Tuesday, 30 April 2013

ARTIS YANG TIDAK TAKUT DIPANAH PETIR AKHIRNYA BUAT REPOT POLIS SEBAB DIRINYA KINI HIDUP DALAM KETAKUTAN!!!!!!!



KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau mengenai akaun facebook yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang semasa sidang media di sini, hari ini.
Beliau membuat laporan polis kerana khuatir tentang keselamatan dirinya yang diugut dan dicemuh melalui akaun Facebook.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan 'tweet' yang diterima di akaun twitter beliau semasa sidang media mengenai akaun facebook beliau yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang di sini, hari ini.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail 3 petang tadi.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

INGATKAN BERANI SANGAT..AGAKNYA DENGAR PETIR DAH KECUT SENAK PERUT SEKARANG NI... MANALAH TAHU KOK SINGGAH KEDIRINYA.

KETAKUTAN YANG MELAMPAU KEPADA LAMBANG BULAN!!!!!


Tak pernah terfikir pun selama ini oleh rakyat berfikiran waras betapa takutnya UMNO/BN kepada PAS!!!!!

Sampaikan lambang PAS Bulan pun dikoyakkan...Apalah punya haprak dan brengsek UMNO/BN.

RAKYAT KELANTAN DIHINA OLEH CALON BN SEBAGAI PUNCA MENINGKATNYA KADAR JENAYAH DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR KERANA KEJUTAN BUDAYA!!!


KADAR JENAYAH MENINGKAT DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR KERANA KEHADIRAN RAKYAT KELANTAN YANG TIDAK DAPAT MENGIKUTI ARUS MODEN DAN BERALIH KEPADA PERBUATAN JENAYAH!!!!
Itulah antara ungkapan terpacul keluar dari mulut calon MCA/BN Parlimen P105 Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah dalam satu forum semalam.

Peningkatan jenayah disebabkan dan berpunca dari rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan telah dihina sebegini rupa hanya disebabkan Kelantan ditadbir oleh PAS/PR.

Secara tidak langsung beliau menuduh rakyat Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur adalah penjenayah.

Apakah rakyat Kelantan tidak kira apa jua anutan politik akan terus mendiamkan diri membisu setelah dihina???


Berpolitik ada batasnya, tapi kalau dah sampai menghina rakyat Kelantan sebagai penjenayah bila berhijrah ke Kuala Lumpur, itu dikira sudah amat melampau!!!!

DAKWAT KEKAL YANG LANGSUNG TIDAK KEKAL SEBAB BOLEH TANGGAL....TIAN CHUA BUAT LAPORAN POLIS MOHON PENJELASAN SPR!!!!



Beberapa laporan mengejutkan diterima bagaimana dakwat kekal dikatakan tidak kekal sudah menjadi heboh satu dunia.

Ekoran itu demi PRU 13 ini Bersih Adil dan Telus maka satu laporan polis sudah dibuat oleh YB Tian Chua bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan dari SPR.

Laporan mengenai perkembangan isu ini akan menyusul dari masa kesemasa sehingga rakyat benar-benar berpuashati penjelasan dari SPR.

Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.


PENJELASAN PENUH PENGERUSI SPR:-


KUALA LUMPUR, 30 April — Dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya ke-13 tidak boleh ditanggalkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pihak tertentu yang meragui penggunaan dakwat tersebut.


Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.


“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.


“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.


Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.


“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.


Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.


“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.


“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi.


SPR telah menyediakan lebih 200,000 unit botol dakwat kekal untuk kegunaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Daripada jumlah itu, 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya untuk kegunaan pengundi biasa.


Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.


LISTEN...LISTEN....LISTEN....CALON BN DUN LENGGENG DATO' ISHAK ISMAIL PERNAH HARTANYA DILELONG OLEH MAHKAMAH TINGGI MELAKA KERANA GAGAL MEMBAYAR HUTANG!!!!!



Satu iklan diterbitkan di akhbar arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN pada tahun bulan Disember 2008 yang lalu mengenai PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, MELAKA KES SAMAN SIVIL NO:- 36-1-2008 PERLAKSANAAN NO:- 38-317-2008 ANTARA DATO' MISRAN BIN SUKADI PLANTIF/PEMUTANG PENGHAKIMAN DAN DATO' ISHAK ISMAIL DEFENDAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN sebuah rumah banglo di Bukit Baru Seksyen 8, Melaka Tengah, Melaka..

Rizab harga lelongan ialah RM600,000.

Tuduhan mengatakan calon UMNO/BN DUN Lenggeng ini sudah muflis atau bankrap adalah tidak benar sekali.

Beliau hanya disabitkan kes sivil atas gagal membayar hutang kepada plaintif dan kegagalan itu menyebakan salah satu hartanya di lelong.

Perlu ingat... warga muflis adalah antara satu syarat pencalonan ditolak secara automatik pihak SPR sepertimana di peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

BENAR TETAP BENAR BUKAN MELINDUNGI KESALAHAN FAKTA WALAUPUN DATANG DARI SAMA ANUTAN POLITIK...

TUAN PUNYA KARYA MENGAMUK SEBAB HASIL KARYANYA DICILOK DIJADIKAN BAHAN KEMPEN UMNO!!!!


Dahlah iklan tidak masuk akal, muka mat bangla dijadikan model sebagai warga bujang dan akhirnya berkahwin setelah mendapat bantuan Bujang 1M'sia.

Kini tuan punya karya gambar pengantin tampil meluahkan rasa ketidak puas hatinya...Berikiut adalah luahan hati tuan punya karya:-

INI MANIPULASI
this is not rite and this is tiada etika dalam bekerja. penulisan asal di sini

"Gamba pengantin ini saya ambil pada 15 may 2007..... menguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gamba isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB

saya dah lihat sendiri banner ni ..Lokasi: presint 9 dekat petronas simpang 4- Nasrul Effendy "

karya pengantin adalah milik NASRUL EFFENDY. hak karya jurugambar di perkotak katikkan , karya is karya jangan rosakkan karya orang lain tanpa keizinan.

semoga kita di jauhkan dari sifat2 yang tidak elok dalam bekerja dan mencari keberkatan.

BEGITU HINA DAN JIJIK SEKALI PERMAINAN UMNO NI...SANGGUP DIEDIT WAJAH PENGANTIN WANITA DAN CILOK KARYA ORANG LAIN.

MANA PUNYA MUKA MAT BANGLALAH DIA AMBIL UNTUK DIJADIKAN WARGA BUJANG!!!!!
......


HANYA SI PENGHINA SAYA YANG SANGGUP HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT!!!

KEGIGIHAN DAN KEIKHLASAN MUSLIMAT PAS YANG TIADA PADA WANITA MAUPUN PUTERI UMNO!!!!


Yang bulat tak datang bergolek, Yang pipih tak datang melayang...Kalau tak di pecahkan ruyong manakan nak dapat sagunya.

Begitulah hakikat yang perlu diterima rakyat...Nak tumbangkan UMNO/BN bukannya senang tapi bukan pula mustahil.

Kerja kena keras dan ikhlas... Itulah yang ditunjukkan para Muslimat PAS apabila menjalankan tugas dan amanah sebagai perayu undi.

Hujan lebat dan panas terik bukan penghalang maupun alasan.. Kerja terus kerja sampai Putrajaya kita punya.

Tabik spring melantun dari Omak Kau kepada Muslimat PAS atas kegigihan yang luar biasa berjuang demi parti dan kemenangan Islam bukannya kepentingan peribadi dan ada sifat dendam....TAKBIR!!!!



RAKAMAN GAMBAR YANG MEMBUAT CALON BN PARLIMEN P063 TAMBUN, PERAK TAK LENA TIDUR!!!!!!


Kalau begini punya sambutan diberikan oleh penduduk Parlimen P063 Tambun, Perak, kepada ceramah calon PR Tambun Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail.... memang sewajarnya calon BN Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berasa panik, pucat lesi, gelabah dan gundah gelana...Tidur tak boleh nak lelap mata... makan tak mampu nak kunyah...mandi tak kuyup, sebab UMNO bakal guluyup.

Maunya tidak...Berkempen di kubu kuat UMNO Tambun sendiri , ribuan keluar tanda memberikan sokongan.

Dari raut wajah mereka terpancar satu sinar harapan untuk perubahan bakal berlaku... Sinaran mau supaya calon PR menjadi wakil rakyat mereka di Parlimen bagi menyuarakan permasalahan mereka.

Setelah sekian lama terabai ini kalilah peluang terbaik terhidang didepan mata.

INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA...PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN

USTAZ AZHAR IDRUS TURUN PADANG BANTU KEMENANGAN CALON PAS/PR PARLIMEN KUALA TERENGGANU....PETANDA KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU BAKAL TURUN!!!!


Rakaman gambar pendakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup.

INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO.... PR GANTI BN.

TSUNAMI PERUBAHAN BAKAL MELANDA PAHANG.... BERIBU HADIR CERAMAH PR DI PADANG KAMUNTING, TANAH PUTIH, KUANTAN, PAHANG!!!!!!



LOKASI:  Padang Kamunting Tanah Putih Kuantan.

TARIKH/WAKTU:-  29hb April 2013 jam 9.00 malam

ACARA:-  CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT.

JUMLAH KEHADIRAN:-   LIHAT, FIKIR, NILAI DAN KIRA.

KONKLUSI:-  Rakyat Pahang tidak mau ketinggalan untuk melakukan perubahan...PRU 13 harapan Pakatan Rakyat takluk Putrajaya semakin hari semakin cerah.

NAJIB SIBUK NAK RAMPAS KELANTAN TAPI PAHANG PULAK YANG NAK TERLEPAS!!!!

Monday, 29 April 2013

MASYARAKAT TIONGHUA DI JOHOR SUDAH KEMBALI BERAMAI-RAMAI SOKONG MCA/BN???......PENDEDAHAN BERANI CHINA PRESS MEMBUKTIKAN MASYARAKAT TIONGHUA SUDAH MEMINGGIRKAN MCA/BN SECARA TOTAL DAN MUTLAK!!!!


Chua Soi Lek Presiden MCA yang tak berani bertanding PRU ke-13, gebang besar cakap masyarakat Tionghua terutamanya di Johor dan Gelang Patah sudah kembali menyokong BN dibawah pimpinan Najib Razak...Kata beliau kaum Tionghua cukup terpesona dengan gaya kepimpinan yang dibawa Najib Razak selaku PM ke-6.

Realitinya...Akhbar arus perdana bahasa cina Chia Press telah menghebahkan kepada dunia betapa ceramah anjuran MCA di Johor langsung tidak mendapat sambutan.

Penceramah hanya bercakap depan kerusi kosong...Amat memalukan sekali...Petanda tsunami kebangkitan rakyat sudah sampai kemuncaknya.

PRU 13 adalah PRU melakukan perubahan...Rakyat akan bangkit beramai-ramai untuk melakukan perubahan secara total.

GEMPAR!!!!!.... DSAI BERUCAP DI HADAPAN KHALAYAK KOSONG??????.. DSAI DITOLAK RAKYAT ATAU UMNO YANG KENA TOLAK!!!!!


Betul ke DSAI berucap di khalayak kosong?...Sebenarnya depan dikosongkan bagi menenpatkan jurugambar dan wartawan membuat liputan ceramah mega PR malam ini di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang.

Bukan nak mendabik dada dan bercakap besar berdegar-degar...Lihat sendiri rakaman gambar sambutan yang diberikan oleh rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Masihkah Najib Razak dan UMNO nak pasang angan-angan nak tawan Pulau Pinang hanya dengan kemasukan Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ke UMNO dan terus lawan DSAI di Permatang Pauh?

Adakah ceramah anjuran JATI atas tajuk kononnya semua bekas rakan karib DSAI pun sudah tidak menyokong beliau maka rakyat termakan?

Mood rakyat mau melakukan perubahan cukup kuat sekali dalam sejarah negara...Tiada kuasa boleh menghalang melainkan Allah SWT.

IMPIAN NAJIB NAK RAMPAS PULAU PINANG DARI PR TERUS RANAP!!!!.... BERIBU HADIR CERAMAH PR DI PADANG SEKOLAH TINGGI HAN CHIANG!!!!!!


HUJAN TURUN DENGAN LEBAT PUN LANGSUNG SEDIKIT TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT RAKYAT MAU MELAKUKAN PERUBAHAN!!!

Kalau dilihat pada sambutan pada ceramah Pakatan Rakyat di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang malam ini ternyata impian Najib untuk rampas Pulau Pinang dari tangan Pakatan Rakyat terus ranap, lebur berkubur.

Ribuan rakyat Pulau Pinang turun untuk memebrikan sokongan padu lagi jitu kepada PR.

Malam ini para penceramah terdiri dari DSAI, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan menyampaikan ucapan mereka.

Lagi diadu domba dengan pelbagai fitnah ketas Pakatan Rakyat,  lagi bersemangat rakyat nak ubah kerajaan pusat dan kekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sedia ada.

PERUBAHAN TETAP JUA BERLAKU WALAU APA PUN YANG CUBA DILAKUKAN OLEH BN UNTUK MENGAGALKANNYA....TSUNAMI PERUBAHAN BAKAL MELANDA TANAH AIR KITA.

FAIZAL BELASAH FAISAL!!!...GILIRAN KETUA UNIT MEDIA BARU PEMUDA UMNO, TUN FAISAL KENA BELASAH SECARA SINDIRAN DARI FAIZAL TAHIR!!!!


Sebelum ini Faizal tahir belasah Norman KRU pasal industri muzik dan filem akan hancur jika PAS memerintah negara..Faizal Tahir kata rezeki datang dari Allah SWT bukannya manusia bagi.

Kini Ketua Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO, Tun Faisal cuba nak jadi jaguh mempertahankan Norman KRU kononnya Faizal Tahir belajar agama Islam dari orang sesat.

Kini sebagai membalas kicauan Tun Faisal yang dianggap kebudak-budakkan itu, Faizal Tahir membuat sindiran tajam dengan berkata..OH MAAFKAN SAYA... SAYA BUDAK BARU BELAJAR AGAMA...KALAU SESAT TOLONG TUNJUKKAN....SAYA BETULKAN BALIK...KEPADA SEMUA ORANG....REZEKI ITU DITANGAN BN.

Kalau Tun Faisal Aziz tak faham yang Faizal Tahir perli tajam dia...tak tahulah apa nak cakap.

BUKTI SAHIH!!!!!... PARTI MANA YANG SOKONG LGBT?????????


Tak mau nak ulas panjang lebar tapi biar saja gambar berbicara.

Hanya sekadar memperingatkan kembali betapa serangan fitnah dilemparkan oleh UMNO/BN kepada Pakatan rakyat kononnya jika PR memerintah budaya LGBT akan berleluasa dinegara kita....

Dengan rakaman gambar ini jelas....PARTI MANA YANG SOKONG LGBT?

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR PASTI, BERPINAU BIJI MATA, PANAS TELINGA DAN BERASAP KEPALA!!!!!...PENUNTUT LUAR NEGARA BALIK SEMATA-MATA MAU UNDI HUSAM MUSA!!!!!


Seorang penuntut Malaysia di Mesir telah menzahirkan rasa terbuku dihati betapa akan kembali ke tanah air semata-mata mau memberikan undi kepada calon PR Parlimen P125 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa.

Penuntut yang tidak mau ketinggalan dari mengambil bahagian sebagai rakyat mau melakukan perubahan.

Kepada calon BN Tengku Adnan Mansor... Masa anda sudah tiba!!!!!.. Anda tidak mampu sekat kebangkitan rakyat walaupun kamu cuba heret Tun Mahahthir dalam kempen kamu.

WAJIB BACA!!! RESPON DARI PENJAWAT AWAM YANG MENGHADIRI PROGRAM BARU-BARU INI BERSAMA CALON PAS/PR PARLIMEN P125 DI PUTRAJAYA, HUSAM MUSA DI PRESINT 3, PUTRAJAYA!!!



Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat d Putrajaya..sila baca dan ambil manfaat..terima kasih........

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.


Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.


1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...


Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.


Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.


2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):


i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.


ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.


iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.


3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.


4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.


5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.


6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini...


SAYANGI SELANGOR RAKYAT TETAP YAKIN DENGAN PR.....KEKAL SELANGOR UBAH PUTRAJAYA. INI KALI LAH!!! TAKBIR!!

PEJUANG MELAYU ATAU SAMSENG JALANAN?????


Rakaman gambar menunjukkan seorang anak muda berpakain  Baju T BN dengan lambang dacing diikat dibelakang motosikal sedang merempit di Lebuh Raya Utara Selatan (PLU) berulang alik di Seremban , Negeri Sembilan.

Adakah UMNO masih nak julang yang menyokong UMNO/BN dari kalangan mat rempit melakukan aksi membahayakan para pengguna jalan sebagai Pejuang????

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!!


SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.

Apakah ini kerja sabotaj atau para petugas BN sudah mula menghidu nasib BN bakal tumbang pada PRU 13 ini.

Bersiap siaga agar tiba tarikhnya nanti tidaklah banyak sangat kerja nak dibuat.


Lokasi masih samar tapi yang pasti ialah di Malaysia.

INI DINAMAKAN A RIGHT PLACE AT A RIGHT TIME FOR THE RIGHT PRODUCT.

KANTOI!!!!!...TV3 SIARKAN ADA SEORANG BEKAS AHLI PAS NAMA M.THANASEGARAN.....BETUL KE INI AHLI PAS???????

Semalam di Buletin Utama TV3 menyiarkan berita beberapa warga India sebagai bekas ahli PAS yang sudah masuk BN.

Diketuai seorang pemuda nama M. Thanasegaran.

Masuk akal ke ni weh!!!!!.. Adakah ahli PAS beragama Hindu beb!!!!

Kalau nak menipu dan memfitnah pun agak-agaklah... jangan sampai terkantoi terlondeh...janganlah diperbodohkan penyokong-penyokong UMNO/BN sampai ketara begitu sekali.

Punyalah terdesak UMNO/BN kali ini....dah berserabut otak para propagandis mereka.

TAN SRI SHAHRIR SAMAD NAIK ANGIN PASAL DIA TERPAKSA BERCAKAP HADAPAN KERUSI KOSONG DI SATU CERAMAH ANJURAN BN DI JOHOR BAHRU!!!!!

Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.

Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.
“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”

Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis  selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.

“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”....m'sian insider

HELLO TAN SRI.... INI BUKAN PASAL PENGANJUR TAK PANDAI ANJUR EVENT TAPI RAKYAT DAH TOLAK UMNO DAN BN!!!!

TWEET FAIZAL TAHIR BELASAH KAW-KAW NORMAN KRU PASAL INDUSTRI FILEM DAN MUZIK AKAN HANCUR JIKA PAS BERKUASA TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!!! PADAN MUKA!!!!!!

Sebelum ini Najib Razak kena tibai pasal hina rakyat Shah Alam memilih Zulkifli Noordin sebagai calon UMNO/BN untuk Parlimen Shah Alam...Sekarang giliran Norman KRU yang membuat tuduhan melulu bercakap pakai kepala lutut!!!!

Tabik spring melantun bertingkat-tingkat kepada selebriti Faizal Tahir kerana berani secara terbuka membidas keceluparan melampau Norman KRU menuduh indistri filem dan muzik dinegara ini akan hancur jika rakyat memberikan kuasa kepada PAS/PR memerintah negara.

Nampak sangat Norman KRU kaki pembodek UMNO/BN bercakap tak guna akal dan bercakap ikut sesedap mulut.

Itulah bezanya bila manusia sudah tiada roh Islam dalam jiwa maka ingat rezeki itu kerajaan memerintah yang beri dan bukannya datang dari Allah SWT.

NASIHAT TERBAIK UNTUK RAKYAT PADA 5HB MEI 2013!!!!.....JADILAH WARGANEGARA YANG BIJAK...UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!!!


Apakah kita mau terus ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO/BN?...

Ikutlah nasihat TGNA..BERI GULA KACAU...BERI KAIN PAKAI..BERI BR1M AMBIL....BILO NGUNDI PANGKOH PAS..

Bila rakyat cerdik UMNO sakit... Rakyat bijak UMNO akan di injak...beri BR1M rembat tapi undi tetap Pakatan Rakyat.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...