Friday 17 January 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!!! ..... ADAKAH PATUT GIAT MARA SABAK BERNAM YANG MENEMPATKAN RIBUAN PELAJAR MELAYU INI MAU DI TUTUP OLEH KERAJAAN PR SELANGOR????



Ini rakaman gambar dari media lidah biawak rasmi UMNO, Utusan dan media Sinar Harian .. gambar pemandangan sebenar Giat Mara Sabak Bernam, Selangor yang heboh diwar-warkan oleh media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik bakal ditutup oleh kerajaan PR Selangor.

Dikatakan ratusan anak Melayu akan menjadi mangsa jika Pusat Giat Mara ini ditutup ... Itu kata juak-juak UMNO .. Realitinya???

SABAK BERNAM – “Terbiar, bersemak dan rosak,” begitulah gambaran terhadap nasib bangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Merbau Berdarah Sungai Panjang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat pelatih pusat latihan GiatMara Sabak Bernam menjalani latihan kemahiran.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Mohd Azman Mohamed Asmuni, 44, berkata, bangunan itu dipercayai terbiar lebih empat tahun lalu sejak pusat latihan kemahiran itu berpindah ke tempat lain.

Menurutnya, pengosongan bangunan itu menyebabkan kawasan itu menjadi tempat golongan remaja melepak dan melakukan aktiviti tidak sihat seperti gejala penagihan dadah dan maksiat.

“Dahulu penduduk menjalankan aktiviti IKS sebelum bangunan itu diambil alih GiatMara, namun hanya beberapa tahun sahaja beroperasi, pusat latihan itu berpindah ke tempat lain".

Mohd Azman berkata, dia tidak mengetahui sebab utama GiatMara berpindah ke tempat lain, namun penduduk kampung beranggapan terdapat kemungkinan campur tangan politik menyebabkan pusat latihan itu ditutup di kawasan itu.

“Saya difahamkan, bangunan terbiar ini menjadi sarang penagih melepak dan tempat pasangan remaja melakukan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Batal niat apabila GiatMara dipindah

Seorang remaja, Mohd Abu Syahid Abu Tahir, 21, berkata, dia sebelum ini pernah berhasrat untuk mengikuti kursus latihan kemahiran di situ, tetapi niatnya itu tidak kesampaian apabila GiatMara itu berpindah ke lokasi lain.

“Memang saya sudah rancang untuk belajar di GiatMara Sabak Bernam setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana rumah saya berhampiran dengan pusat ini, tapi malangnya bangunan itu ditutup dan berpindah ke tempat baru,” katanya.

Penutupan GiatMara di kawasan itu juga, katanya, menyukarkan anak-anak muda di kampung itu untuk mengikuti kursus latihan yang ditawarkan pusat latihan terbabit.

“Janganlah disebabkan politik, kami pula menjadi mangsa kerana masih ramai anak-anak muda yang gagal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memerlukan latihan kemahiran bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang industri,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan, Salasiah Sahat, 39,  berkata, bangunan yang terbiar itu adalah satu bentuk pembaziran yang dilakukan kerajaan negeri kerana tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat di kawasan itu.

“Saya pun tak tahu kenapa bangunan itu terbiar terlalu lama, sepatutnya kerajaan negeri merancang sesuatu bagi menangani masalah tersebut.

“Jangan salahkan rakyat jika masalah moral dan isu penagihan dadah semakin meningkat, sedangkan bangunan GiatMara yang diwujudkan di sini setidak-tidaknya dapat menarik golongan belia untuk mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan,” katanya.

Malah, katanya, sejak ketiadaan GiatMara pendapatannya juga jauh merosot kerana operasi perniagaan hanya dibuka pada waktu malam.

“Kalau dahulu, bolehlah saya dapat RM100 hingga RM200 sehari, tapi sekarang memang susah, apatah lagi dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Tiga kali pindah tempat

Difahamkan GiatMara Sabak Bernam pada mulanya beroperasi di sebuah bangunan di Tonggak 10 Sungai Besar, namun bangunan itu dikosongkan dan diambil alih Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

GiatMara Sabak Bernam kemudiannya berpindah ke Bangunan IKS Merbau Berdarah Sungai Panjang, namun tidak lama selepas itu pusat latihan itu sekali lagi berpindah ke Pusat Perniagaan Sungai Lias, Sungai Besar, sehingga sekarang.


Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan MDSB, Noraini Ahmad berkata, bangunan Tonggak 10 yang pernah digunakan GiatMara Sabak Bernam sewaktu mula-mula beroperasi merupakan pejabat lama MDSB pada 1970-an.

Menurutnya, selepas MDSB berpindah ke bangunan lain sebelum berpindah ke lokasi sekarang, bangunan Tonggak 10 terbiar kosong dan pengurusan GiatMara memohon kepada MDSB untuk menggunakan bangunan itu bagi membuka pusat latihan.

“Jadi MDSB benarkan mereka gunakan bangunan itu dengan kos baik pulih bangunan itu ditanggung sepenuhnya GiatMara,” katanya.

11 comments:

  1. Wanita malang dirigol bangunan giat mara ?disini laporannya

    ReplyDelete
  2. Tu kn sbhagian dr kos yg di tawar kn giat mara umno,maksiat,isap dadah,zina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara/saudari

      saya sendiri bekas pelatih giatmara sabak bernam rasa kurang senang dengan pandangan saudara/i. untuk pengetahuan saudara/i, kursus yang ditawarkan oleh giatmara berbentuk kursus kemahiran, bukan seperti yang saudara/i sebutkan. Dan pelatih yang diambil untuk mengikuti kursus plak adalah golongan yg tercicir (3M) yang semamangnya mempunyai perbagai masalah disiplin. Dan saya merasa kagum dengan kesabaran tenaga pengajar dan pengurusan giatmara melayan perbagai karenah dan masalah pelatih2nya yang majoriti terdiri daripada golongan pelatih yang bermasalah. niat murni mereka untuk mendidik anak bangsa terutama bumiputra sangat bernilai dan tidak perlu kita membebankan mereka dengan isu ini dengan mengaitkan perbagai isu2 lain. Sekiranya ia terlibat dalam isu politik, saya rasa biar rakyat yang menilai kerana suara rakyat merupakan suara majoriti politik untuk sama2 memperbaiki segala kekurangan.

      Delete
  3. Bangunan Giat MARA ini tumbuh banyak bagai KANGKONG dulu mungkin saja nak bagi kontrak mudah tuk beli Mercedes Porsche Bentley , kalau tidak susah jugak nak buat pilem Rp100,000,000 di tepi longkang KANGKONG aper.

    ReplyDelete
  4. realitinya ...bangunan ini terbiar selepas giat mara terpaksa berpindah apabila kerajaan negeri melalui mdsb meletakkan sewaan yang tinggi kepada giat mara ...yg sebelum ini tiada kos sewaan(free) yg ditanggung ...

    ReplyDelete
  5. Mara adalah agensi kerajaan pusat, tanah milik kerajaan negeri, mengapa tak mahu bayar sewa/cukai/taksiran?? Peraturan biasa yang mudah tetapi kedegilan dan keegoan pusat diterjemahkan dalam bentuk "berpindah" supaya dapat projek untuk diri sendiri dan kroni....yang jadi mangsa ialah rakyat!!! Adalah menjadi satu kelaziman bagi mereka untuk meletak dan membayar harga berlipat kali ganda kepada kroni untuk sama2 cari untung atas angin

    ReplyDelete
  6. pernah belajar dulu kt kawasan ini betul2 sebelum ia kena tutup...memang patut pun ia kena tutup sbb slh satu tmpt ini berhantu(kalo xpercaya pergi tgk sendiri,waktu malam)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa ianya tidak sewajarnya berpindah, kerajaan negeri atau pusat bersama-sama pihak pengurusan giat perlu meneliti semula isu ini.. dari apa yg kita lihat, kawasan ini menjadi kawasan bermasalah setelah giat berpindah, ini menunjukkan kawasan ini perlu dari segi kerohanian pendidikan yang mana rata2 remaja disitu dilihat bermasalah. pembangunan pendidikan perlu dibangunkan di kawasan ini bagi menangani masalah sosial remaja jesteru dapat membangunkan ekonomi sekitar.

      Delete
  7. membongak je posting kau ni setan.

    ini gambar selepas dihalau 2 - 3 kali berpindah.

    2 tahun lepas pengurusan Giat Mara Sabak Bernam telah dihalau keluar dari premis milik Majlis Daerah Sabak Bernam selepas tempat asal mereka di Pekan Sungai Besar diambilalih untuk menjadi stor penguatkuasa MDSB.

    Premis yang terletak di Merbau Berdarah, Sungai Panjang itu kini sudah menjadi gajah putih dengan tidak terpelihara kawasan tersebut. Apakah motif sebenar pengusiran Giat Mara dari premis MDSB?

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130323/dn_18/PKR-Selangor-tutup-GiatMara

    iNI TAHUN 2013 LAGI DAH HALAU GIATMARA. ZAMAN BN TAK PERNAH JADII MACAM TU. PENDIDIKAN DIUTAMAKAN. KAU NI SOHIH BANGANG.

    TAK PUAS HATI?

    NI NO TEL AKU : 0179371950.

    PI SANA AMIK GAMBAR DAN TANYA ORANG. DULU MASA GIAT MARA BUKAK SABAK BERNAM NI BUKAK, ADA KE MACAM NI? BANGANG TAK BERTEMPAT!

    ReplyDelete
  8. orang cerita pasal selayang la.. yang kau citer bab sabak bernam buat apa??? cuba kat research sikit pasal giatmara selayang.. kaki spin betul lah macai macai PR ni... kata bodoh kang marah...

    ReplyDelete
  9. statement - giatmara pindah 2-3 kali....(sb besar - merbau berdarah - sg lias)

    soalan 1- bilakah perpindahan pertama giatmara sabak bernam?? dan kerajaan manakah yang memegang pampuk kepimpinan sewaktu itu???

    soalan 2- bilakah perpindahan kedua giatmara sabak bernam?? dan kerajaan manakah yang memegang pampuk kepimpinan sewaktu itu???

    soalan 3- bilakah perpindahan ketiga giatmara sabak bernam?? dan kerajaan manakah yang memegang pampuk kepimpinan sewaktu itu???

    nyahhaha, renung2kan lah.... xD

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...