Tuesday, 1 July 2014
JURI MENCIUM TANGAN KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN SEBAB SEBAK DAN KAGUM MAMPU HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN.
Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.
Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.
Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI.
Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.
“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.
“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.
Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.
Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Alhamdulillah, Syukur.
ReplyDeleteKepada TB Malaysia Waves. Cukup2lah menfitnah tahap Gaban kat Blog hang tu. Disyorkan Deramang @TB @ Malaysia Waves pi kelua Tabligh 3 hari. Moga2 segala hasad tu hilang.
TB Malaysia Waves selalu Maki Khalid MB dgn Para ugamawan. Jenis Spesis kutuk dan hina golongan oran jujur dan golongan ugamawan
TB Malaysia Waves pun tak pernah mengaku dia ahli parti apa, kat cawangan mana dan nombor ahli ada
TB Malaysia Waves selalu cerita pasal PAS. Adakah dia ahli PAS?
TB Malaysia Waves selalu cerita PKR. Adakah dia ahli PKR?
TB Malaysia Waves, pakai nama negara ni dalam Blog dia. Adakah IC dia kaler biru atau merah. Cool Cool ini aku jawabkan dia rakyat negara ni lah. Dia Malaysian bukan Nepalese
Jawebbb TB Jawebbb TB
Adab berpuasa dan solat terawih
DeleteOleh NAZMI AIDARUS
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Mana nak jawab bro Malaysia Waves meperkenalkan istilah UG yang tak tepat UG (Unity Government) yang sebenarnya UG =Urang Gilerrrrrr.
ReplyDeleteDah sah lah jenis Tin Kosong ni. Kalau orang mai tanya aku asai mana. Aku jawab Jerlun Telaga Tok Piah. Kalau mai TB hang tanya.... silap2 dia tak jawab. Awat hang tau? Dunia dia 3 alam sajaaaaaaaaa UG, Khalid MB dgn Alphard. Kesian aku tengok Budak OKU Malaysia Waves. Sakit Politik Alam Bunian Kah Kah Kah
Di negara kita menangis juga tapi menangis sebab terkeluar dari Idola Kecil dan lain-lain rancangan realiti tv......tak menangis pun anak tak tahu mengaji dan solat kerana itulah yang dididik umno/bn dalam kurikulum kehidupan harian rakyat
ReplyDelete