inilah akibatnya kalau menang N54 (Adun) hasil bantuan SPR...;). Kalau mati mesti salahkan SPR jugak ni.kihkih

    ReplyDelete
  8. Balasan Tuhan kepada mereka yang berjuang bertopengkan Islam tetapi mendukung LGBT, DAP, PAP.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen orang yang tak pernah pergi sekolah sehingga tak tahu membezakan antara DAP dan PAP.

      Sungguh berjaya dasar pendidikan UMNO. Orang Melayu semakin bengap, sementara bangsa2 lain maju ke depan. Bila ini terjadi, terus nak mengamuk sedangkan diri sendiri tak mahu berubah.

      Sudahlah bodoh, semakin bongkak pula seolah2 dia dapat membaca fikiran Tuhan. Bawalah banyak beristighfar. Jika tiada ilmu, baik diam sahaja.

      Delete
  9. DAP & PAP perbezaan memang ada. Satu start huruf D. Satu lagi P. Tapi belakang tetap sama satu kongsi gelap dan satu agenda.

    sudahlah bodoh. mengangguk je tahunya.

    -Kita ada Panglima Khas Tentera antara yang terbaik didunia utk tahu perkara-perkara yg macai2 PR tak tahu.-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...