Friday, 3 January 2014
INILAH PANDANGAN DARI PENGERUSI YADIM MERANGKAP AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO YANG BARU, BAB BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU.
PRINSIP BERBEZA PANDANGAN: AGREE TO DISAGREE
Saudara boleh berbeza pandangan dengan saya kerana pandangan saya boleh jadi salah. Begitu juga sebaliknya saya juga berhak untuk menyanggah pandangan saudara walaupun pandangan saudara boleh jadi betul. Demikian prinsi yang seharusnya dipegang sebagaimana diajar oleh Imam Syafie dalam akhlak berbeza pandangan:
رأي صواب يحتمل الخطأ،ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
"Pandanganku betul namun boleh jadi salah, dan pandangan orang lain salah namun boleh jadi betul".
Sebab itulah Islam tidak menghalang kita untuk berbeza pendapat asalkan adab dan akhlak sentiasa dijaga, juga tidak pula taksub dengan pandangan sendiri agar tidak dicela Allah sebagaimana Hadis Nabi SAW:
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ
"Tidak sesat umatku selepas menerima hidayah Allah melainkan kerana mereka suka berdebat2".
Pandanganya walaupun salah dan pendapat pihak lain itu sah benar tapi mau meneruskan perbezaan pendapat.
Sepatutnya ikut hukum akal logik, bila berbeza pendapat kita cari titik kebenaran .. siapa yang disahkan berkata benar maka kena akur dan terima bukannya berterusan untuk menyanggah .. ini bukannya mencari kebenaran tetapi bertegang leher bertekak nak tegakkan benang yang basah kuyup.
Inilah apabila jiwa di selaputi kepartian anutan apabila mengeluarkan hujah bukannya matlamat mencari kebenaran.
Omak Kau mungkin silap .. tapi jika ada sesiapa yang boleh beri keyakinan yang apa Omak Kau cakap in tidak betul.. Omak Kau dengan rela hati menerimanya.
Mungkin sebab itu UMNO makin liat dan gentar apabila di ajak berdebat sebab masih mau bertegang leher enggan menerima kenyataan dan kebenaran jelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Statement itu adalah untuk mereka yg meletakkan akal menguasai nafsu. masalahnya sekarang ramai yg memiliki akal lebih rendah drp lembu, berhujah menggunakan nafsu.
ReplyDeleteummat UMNO/BN..klu Xmain wayang Xsah...pusing sana sini, last2 rakyat marhain gak yg nk mampos..sanjung lg org cam nie, rosak 1MALAYSIA...
ReplyDeleteUngkapan bersetuju untuk tidak bersetuju itu boleh mendatangkan kekeliruan dan tidak memberi apa-apa keputusan dalam apa jua permasaalahan malah menimbulkan pergeseran pendapat.
ReplyDeletePandai plak wat kluaq pendapat imam shafie.tp kalu rakyat tak sependapat dkatakan pengkhianat...penderhaka..tak suka malaysia bleh cari negara lain...ini pa citer...???Abeh omngok selangor yg tak suka khalid pindah la kt negeri omveno..
ReplyDeleteagree to disagree tu amalan Nabi Muhammad kah? Ia amat bertentangan sekali dengan amalan Islam. Dalam amalan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, golongan yang bertelagah perlulah berbincang. Dan jika didapati pandangan pihak bertentangan itu benar, maka pandangan itu wajib diterima dan dilaksanakan. Itu hukum yang diamalkan dalam Islam. Tiada hukum "agree to disagree" dalam konteks menegakkan bebang basah jika perkara yang cuba ditegakkan itu bertentangan dengan Quran dan hadis. Perbezaan pendapat hanya dibolehkan dalam hal yang tidak terdapat dalam kesemua sumber agama Islam tersebut.
ReplyDeleteTak usah berbalah perkara ini, apa tujuan uzstad ni jadi barua puak keris yang seantero dunia tahu mengkianati rakyat nya.Dah ramai tok alim jadi barua mereka hingga sekarang tiada siapa tegur pasal judi, arak dan rasuah.Empayar Islam pernah memerintah selama 8oo tahun, oleh kerana penguasa dok gila bangga dengan binaan tetapi rakyat tak di bangunkan dengan Islam yang betul maka hancur lah mereka. Bila bercakap orang pun naik meluat baik hentikan pekerjaan nak bodek pemerintah yang hidup berpura pura bantu rakyat tetapi di belakang jadi pengkianat negara.
ReplyDeletePuak keris akan guna hukum islam bila dia tersepit. Atau cari puak ustaz yg sokong keris untuk menghalalkan tindakan mereka. Kedua puak ini bekerjasama demi mencari nama pangkat dan fulus. Sebab tu bila geng keris makan rasuah hina hukum islam sapu duit rakyat buat rumah untuk anak beranak juta2 bela artis simpanan dll tok mufti ustaz2 ni tak berani tegur. Pasai sama2 ada skandal termasuk ustaz yg menikah di siam. Awat tak kahwin elok2 di melisia. Kalau rakyat marhain tak buat salah pun kalut nak bagi hukum bughah darah halal dan macam2 lagi. Kenapa begitu. Kerna meletakkan nafsu atas kepala dan islam diletak di bawah tapak kaki hampa.
ReplyDelete