Tuesday 4 February 2014

KERANA SURAT INI GEGAK GEMPITA SATU NEGARA KONONNYA SEORANG ADUN PKR DI PERAK KELUAR PARTI.




Semuanya bermula daripada gambar sekeping surat seperti di atas yang giat berlegar di alam maya waktu ini. 

Surat tersebut yang bertarikh 2 Januari 2014 daripada YB Kesavan, Adun N54 Hutan Melintang, Perak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat-kuasa daripada tarikh tersebut atas alasan hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti. 

Tetapi, nak tanya sedikit, tarikh surat dan pengisytiharan keluar daripada parti PKR adalah pada 2 Januari 2014, mengapa pula hanya pada 4 Februari 2014 baru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menandatangani penerimaan surat tersebut?

Sebulan jarak di antara tarikh penghantaran dan penerimaan surat, bolehkah diterima akal?

Patutlah ada yang mengatakan surat ini palsu, hanya perang saraf untuk menghangatkan suasana PRK Kajang yang melibatkan parti PKR dan pimpinan tertingginya, DS Anwar Ibrahim. 

Tetapi, mengapa di Perak? Tidak di Selangor?

Ataupun ada kebenaran di sebalik misteri surat ini?

Sama-sama kita tunggu pengesahan ataupun penafian pihak-pihak yang terlibat di dalam perkara ini.

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.

Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.

Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.

PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Esok jam 10.00 pagi di Wisma KEADILAN Ipoh akan di adakan sidang media oleh YB Kesavan.. Semuanya akan terungkai esok.

5 comments:

  1. kenapalah keluar parti sampai 5 adun, bukan boleh mengubah parti mana yang memerintah kerajaan negeri perak.

    ReplyDelete
  2. aku rasa dia keluar parti. Kalu tak kenapa dia tak buat laporan polis?

    ReplyDelete
  3. Nampak tak , tanda tangan surat keluar parti dan surat nafi ber beza benar.

    Sah ini kerja be udak bahalol KANGKONG saja.

    ReplyDelete
  4. tiap2 kali prk/GE mesti ada bab2 drama sedih pnykong 'Pas/PR' (mksud ak penyokng umno) msuk umno..ni suatu kewjipn di wktu pilihnraya dr idea berulang-ulang umno..kali ni ada lg x??x sbar nk tgk episod drama ni..ni la episod drama plg lama dlm mesia

    ReplyDelete
  5. Drama PAS/PKR masuk UMNO memang membosankan tak boleh mengatasi plot RAJA DRAMA yang diisi dengan ghairah, lucu, sudpens dan macam-macam lagi termasuk unsur ketamilan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...