Friday, 19 December 2014
UNITED AIRLINES BERI iPHONE 6 PLUS KEPADA KESEMUA 23,000 KREW PENERBANGANNYA.
Syarikat penerbangan United Airlines akan memberikan iPhone 6 Plus kepada kesemua 23,000 krew penerbangan sebagai langkah memperbaiki mutu perkhidmatan bermula tahun hadapan.
Pemberian phablet ini memudahkan krew penerbangan untuk berhubung sesama sendiri dan mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat yang akan digunakan.
Di samping itu setiap iPhone 6 Plus akan dilengkapi dengan manual digital prosedur kecemasan dalam penerbangan. Maklumat di hujung jari adalah lebih pantas berbanding terpaksa membaca manual dalam bentuk fizikal.
Sistem email khas United turut disertakan bagi memudahkan komunikasi di antara majikan dan para pramugari/pramugara. Syarikat penerbangan ini memang sudah lama menggunakan peranti Apple bagi memudahkan tugasan pekerja mereka.
Pada tahun 2011 mereka memberikan iPad kepada kesemua juruterbang untuk tujuan yang sama. Proses menyemak prosedur keselamatan sebelum penerbangan dilakukan sepenuhnya secara digital.
Tahun ini kesemua iPad ini diperbaharui dengan model iPad 2. Penggunaan tablet ini bukan sahaja mempercepatkan tugasan pekerja tetapi turut menjimatkan kos kepada syarikat.
Tablet dengan manual penerbangan digital adalah lebih ringan dari manual fizikal yang selalunya dibawa oleh juruterbang dan krew penerbangan.
Selain United, syarikat penerangan Delta turut serta mendigitalkan krew penerbangan mereka. Delta memberikan 11 000 Surface 2 kepada juruterbang bagi menggantikan manual fizikal.
Pengurangan berat beg yang dibawa selepas menggunakan Surface 2 dijangka akan mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 1.2 juta Gelen setahun.
Virgin Atlantic pula memberikan krew lapangan terbang mereka Google Glass yang mempercepatkan proses pemeriksaan masuk penumpang di Lapangan Terbang Heathrow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Taik kucing
ReplyDeleteMalaysia ada beri jugak tapi beri Notis
ReplyDeletePETAI
ReplyDeletePetai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m. Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil. Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm. Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai. Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk. Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang. Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.
Terimakasih atas informasinya :) semoga sukses slalu .. Ditunggu informasi menarik selanjutnya :) senang berkunjung ke website anda, terimakasih.
ReplyDeleteOkey tu dia punya CEO bagi I phone. Kalau Nurul izzah hampehh. Kebajikan orang pantai dalam tidak dipeduli Dan hanya pentinglan session Touch The Hanjing
ReplyDeleteBob Ulu Yam
Terima kasih kepada Malaysia Airline System kerana telah memberi notis pemberhentian keje kepada staff-diharap tahun dpn lagi teruk
ReplyDelete