Saturday, 4 January 2014

KOS SARA HIDUP YANG TINGGI ... KINI GILIRAN PERKASA BERTINDAK "BUGHAH" KEPADA KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB!!!!!!



Nampaknya selepas fatwa bughah dikeluarkan oleh Mufti Perak terhadap para peserta Perhimpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) kini secara tetiba NGO yang paling lantang dan totok menyokong UMNO/BN telah bertindak menjadi bughah pula. .. Enggan menyokong kerajaan UMNO/BN sebaliknya menentang dan mengutuk keras UMNO/BN sambil menjarakkan dirinya.

Ini sudah melampau .. apakah halal darah para ahli Perkasa kini?????

Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.


Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.


Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.


"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.


Wawancara ini diadakan selepas pertemuan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.


Bagaimanapun katanya, kini rakyat sudah mempunyai pilihan malah pertubuhan itu sendiri menyaksikan kepimpinan mereka kini majoritinya di kalangan yang tidak berpihak mana-mana parti.


"Sekarang ini kepimpinan Perkasa  mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan ‘neutral’ kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi," katanya.


Syed Ali juga tidak berpuashati dengan 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu.


Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini.

"Ia berbeza dengan pentadbiran  terdahulu  iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," katanya.

Beliau mengakui Umno juga bukanlah sebuah parti kebal yang terus hidup kerana pasti akan rebah seperti parti lain di dunia.


Namun katanya,  pendekatan yang diambil kerajaan kini akan menyebabkan Umno tersungkur lebih awal.

"Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.

"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.


Ini berikutan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dipaparkan oleh pemimpin Umno/BN di mana kemewahan yang mereka tonjolkan itu sangat luar biasa.


"Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.


"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," katanya.

17 comments:

  1. Omak den..ha....ha..ha...gaji kau nnt aku byr..



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. keza....upah ko melalak sebagai anjing tu, nanti ameno kasi. Ambik sisa makanan tu tempat biasa. Dalam tong sampah tepi longkang.

      Delete
  2. hahaha......mamat perkasa tu kata, pemimpin umno dahulu sanggup mengikat perut bersusah payah bersama rakyat. Sapa pemimpin umno tu? Madey? kahkahkahkah. Dari dulu sampai sekarang, mana ada pemimpin umno sanggup mengikat perut bersuash payah untuk rakyat. Kalu mengebas harta rakyat memang banyak. Janganlah nak menipu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuklah DSAI.. kahkahkah..

      Delete
    2. dan mereka yang melancong luar negeri menaiki jet

      Delete
  3. Naiklah sapa jua dr spesis umno x kan ada perubahannya

    ReplyDelete
  4. Boleh percaya ke kenyataan PERKASA "... mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan...." ?

    Kita jangan lupa PERKASA makan upah dari UMNO Baru yang berselindung atas nama agensi kerajaan.

    Mampukan PERKASA meneruskan kegiatannya tanpa tajaan ? Sudah pasti kata-kata seperti diatas itu mempunyai maksud tersirat.

    Hanya melayu bodoh saja yang akan percaya akan kata-kata pemimpin PERKASA.

    ReplyDelete
  5. Haluuuuuuu. .........

    Apa nk heran....ahli perkasa pun ahli umnongok jugak....jenis ahli yg duduk difelda dan kg yg hidup serba salah...ddh lebih 50 tahun merdeka pun masih miskin hina di tanah air sendiri...tu pun masih bodoh dok sokong lagi...ingat ko susah pemimpin ko nk bantu ko....puei..batang hidung pun x nampak

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik kau dah kaya ke khak tuih.. Alhamdulillah.. dalam zalim2 kerajaan pun kau kaya..

      -omar bangla 40k-

      Delete
    2. Di perli kao la bodow khakkk tuihh

      -dalang lahad datu -

      Delete
  6. politik nak jawatan la tu... dulu Beraheng Katak buat loklok buat sedih selepas dihukum rakyat dalam PRU13, tak lama dapat jawatan, Omnu bagi... le ni melenggak la... siap suroh ahli PEKASA kalau nak berdemo TURUN pun kena buat secara sirr ... takleh buat di jalanan tak baik ditengok orang. Buat dalam bilik tidor je lah depan bini, tunjok BARANG NAIK ke bini, ini cara PEKASA berjuang untuk perot dia, mana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasik... PEKASA ni kan keturunan Omnu tentulah 'like father like son' sebijik, orang dia pun ngaku dapat tajaan Omnu.

    Cakap cakap, tindak tandok, gerak geri PEKASA tentu tidak akan terlepas dari pengaroh Omnu. Biarkan saja PEKASA dengan lakonan dia, kerana kelakuan PEKASA adalah bayangan Omnu.

    Kekgi dapat jawatan... diam lah meracau dia tu

    ReplyDelete
  7. Siapa dibelakang PERKASA itu tidak lain dan tidak bukan Tun Mader Mamak. Skrg ini Mader sudah tidak selesa dgn Najib. Masa pemilihan UMNO tahun sudah anak Mader tersingkir menyebabkan dendam Mader terhadap Najib makin membara. PM dlm keadaan serba salah skrg ini..Apa saja yg Najib buat mendapat bangkangan dari dlm parti. PM umum tranformasi nasional hidup harmoni antara kaum. Tak sampai seminggu MAIS rosakan tranformasi kaum dgn menyerbu gereja dan merampas bible visi Melayu dan Iban. Lepas tu UMNO Kelang buat demo depan Balai Polis bantah penggunaan nama Allah oleh agama lain dan ahad ini nak demo lagi depan gereja kothlik di Kelang. TPM nak larang tidak dan suroh pun tidak. Bliger2 pro UMNO pula dedahkan PM bercuti ke luar negera dgn pesawat peribadi NR2. Tiba2 Perkasa yg 99% pro UMNO buat U tern kutok PM dan kerajaan BN. Ada udang sebalik mee aku yakin ada komplot dlm UMNO/BN nak singkirkan PM Najib diketui oleh Mader. Pemimpin2 sekadar senyum dan melihat dari jauh. Elok lah tu sepatutnta BN dah kalah dlm PRU 13 dan PR yg ambil aleh pentadbiran Malaysia. Aku tak kesah dgn rakyat 47% sebab depa kaya tapi camana yg 53% hidup dlm kesempitan dan tersepit dlm pelbagai kerenah kenaikan harga barang yg tidak menentu tanpa kawalan. Fikir2kan lah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi Hoi Hoi.....dah aku bagi peruntukan kerajaan, ko nak lawan aku pulak yer!! kang aku tak bagi peruntukan kang, tak jalan NGO kau tu.....


      Pemuda umno Bukit Bangla

      Delete
  8. Anon 15.29 dasar pengecut

    ReplyDelete
  9. Bughah perkasa ni...halal darahnya kata mufti Perak, apa kerajaan diam je..ambil lah tindakan mengikut fatwa mufti Perak.

    ReplyDelete
  10. Mufti ni ingat senang ke nak bunuh orang. Dah nyanyok ni elok restkan saja.

    ReplyDelete
  11. Ado duit makan sodap.
    Ado duit sikit makan kangkung.
    Takdo duit makan angin!!
    Takdo duit????
    Aghi tu den dah boghi limo ghatuih mano poie???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...