Friday, 19 December 2014
APAKAH HIMPUNAN TUNTUT TURUN HARGA MINYAK 3I DISEMBER INI MASIH RELEVAN APABILA KERAJAAN SUDAH BERJANJI MAU TURUNKAN HARGA RON95 DAN DIESEL BAWAH RM2 MULAI 1 JANUARI 2015?????
Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.
"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya di Rembau hari ini.
Buat masa ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel pula dijual pada RM2.23 seliter.
Selaras dengan penurunan harga minyak, Ahmad juga berharap agar para peniaga dan syarikat dapat menurunkan harga barang jualan mereka.
"Saya berharap 10 syarikat utama ini, yang juga membekalkan 70-80% barang makanan dalam Malaysia, hendaklah bertanggungjawab menurunkan harga barang jualan mereka," katanya.
Beliau berkata sekiranya syarikat terbabit enggan menurunkan harga barangan mereka, ada pelbagai akta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memastikan ia dilaksanakan.
"Kita amat kesal, kalau harga minyak naik sikit, terus naik (harga) serta merta, tetapi bila harga minyak sudah turun, tak ada (harga) turun sedikit pun," katanya.
Berkenaan GST, Ahmad berkata kerajaan sudah menjalankan 500 program penerangan sistem cukai baharu itu yang akan dilaksanakan April depan, di peringkat Parlimen di seluruh negara.
"Ada lebih kurang 400 program seumpama ini belum dilaksanakan.
"Jadi saya menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyelesaikan kesemua program ini pada bulan Januari dan Februari ini, supaya semua (kawasan) Parlimen dapat difahamkan tentang GST ini," kata Ahmad. – Bernama
KALAU DAH KERAJAAN BERJANJI MAU TURUNKAN HARGA RON95 DAN DIESEL DIBAWAH RM2 SELITER UNTUK APA LAGI MAU HERET RAKYAT TURUN BERHIMPUN PADA 31 DISEMBER 2014 DI AMBANG MERDEKA DI DATARAN MERDEKA YANG KEBETULAN MALAM ITU ADA PERSEMBAHAN MALAM CINTA RASUL????
JANJI TIDAK AKAN ADAKAN HIMPUNAN KALAU KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK???
NAH!!! ... RAKYAT AKAN MELIHAT SIAPAKAH YANG PEGANG PADA JANJI DENGAN MENGOTAKANNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Asyik citer pasal harga minyak je... skrg ni aku yg naik minyak sbb pemimpin pkr mkn gaji buta! Mana fuziah salleh semasa kuantan dilanda banjir? Yb kat mana?
ReplyDeleteyang mudah lupa itu tak lain tak bukan ialah orang Melayu
Deleteorang Melayu yang paling aseli ialah yang bernama Jalak Lenteng, mengikut lagu. Anon di atas sebenarnya si Jalak Lenteng kerana dia sudah lupa
Di Kuantan yang jadi EmBi worang AMANU, yang Jalak Lenteng dok mengigau YB Poziah buat apa??? itu satu hal
Ni satu hal lagi yang Jalak Lenteng lupa
sekonyong konyong berkatalah menteri Jahid perihal bebudak berbaju merah yang biasanya timbol secara tetiba di tempat tempat bencana buat membantu atawa menolong sesama maknusia, alkesah kelakuan begini tidak pernah ditemui dalam budaya bebudak jemaah Jahid. maka naik anginlah mantri Jahid itu seraya berkata dengan amarah yang amat sangat sekiranya timbol lagi gelagat bebudak berbaju merah itu di masa depan maka tiada ampon maaf lagi ke rumah pasonglah tempat beradu.
Kalau begitulah dudok pekara, harap Jalak Lenteng angkut pindah sendirilah segala harta ke tempat selamat
Dah lama tak buat demo guling guling so cari la alasan bangang .....kan harga minyak dah turun....kah kah itu jet modal rsja penipu anwat ibrahim boleh buat. ...gian nak demo maklumm la sllu kena tipu oleh raja penipu maka gian kena tipu masih utk demo masih terasa lagi.....tipu pun tipu la....janji dapat demonstrasi....ahakss....
ReplyDeleteSape name bapak ko? Nape bodoh sngt .
DeleteRON95 DAN DIESEL BAWAH RM2
ReplyDeleteBAWAH RM2 TU BERAPA SEBENARNYA ????
JANGAN JANGAN RM1.99 SEN
RM1.99 SEN MASIH DI BAWAH RM2
Apa lagi nak glamurlah, muka 10sen tu boleh masuk dlm paper & tv
ReplyDeleteOrg idlam buat demo di komtar pasal guan eng benarkan kalimah allah di pulau pinang...so elok ganti kan demonstrasi turun harga minyak kepada buat demonstrasi di permatang pauh depan rumah anwar ibrahim pasal dia pun setuju kalimah allah digunakan oleh bukan islam.....macai bodoh pkr yg suka kena tipu oleh anwar ibrahim boleh buat demonstrasi di permatang pauh sekali....bangang tak abis2 kena tipu macai pkr nih.....
ReplyDeletepunca pangkal kalimah ni adalah umno sendiri, menteri lulus dan benarkan .....
DeleteYen uchop ko bangang sbb mak ko keno jubo mcm sepol .....mana fakta menteri bnlulus dan benarkan....anwar ibrahim yg sokong kalimah allah di gunakan tu fakta bodoh......buat demonstrasi depan rumah anwar ibrahin di segambut atau di permatang pauh.....
DeleteJangan sbb nk halang perhimpunan kerajaan buat kenyataan turun harga minyak pulak...harap jgn ade mainan sorong tarik tali sudah lh...semuanye nmpak mcm satu mainan je ...31 dis 2014 nk berhimpun 1 jan 2015 lak nk turun minyak ...itu pun kerajaan kata dijangka saje ...kalu betul2 nape x turun sekarang ...mcm mne lh rakyat yakin mcm ni...
ReplyDeleteSejak bila korang percaya cakap kerajaan bn ni. Nk lagi omak kau. Memang sampai mati kena tipu. Cukup2 lah jadi bahlol ni.
ReplyDeleteRelevan lagika nk percaya ckap menteri bn ni?
ReplyDeletedulu najib janji nak mansuh akta hasutan. tp di pau dia buat u turn mcm hadi. mcm tu nak percaya lg ke. dah 50 thn kena tipu. hudud pun bakal kena tipu.
ReplyDeletejanji umno bn x boleh diterima, hanya terima bila dilaksana. Teringat aku lagu aishah "janji pelesu mu", ku dilamun angan angan dek umno.
ReplyDeleteHimpun tetap himpun kecuali ari ni diturunkn harga minyak, kalu dinaikkn balik selepas perhimpunan, kita himpun balik, tu je ubatnye bg kerajaan flip flop ni...kita x nk pentabiran kerajaan yg acah2 mcm ni ...jgn ingat pemikiran rakyat ni bertaraf budak sekolah rendah senang diacah acah dn dipermainkan ....kalu dh x larat nk memikul amanah dn tanggungjawab letak jawatan semua menteri2 kebinet dgn pm dn tpm dia sekali ...
ReplyDeleteKalu dh org umno sendiri protest dn kritik presiden dia sendiri apatah lg rakyat msia ..dh tentu lh ade everything wrong everywhere ...kahkahkah
ReplyDeletePergile ajak org daPIGS kesayangan PKR tu. Org2 aku harap stay away.
ReplyDeleteHahaha.....kenapa omak kau pun bangang mcm macai juga, patutlah omak kau hanya pandai ambil gambar post gambar tulis blog tetapi berfikir tak ubah sama je...dgn macai2.
ReplyDeleteHarga minyak turun jan ini sebab harga minyak dunia turun . Kalau harga minyak dunia naik adakah harga minyak di negara ini tak naik???? Yg kita himpun pada 31 dec ini bukan pasal harga minyak dunia!!!! Kita turun pasal hak subsidi yg tak patut ditarik balik dan bezanya harga minyak dunia dgn harga minyak di negara kita. Bagi macai2 tak faham atau hanya sokong membabi buta sebab mrk bangang dan hanya mementingkan diri sdr shj. Adakah omak kau sama mcm mrk??? Apa sebab msk pkr???? Berfikir guna akal dan bijak berfikir bukan faham tetapi tak faham inilah masalah sebilangan ahli pr yg bangang tetapi anggap diri betul dan bijak berkata2 namun habuk pun tiada.