Tuesday, 23 December 2014

PERLUKAH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DIKEKALKAN? ... PROF DR AGUS YUSOFF



Jam 9 pagi, saya keluar pejabat unrtuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir.

Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc, diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.


Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak oleh guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya.


Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?


Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya.


KALAU SEBAGAI MENTERI PELAJARAN URUS PEPeRIKSAAN SEKOLAH PERINGKAT TINGKATAN TIGA PUN SUDAH BERKECELARU DAN BERKECAMUK .. LAGI ADA HATI DAN HAJAT NAK GANTI NAJIB RAZAK?????

10 comments:

  1. Dlm Malaysia takde yg mustahil. Tak pass SPM pun bole jd menteri. Tu yg sume jd bercelaru.. Jd menteri bkn nak jaga rakyat nak jaga poket sdri. Dosa tolak tepi..bila dh bersara baru nk bukak mata.

    ReplyDelete
  2. Anwar wajib masuk sekolah rendah seminggu. Berapa bulan yang lepas Abang Non bertegas yang Lebih dari dua jawapannya satu. Balik la Abang Non Oiiiiiiiiiiiiii. Diharap pencen terus sajala. Mana taknya sampai simple math pun tak reti.

    Adakah Bro Non mangsa kepada sistem pelajaran yang kurang bermutu?????? Sila Jawap oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Adakah Pelajaran Agama Islam pun tak boleh didik Anak Abang Non yang sulung bahawa anjing itu najis. Wuiiiiiiiiiiiiiiii Fardu Ain pun tak reti kerrr.

    Blahhhhh la Abang Non Blahhh Blahhh

    Kak Peah
    Bekas Ahli PKR Yg Fed Up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni org yg sama ker. Anjing tu najis? Sekolah oi sekolah balik. Gi belaja la menatang apa khilaf tu. Hadoiii...

      Delete
    2. Pantat ko Kak peah.org komen pt3 ko sibuk PSL Anwar.bodoh bangang sundal

      Delete
  3. Tahniah Muhyidin..PT3 dah celaru biru....mcm mana nak ganti Najib...urus PT3 pun caca merba...apa sudah jadi KPM...balik asal la ke PMR...kesian kat budak2 sekolah...

    ReplyDelete
  4. dulu pt3 kate mnteri x peperisaan nk gnti pmr,tup-tup sblm 4-5 bln pt3 ada pl pepetiksaan.kau org fikirlh budak2 tu tak penah didedahkan peperiksaan dari tingkatan 1..aleh-aleh kena amik periksa & d bagitau amik peperiksaan sblm 4-5 bln..ada ptut kah?

    ReplyDelete
  5. menteri pelajaran tu dengarnya dulu cuma meter reader LLN, betul ke?

    ReplyDelete
  6. Dgr cite.. PT3 seluruh malaysia hnya 83 org je yg dapat keselurhan A utk semua subjek...

    ReplyDelete
  7. Budak tingkatan 3 tapi dia orang bagi soalan bentuk budak tingkatan 5.
    Mana budak tak terlingkup!!

    ReplyDelete
  8. Budak x penah duduk periksa dr tingkatn 1 lg suruh dduk peksa pt3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...