Thursday, 16 January 2014

GAMBAR DAN KISAH YANG DI PADAMKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT OLEH MEDIA ARUS PERDANA .... UNIT AMAL GOMBAK MENDAPAT KEPERCAYAAN PIHAK POLIS TOLONG KAWAL LALU LINTAS DI BATU CAVES!!!!



Unit Amal Gombak diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk mengawal lalu lintas di lampu isyarat Pinggiran Batu Caves, Selangor selepas menerima aduan dari orang ramai kesesakan yang cukup teruk
berjam-jam lamanya dikawasan berkenaan, apabila jalan utama Batu Caves telah ditutup untuk perayaan Thaipusam esok.

Pihak Polis pula tidak cukup anggota untuk mengawal kesesakan yang berlaku.

Maka diberikan amanah dan tanggung jawab kepada Unit Amal Gombak untuk membantu PDRM melicinkan pergerakan lalu lintas disana.

Tahniah Unit Amal Gombak... Walaupun media arus perdana tidak menyiarkan gerak kerja amal kalian namun rakyat yang melihat tidak akan melupai jasa baik yang ditabur.

9 comments:

  1. Walaupun polis beri kepercayaan tetapi ini bukan cara yang betul.
    Unit Amal ni baik minta masuk PDRM ataupun RELA.
    Sebabnya jika ada apa2 yang silap terjadi siapakah yang dipertanggungjawabkan?
    Kalau dalam keadaan terdesak seperti kemalangana atau acara yang memerlukan orang awam membantu adalah perkara lain.
    Sebab itu ramai orang tak faham kenapa JPAM tidak boleh bertindak bila ada kebakaran.
    Polis sendiri tak boleh meredah masuk dalam bangunan.
    Sebabnya yang dipertanggungjawabkan ialah Bomba.
    Jika dalam keadaan darurat cerita lain.
    Memanglah penyokong PAS tengok ni menarik.
    Tapi bila polis delegate kerja macam ni kepada pasukan sukarela ia boleh membawa isu lain.
    Sepatutnya masa inilah polis2 FRU ni bertugas dan menunjukkan mereka itu polis dan bukan sekadar nak cari peluang bedal orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ko g check unit amal ni berdaftar ke tidak dengan R.O.S..... Pas tu baruleh ko komen...

      Delete
  2. Anon 18:31 tu orang Umngok.....orang Umngok mana ada kerja sukarela semuanya mesti ada FULUS baru jalan....kah....kah....kah

    ReplyDelete
  3. Lagi gambar sekitar hari tersebut. ikutinya disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 19.49, itu gambar yang tak berfaedah. rakkkkkk tuiiiiiiii

      Delete
  4. Syabas pemuda Pas. Teruskan kerja2 sukarela tersebut dengan hati yang ikhlas. Rakyat yang berotak akan sentiasa menghargai usaha suci anda. Jika usaha ini diteruskan dari semasa ke semasa, rakyat akan mula menilai. Cuma....ada sedikit kekurangan di sini apabila penyertaan pemuda Dap dan PKR tidak kelihatan. Untuk masa depan, penglibatan semua pemuda PR perlu dilibatkan sama.

    Apapun, syabas kepada Pas.

    ReplyDelete
  5. Inilah jenis komen yg positif.sangat2 sokong.akan datang dharap tubuhkan Unit Amal PR.Terbaik.

    ReplyDelete
  6. Unit Amal gombak? ni dari parti mana? Unit amal pas ada le.
    Unit amal gombak..lepas tu nak claim dari PR? piigidah
    yenadeyy. unit amal byk woo.
    otak kasi letak lutut ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon ni cakap apa? Macam gampang!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...