Saturday 20 December 2014

INDRA PUTRA MAHAYUDDIN KEMBALI BOTAK SETELAH GAYA FESYEN RAMBUTNYA DIKRITIK PEDAS DI LAMAN SOSIAL.


"Pada yg bg nasihat n teguran kat potongan rambut sy,terima kasih banyak2..maaf pada sapa2 yg kurang senang dgan gaya rambut tersebut,sy terima teguran ngan hati terbuka,insyaallah lain masa sy akan lebih berhati2 dalam memilih fashion rambut..excited final...jom!!kita teruskan menyokong pasukan harimau malaya..demi maruah,demi malaysia!!harimau malaya bolehh!! -1nd23-"

Fesyen potongan rambut Indra Putra Mahayuddin yang menjadi kritikan pedas dari para peminat, akhirnya beliau akur dan terima kritikan tersebut dengan berlapang dada dan berdingin kepala.

Berjiwa besar tanpa membalas kritikan dengan kata-kata kesat seperti .. "siapa dia yang krtik itu, saya tak kenal dia" atau kalau seorang profesor yang menegur terus cakap "Itu Profesor Kangkung punya pandangan".

Jauh bezanya pemain bolasepak negara ini dengan seorang pemimpin negeri yang baru tiga bulan jadi Menteri Besar ketika diasak dengan kritikan dan teguran.

Pemimpin berkenaan perlu belajar dari Indra Putra Mahayuddin cara menangani kritikan dan teguran serta berdepan dengan wartawan.

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu‘anhuma katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :


"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda:


"Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)

'Qaza' bermaksud mencukur sebahagian rambut di kepala dan dibiarkan sebahagian yang lain.

Walaupun hukum mencukur sebahagian rambut di kepala (qaza') hukumnya makruh, namun menggayakan rambut mengikut style golongan yang kafir adalah termasuk dalam larangan Nabi Muhammad saw. Abdullah bin 'Amr melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Bukanlah dalam kalangan kami sesiapa yang menyerupai golongan selain kami. Janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Kristian." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi).
 

Oleh itu, sebagai umat Islam yang sayang kepada Nabi Muhammad saw dan memerlukan syafaat (bantuan) baginda di padang Mahsyar kelak, maka sewajibnya tidak meniru mana-mana gaya yang diperkenalkan oleh orang Yahudi dan Kristian.

Allah SWT memberikan peringatan bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan sekali-kali redha dengan Nabi Muhammad saw dan umatnya, sehingga umat Islam meniru gaya hidup mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud, "Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."

4 comments:

  1. Cayolah Indra. Gua respek lu. Player2 lain diharap dapat mengambil contoh si Indra ni.

    ReplyDelete
  2. Apala omak kritikan & tekanan terhadap seorang MB mana nak sama dengan pemain bola...azmin jaga negeri kritikan terhadap IPM lebih bersifat individu tidak melibatkan orang lain pun....

    ReplyDelete
  3. Najib dan Rosmah badak buat suwey pegi stadium- selagi dua ekor ni ada malaysia akan lebih suwey-

    ReplyDelete
  4. Rosmah patut botakkan pale hotak berjambul dia to .benci aku tngk gaya rambut mgerbang dia to.muslimah umno dok sanjung2 .cm hanjing !

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...