Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.
Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.
"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).
"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.
Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.
Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.
Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.
Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.
"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.
"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.
"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.
Bermula dari sekarang jika pr nak menang pru kenalah hapuskan anjing2 umno dalam spr..kahkahkah
ReplyDeletePengerusi SPR tu lapur diri kepada PM dan dibawah jabatan Perdana Menteri ambil arahan dari PM, sistem ni dah tak betul mana keadilannye? dia makan gaji mcm orang lain jadi dia kena ikut bos dia la sekalipun tak betul jadi yg jadi mangsa dari sistem tak betul ni adalah rakyat. Sepatutnya SPR ni kena lapur kepada parlimen bukan kepada menteri yg jaga parlimen.
ReplyDeleteSpr haram jadah... anjing bn.. penipu.!!!!
ReplyDeleteKalau SPR ini tak khianat dah lama BN bungkus. SPR bermakna SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT. Mati nanti masuk neraka lah kamu. Boleh ke kamu nak mintq maaf dengan selurub rakyat Malaysia?mungkin ada yg bagi maaf camana pula yg tidak memaafkab kamu. Allah dah kata Dosa dgn Allah walau seluas bueh dilautan kalau kamu bertaubat dan mohon ampun dgn aku tetap akan aku ampunkan tapi dosa dengan manusia kamu kena minta maaf dengan manusia kalau manusia tak maafkan aku(Allah) tidak akan mengampunkan dosa kamu. Wahai orang2 SPR bersiap sedialah kamu masuk neraka Allah. Bagi YB yg menang tipu dlm PRU makan lah gaji haram kamu itu kerana kamu kalah tapi dimenangkan dgn cara penipuan SPR. Kehidupan kamu tidak diberkati Allah sampai ke anak cucu cicik kamu kerana makan gaji haram bin haramjadah.
ReplyDeleteSaya datang lewat tapi sempat dengar semua bercakap.
ReplyDeletebaguslah kalau ramai lagi dapat berforum macam ni.
Bukan nak cari salah orang. tapi nak cari penyelesaian kepada masalah rakyat.
Tapi MakKau jangan mudah percaya dengan Profesor dari US ni. Dia dapat geran ratus ribu US dari segala macam organisasi di US dan World Bank. Tujua bukan apa supaya nak pasti negara macam Malaysia ada masalah tak habis2.
Senang CIA dan World Bank nak tekan supaya menjadi hamba kapitalis.
Dan semenjak Israel dah berdagang di Port Kelang, Washington juga akan jadi barua Isreal untuk pastikan kepentingan mereka sentiasa dijaga oleh orang2 yang kutip data macam Prof Weiss dari SUNY Albany ini.
Orang UMNO Baru yang buat undang-undang maka sudah pasti dia orang akan membuat undang-undang itu berpihak pada mereka.
ReplyDeleteKalau buat undang-undang untuk keadilan, sudah pasti Tun Mahathir, Tun Daim, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib/Rosmah, peguam negara, ketua polis negara, ketua sprm sekarang ini sudah berumah dalam penjara Sg. Buluh....
Itu sebab SPR akan mengguna segala tipu muslihat dalam pilihanraya demi memenangkan parti Barisan Nasional agar sistem perundangan tidak diubah dan kekal terus memberi kekebalan pada mereka.
Sebagai renungan... Selama UMNO/BN memerintah ada berapa ramai ahli politik yang mengamalkan rasuah telah ditangkap dan dipenjarakan ? Jawpannya tidak ada. Malah Kasitah, Liong Sik dibicarakan sekedar menghabiskan duit pembayar cukai saja tapi hasilnya mereka dibebaskan.
Makan kangkung baru cerah otak!!
ReplyDelete