Tuesday, 14 January 2014
INDIVIDU YANG MENGAKU DIRINYA SULTAN MELAKA YANG SAH AKHIRNYA KENA CEKUP DENGAN PIHAK POLIS.
JASIN 14 Jan - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.
Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.
Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.
"Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.
"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Aku keza...kekawan aku di hospital selayang pagi tadi aku kena langgar ngan lori. Kaki patah sebelah kanan tangan sebelah kiri. Aku mintak maaf kpd semua sebab aku banyak dosa ngan semua. Maafkan aku semua.
ReplyDeleteKEZA
Klo betol kau keza, mati trus pn xpa..
DeleteKalo betul kao keza wat la cara betol.senang org nak tlg.stkt post gitu jer mner org nak percaya.
DeleteAku doakan kamu cepat semboh boleh kita sembang politik di dalam bloge dan bertukar pendapat dan pandangan. Kalau betol kamu Kaza kamu kena ingat apa yg terjadi keatas kamu adalah amaran dari Allah kerana kejahilan kamu sendiri. Lepas ini kalau masih hidup harap kamu bertaubat nasuhaq jgn ulang lagi perkara yg lalu.
ReplyDeleteIni cerita raja boleh aih isu yg tengah panas tu kot.Cerita barang naik, demo guling kerajaan bughah makan kangkung buat filem hollywood dan kes rasuah juta2. Buat isu syiah rakyat tak pecaya mat sabu syiah .Bangkitkan isu kalimah Allah tak jadi juga. Isu raja baru macam mana. Mari kita tengok siapa yg kena kata Brahim pendek.
ReplyDeleteKah kah kah... Keza nak test market le tu...huhuuu.. Takyah main wayang le woooi.. Bab Sultan pelsu ni pulak. Kalo dia dapat kuasa, KM Melaka tu yang akan jadi penjilat dulu.. Standard la tebiat puak UMNO, siapa ada kuasa dia akan dijilat... Kah kah kah. Ni suma wayang UMNO BARU. Banyak anjing2 yang sanggup jadi punch beg untuk alihkan perhatian agar rakyat tak belasah Najik ngan Mah Buntal.. Setakat langkah pencak UMNO BARU senang2 boleh baca pnye...ptuuuuih!
ReplyDeleteSekarang banyak org boleh jadi pelakon tetap atau sambilan macam dlm iklan ubat nyamok. Janji bayar duit masuk boleh jalan. Kalau suruh jilat apa pun boleh. Bab jln cerita jng tanya tak kira la lalu bawah kangkang ke atas kangkang ke lagi syok, tambah2 belakon jadi raja huh.. huh..dunia. lagi syok belakon jilat pungkoq mesti bayaq mahal la. Kah.. kah kah.... janji duit masyuuuuk.
ReplyDeletei ingat orang ini ada banyak masa lapang......lagi baik beli buku dan baca di rumah.....
ReplyDeletemasalah akan timbul kemudian bila semua org yg bernama awalan tengku raja dll. akan membuat tuntutan sama. ramai tu yg masih jelas salasilahnya.
ReplyDeleteada kt youtube cita di perak pun dh ada yg kata lebih layak jd sultan sebb sultan sekarang tidak dianggap layak jd sultan.
kenapa hendak sgt jadi raja? katakanlah seorg raja itu mesti seorg yg zuhud warak dan alim mcm sultan Muhammad alfateh atau sultan salahudin alayubi, sudah tentu masing2 tk minat nk jadi sultan. hidup penuh zuhud, sederhana, korban harta benda sendiri dulu sebelum korbankan hak rakyat dll. sifat sebenar seorg sultan yg beriman.
hakikatnya semua nk kejar dunia yg kangkung ini.
Ampun tuanku.
ReplyDelete