Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.
Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya percaya akan ada lagi semakan kehakiman."
Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.
"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka," katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan Hilir, Sarawak.
Namun, Wan Junaidi berkata kerajaan berpandukan undang-undang boleh menggunakan kuasanya untuk menarik balik keputusan mahkamah melalui pindaan undang-undang di Parlimen.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau memberi amaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO berkata penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tidak mendatangkan apa-apa masalah di sana.
Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah itu sejak 100 tahun lalu dengan aman dan harmoni.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut senada dengan Madius.
"Datuk Zulkifli Noordin tinggalkan keputusan itu di Semenanjung dan jangan bawanya ke Sabah dan Sarawak untuk merosakkan keharmonian di sini."
Masing-masing turut menyuarakan kebimbangan sekiranya keputusan itu terpakai kepada Al-Kitab akan memungkiri janji Datuk Seri Najib Razak di Sibu pada 2010.
"Sekiranya perkara itu benar berlaku akan merosakkan kredibiliti Barisan Nasional (BN) dan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
APAKAH AKAN ADA SUARA-SUARA YANG MENYURUH TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI INI BERHIJRAH??????
AlKitab atau Bible sudah tersebar luas di Malaysia dalam Bahasa Melayu dan mengguakan nama Allah. Apakah yang Kementerian Jamil Khir buat. Atau apakah yang Perkasa nak buat. Zul Nordin pula macam mana. AlKitab di Malaysia mengikut apa yang saya tinjau sudah lama diguna pakai.dan juga orang melayu juga dah ramai membacanya. takkanlah dalam Herald tak boleh, dalam Bible berleluasa. Tolong respon...
ReplyDeletemaka berkata ler nanti para bala tentera pencacai haprak bahawa PR menyokong penggunaan kalimah Allah swt bukan nyer hasil usaha beend.bodoh tak kesudah pencacai haprak mat rempit nie.
ReplyDeleteKes murtad terlaiu ramai diMalaysia, cuba selesaikan ini dulu.ajaran sesat pun banyak kalau pemerintah berat kan ajaran Islam dari tadika hingga faham setiap isi kandungan Al Quran insya Allah tak mudah kita terpengaruh. Lihat kita bangga lulusan dari negara kafir jadi pemerintah sebab itu Malaysia jadi begini.Semua penjawat kerajaan mesti wajib faham baca dan tahu makna Al Quran sebelum memikul tugas., baru semua rasuah dapat di kawal.
ReplyDeleteKlu isu ini msh dibangkit dn terus merebak ke sabah dan sarawak lebih baik keluar dari malaya..
ReplyDeleteSaya sudah membaca Bible King James. Dalam Bahasa Melayunya di panggil Al Kitab - Deuterokanonika...Taurat, Zabur dan Injil semuanya disatukan didalamnya. Memang perkataan Allah di gunakan sepenuhnya.
ReplyDeleteTetapi kepada sesiapa yang ada asas agama yang mencukupi, susah nak terpengaruh. Banyak kelemahan dan percanggahan di dalamnya yang boleh dipertikaikan.. Dalam segmen Zabur dan Taurat, Allah hanya satu. . Tapi apabila tiba ke segmen Injil barulah Trinity disebutkan.
Saya berpendapat, yang bahaya dalam isu mempertahankan akidah ini bukanlah penggunaan Allah itu oleh mereka, tetapi nipisnya asas agama kita sehingga tiada lagi pertahanan diri. Fokus yang itu dulu. Kita ada Mufti, kita ada Pejabat Agama, kita ada Menteri Agama tolong jangan lena. Salahkan diri sendiri dulu sebelum menyalahkan sesiapa. Ini ada Ulama, pakat2 bercakar sesama sendiri.
Saperkara lagi ialah gejala murtad ini juga berlaku atas sebab kesempitan hidup. Datang ke Pejabat Baitulmal, kena tolak, Nak jumpa wakil Rakyat ada mesyuarat,. akhirnya pergi ke gereja terus dapat bantuan. Baru2 ini pun berlaku kejadian ini. Perkara2 yang macam inilah yang harus diberi perhatian dulu..Sebelum nak serang orang, perbetulkan diri sendiri dulu.
Saya berharap ketua ulamak pas buatlah sesuatu supaya pemuda2 dan pemudi2 islam mempunyai pegangan akidah yang kukuh. Kalau pegangan akidah mereka kukuh, tidak ada satu pun perlakuan yang mampu menggugat keimanan mereka.
ReplyDeleteSoalan saya, bolehkah ketua ulamak pas menyenaraikan 10 program berterusan untuk menguatkan akidah dan keimanan anak muda Isam yang telah dilakukan pada peringkat kebangsaan selama ini?? (Sebab saya macam tak pernah jumpa pun!!)
Kalau PAS jadi kerajaan pusat ada kebarangkaliannya, dalam kadaan sekarang wakil rakyat PAS ada ketika dihalau keluar dewan, tak payah berangan lah, kalau kerajaan pusat yang ada sekarang mengambil tanggungjawab memperkasa dan melindungi dan pada masa sama mengembangkan Islam atau sekurang kurangnya berusaha memberi kefahaman SEBENAR berkaitan Islam kepada rakyat adalah sebesar besar menafaat kepada seluroh kepentingan awam dan negara memandangkan segala kempem yang tidak perpijak kepada asas tauhid menemui kegagalan, apa salahnya kerajaan yang ada sekarang beralih kaedah cara mengikut lunas agama secara ikhlas
ReplyDeleteYe ke bn omono nak ikhlas tegakkan islam. Macam mana tu...najib ahli freemason banyak kalangan menteri ahli freemason yahudi mesti apco marah. Lagi pun rosmoh macam mana nak pakai tudung tutup aurat. Najib macam mana nak tinggalkan botol arak? Kan susah tu. Selama ini pun najib kata takkan ikut secara islam. Sabri ckek persenda hukum islam. Madey apa lagi baling alquran ke dinding. Madey mana ada solat mana ada puasa. Bn omno takkan buat cara islam sampai bila2 selagi memerintah.
Delete