Tuesday, 14 January 2014

3 RAKAMAN GAMBAR "SULTAN MELAKA" KETIKA KENA CEKUP DENGAN POLIS.



Jasin: Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ Noor Jan Tuah, 56, ditahan polis ketika cuba menaiki feri untuk ke Pulau Besar, pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Beliau berkata, penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Polis membuat tangkapan selepas menerima beberapa aduan daripada individu dan NGO yang tidak berpuas hati serta gusar atas tuntutan penama Noor Jan Tuah untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

Ketika tangkapan dibuat, Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan dan penyembelihan kambing.

Noor Jan dilaporkan memberi kerjasama ketika tangkapan dibuat dan polis menasihatkan supaya pengikutnya tidak bimbang kerana lelaki itu selamat dan polis hanya melakukan proses siasatan.

Difahamkan, kira-kira 50 pengikut Noor Jan turut serta dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis itu bagaimanapun polis tidak menahan mana-mana pengikut terbabit.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

11 comments:

  1. Yang dah beratus laporan terhadap orang2 yang macam 'sultan' huha sana huha sini berjoli kumpul segala kekayaan bila nak tangkap??

    ReplyDelete
  2. Keturunan mamak keling dan indon sulawesi yang menyamar jadi melayu polis tak nak tangkap ke..kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Senarai nama pemimpin Negara Berangan :

    1-Tuhan - Ayah Pin
    2-Yang Dipertuan Agong -Sultan Raja Merongmahawangsa II@Raja Nusantara.
    3- Nabi Melayu - Kahar
    4-Sultan Melaka -Noor Jan

    5-Perdana Menteri - Anuwar Ibrahim


    elok diletak monyet2 ni semua satu pulau kecik..
    ;)

    ReplyDelete
  4. Pm paling sesat..
    1- mat mongol..
    -Allah dah jadi 2,1 Allah kat sbh srwk,1 lagi kat semenanjung..
    -Firaun yang mengaku Tuhan pun dia tak cakap Allah ada 2..
    -Kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Tangkapan sudah dilaksanakan..... kita tunggu hasil siasatan dan tindakan susulan. Kalau Raja Noor Jan Shah ini bukan dari keturunan raja melaka maka seperti biasa ketua polis akan keluar kenyataan yang seakan menghina..... Mahkamah akan bersedia menetapkan hukaman keatasnya.

    Tapi kalau orang ini benar-benar berketuruhan raja melaka.... pasti kenyataan pihak yang berkuasa khasnya pemimpin UMNO Baru akan berubah-ubah seperti bermain sepak bola dipadang. Sekejap akan tendang ketepi, sekejap lagi akan ditendang kebelakang......

    Tapi kita percaya kes seperti ini akan dibiar berlarutan.... pemimpin UMNO Baru adalah melayu yang pakar dalam putarbelit fakta menjadi auta... mereka akan berusaha menyelamatkan kedudukan sultan UMNO Baru di Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob supaya kekal disitu.



    ReplyDelete
  6. mcm2 ada mcm2 gila ada mcm2 macai ada psal x takut neraka. masuk kat ketuha rasa dulu tu baru api dunia. selamat menyamun duit rakyat

    ReplyDelete
  7. keturunan sultan sepatutnya disembah dan dihormati...jangan di nafikn hak mereka sebagai keturunan sultan.. hanya kerana fakta sejarah yg penuh dgn metos...hendak lah diteliti salasilah nya jgn di tolak mentah2 jgn sampai kita tidak berlaku adil..

    ReplyDelete
  8. Tangkap sumbat jer kaki penipu mcm nie dlm penjara biar sedar diri sikit jgn nak mengaku sultan sesuka hati jer INGAT PEWARIS sebenar akan buktikan negeri melaka akan bersultan kembali

    ReplyDelete
  9. MACAM TAUKE KANGKUNG JE...

    ReplyDelete
  10. ini masaalah fakta sejarah.sejarah akan berubah apabila fakta dan bukti baru ditemui.jadi kenapa mesti terkejut tentang sejarah nie?.sejarah bukan benda mati yang tak akan berubah sampai bila bila.Hanya Al Quran sahaja yang kekal tidak akan berubah sampai bila bila pun dan kekal hingga hari qiamat.

    ReplyDelete
  11. Semua negara ada undang undang. Sebab tu diperingat kan kalau nak buat sesuatu benda tu biar lah berfaedah. Kalau nak menegak kan keadilan tu biar lah berlandas kan bukti yang cukup baru lah boleh jadi sultan. Ni lah akibat nye tak cukup bukti menyatakan dia tu sultan. Orang pandai bukan macam ni cara nya. Disebab kan pandai sangat lah kena tangkap polis untuk di soal siasat. Nampak sangat bodoh. Orang melaka pun tolak tak terima noor jan ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...