Thursday, 18 December 2014
KRISIS MELANDA MIC SEMAKIN MERUNCING DAN KRITIKAL ... LEBIH 500 AHLINYA MENGADAKAN DEMOSTRASI DI PEKARANGAN IBU PEJABAT MIC DESAK PRESIDENNYA LETAK JAWATAN.
Krisis yang melanda MIC semakin meruncing apabila kira-kira 500 ahlinya yang diketuai bekas Ketua Pemuda MIC Datuk T.Mohan mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini.
Kesemua mereka yang berkumpul sejak pukul 12.30 tengah hari mendesak Presiden, Datuk Seri G. Palanivel untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula kepemimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dijalankan segera.
Berlaku kekecuhan apabila terjadi pergelutan, tolak menolak dan ejek mengejek antara penyokong T.Mohan dengan pendokong Presiden MIC, G.Palanivel.
Kehadiran Pasukan Simpanan Polis (FRU) berjaya mengawal kejadian bertambah buruk.
Kehadiran mereka juga bertujuan menghalang perjalanan Mesyuarat CEC yang dijadual pukul dua petang ini selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu memaklumkan barisan CEC tidak sah dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
"Kasih sayang sebagai seorang ayah mampu menahan beban hidup untuk kebahagiaan anaknya." Blogwalking gan,... semoga hari ini penuh berkah.. Amiinn
ReplyDeleteMIC BERANI.....UMNO PULA BAGAIMANA...PAS...PKR...DAP PUN MESTI DESAK LKS LETAK JAWATAN...KITA AMBIL YG MUDA2 PULAK JD PM...MUDHALVAN...
ReplyDeleteApasal najib buat bodoh ja.
ReplyDeleteletak jawatan la
hutang negara dah parah ni
Adakah pru14 nanti menyaksikan satu trend pengundian race-centric voting pattern?
ReplyDeleteIndian undi calon indian atau cina.
Cina akan undi calon cina ,tak kira apa parti.
Melayu Undi UMNO, pas dan PKR.
Islam akan undi PAS?
kita lihat swmua parti utama sedang beegolak. Kerana pimpinan tidak memperjuangkan hak masing masing dan ada pimpinan yang rakus.
Mic bergolak kerana kaum india terabai.
MCA terlalu lemah dalam memperjuang hak orang cina.
Umno dilihat pimpinan terlalu lemah fan tundok kpd. Cina dan isu rasuah.
Pkr. Pemimpin terlalu rakus hingg menyebabkan beberapa langkah sumbang. Dan ada yang gila jawata.
PAS di himpit golongan sekular yang mau PAS lebih terbuka terutama dalam isu hudud. Dan golongan sekular ini mendesak supaya PAS lebih lunak bila berdepan PKR dan DAP.demi menjaga PR.
Dap..dilihat agak selamat.kerana terlalu lantang dan berani memperjuangkan hak kaum cina dan bukan islam.
Apa akan jadi.? Yet to be seen
Ini satistik parti2 PAS PKR DAP yang mendapat undi pada 2013 & 2008 dulu
ReplyDelete(parlimen sahaja)
Pada PRU13 DAP mendapat 1.736 juta PKR mendapat 2,254 juta dan PAS mendapat 1.633 juta
Pada PRU12 (2008) DAP mendapat 1.578 juta PKR mendapat 2,277 juta dan PAS mendapat 1.667 juta
Rumusan?... buat sendiri
Pakar strategik pkr kata ada cukai tersembunyi pada harga pertol yang sepatutnya lebih rendah daripada harga di pasaran sekarang. Aku no komen, cuma rasional dalam menghadapi saat genting penurunan nilai Ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia.
ReplyDeleteBerikut pandangan seorang pakar kewangan Sweden:
1. Maksud penetapan harga minyak bulanan ialah - jika harga minyak jatuh, maka keuntungan yang diterima pada bulan itu akan dimiliki oleh sama ada tokey minyak atau kerajaan. Kalau harga minyak dalam bulan itu naik maka kerugiannya juga akan ditanggung oleh tokeh minyak tersebut dan juga kerajaan. Kebetulan pulak harga minyak bulan disember ni turun, maka yang untung ialah kedua2 pihak tadi. Rakyat tak dapat apa2.
2. Katakanlah keuntungan (cukai tersembunyi seperti yang didakwa) ialah 50 juta, maka wang itu akan digunakan untuk pelbagai perbelanjaan negara. Contohnya membayar gaji kakitangan kerajaan, membeli ubat2an, memperbaiki infrastruktur yang rosak dan lain2. Perbelanjaan sebuah negara bukanlah semudah perbelanjaan sebuah keluarga, ada ikan kering sekor pun cukup untuk sekali makan. Perbelanjaan negara memerlukan lebih daripada seekor ikan masin. Justeru duit lebihan keuntungan itulah (jika benar) yang akan digunakan untuk semua jenis perbelanjaan negara.
3. Ramai yang bising dan berbunyi bila najib berbelanja kasar dan menggunakan terlalu banyak wang. Biasalah, anwar menjadi menteri kewangan pada tahun 1996/97 ketika penduduk malaysia lebih kurang 18 juta orang. Sekarang populasi telah mencapai 30 juta orang. Jumlah sebanyak itu jika dibandingkan sebelumnya adalah memerlukan perbelanjaan yang besar jugak. 3 orang anak dalam keluarga janganlah disamakan dengan 10 orang anak dalam keluarga. Bagi bapa yang bertanggungjawab, kadang2 untuk membesarkan 10 orang anak, banyak cara yang perlu dibuat, ada yang kerja lebih masa, ada yang buat dua kerja, ada yang bergolok bergadai untuk membesarkan anak. Tak mahu anak mati kebuluran.
4. Masa najib memerintah nih, ada yang kata harga barang semua naik. Memangpun. Zaman anuwar tahun bila? Tahun 1996/97. Masa tu nelayan jual ikan sekilo RM1 dan jual pada kita RM3. Sekarang nelayan jual sekilo RM6 dan kita beli RM10 ringgit. Selipar jepun macam tu, dulu jual RM5, sekarang jual RM10. Kenaikan harga itu bukan disebabkan oleh kerajaan najib semata2 tapi turut disebabkan kenaikan harga barang2 di pasaran dunia. Tak ada orang yang waras bila beli seluar di Amerika RM10 ringgit tapi jual di Malaysia RM8.00. Jadi rasionallah sikit dan jangan cuma kata BN memerintah, semua harga barang naik!! Kena tengok jugalah harga di amerika, uk, siam sana nun... Kita pun beli dari sana dan bawak balik jual kat sini....
Delete5. Tang harga pertol naik, ramailah yang komen dan marah kat najib. Ye lah, dulu zaman anwar menteri kewangan, harga minyak RM1.10 seliter. Sekarang RM2 lebih. Jadi kita pun marahlah kat najib. Tapi cuba rasional sikit...dulu kita beli kapcai baru cina jual harga RM1500 sebijik, sekarang motor yang sama dah naik sampai RM8000 sebijik. Tapi kita tak marah pun kat cina turrr..cina tu pulak yang tuduh najib naikkan harga barang dan kita angguk2. Sebab apa harga kapcai naik kita tak marah tapi bila harga pertol naik kita marah pulak? Tapi tu lah...kita marah najib sebab kita bandingkan anwar dengan najib sebagai menteri kewangan. Tapi masa buat perbandingan itu, kita lupa pengaruh sampingan seperti populasi malaysia, harga pasaran dunia, ekonomi global dan sebagainya. Kita dengan ilmu ekonomi yang tak sebesar bijik sawi tu pun terus label anwar sebagai bagus dan najib sebagai lemah. Perkara dan indikator lain sikit pun kita tak nak pakai. Kita lupa bahawa sekarang bukan lagi tahun 1996/1997.
6. Lagi besar penduduk, lagi besarlah perbelanjaan negara. Rasanya kalau anwar masih lagi memegang jawatan menteri kewangan sekarang nih, aku rasa kepala anwar pun dah botak licin tak berambut sebab sakit kepala memikirkan cara untuk mencari duit untuk perbelanjaan negara. Kena fikir mana nak cari duit untuk budak2 sekolah rendah yang jumlahnya mencapai juta orang, kena fikir mana nak cari duit untuk beli ubat pesakit yang dah naik dua kali ganda, mana nak cari duit untuk bina infrastruktur, mana nak bayar gaji kakitangan dan lain2....Aku rasa kalau anwar yang jadi menteri kewangan, mungkin dah lima ke lapan kali dia kena serangan jantung....
Jadi kesimpulannya, rasionallah semasa mengomen atau mengkritik. Cakap memang senang tapi bila dah pegang jawatan itu, bebannya adalah sangat berat. Berat batu atas kepala, berat lagi bahu yang memikul. Cakap memang senang sebab lidah tak bertulang...janji memang senang sebab janji tak perlukan duit, perlu air liur sahaja.
Jadi, pakar strategi janganlah macam burung belatuk. Sedarlah, langkah kajang yang semudah itu pun boleh kantoi.....inikan pula untuk mentadbir perbelanjaan sebuah negara yang rakyatnya hampir 30 juta orang. Mentadbir negara tidaklah semudah mentadbir sebuah keluarga ataupun mentadbir sebuah negeri. Sedangkan untuk mentadbir sebuah negeri pun kelam kabut dan pancung-memancung jawatan, inikan pula nak mentadbir sebuah negara sebesar malaysia.
Allahua'lam
Kenaikan harga barang ini berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit kita. Masa Anuar/Mahathir dulu RM1/- bersamaan USD2.60sen. SGD1.43sen. Skrg nilai ringgit menjunam RM1/- USD3.50sen SGD2.68sen. Apabila barangan yg di impot dari luar negara memang lah mahal sebab nilai RM Malaysia dah susut nilai. Yg bermasalah nya barangan yg tidak di impot iaitu barangan dalam negara juga naik mendadak. Contoh gula minyak sawit beras ini semua barangan dalam negara kita kenapa perlu mahal. Minyak contohnya kita negara pengeluar bukan negara pembeli minyak kenapa perlu jual mahal kepada rakyat. Tak terfikir ke Kerajaan bagaimana nak bagi rakyat hidup selesa. Apa salahnya koutakan berapa jumlah minyak disel/petrol yg digunakan oleh rakyat Malaysia sebulan lebihannya jual lah kat luar negara. Gula minyak sawit beras koutakan lah kepada rakyat lebihan jual lah kenegara lain. Saya tidak fikir kerajaan tidak boleh lakukan tetapi disebabkan yg terlibat dalam perniagaan itu pemimpin negara dan kroni2 mereka itu lah sebabnya tiada penurunan harga untuk rakyat kerana mereka hanya memikirkan keuntungan berganda rakyat susah belakang kira tau lah camana rakyat nak hidup. Ini sikap yg digunapakai oleh pemimpin UMNO/BN maka sampai bila pun rakyat tidak akan meniakmati keselesaan hidup. Bagi yg berpendapatan lumayan mereka boleh berjoli tapi bagaimana yg berpendapatan rendah dan sederhana.
DeleteMudah fikir lah kita ada sebotol minyak masak 5kg tak kan nak jual sebotol tinggalkan lah 2 cawan untuk menumis masakan yg lebih jual lah. ini tidak kerajaan ada sebotol jual sebotol sampai nak masak pun tak ada minyak sampai beli dari negara lain. Ini yg terjadi kepada RON 97 kerajaan kehabisan stock dan terpaksa beli dari Singapore kata menteri Hasaan Malek.
Pemimpin Malaysia sebenarnya tamak mencari kekayaan sedangkan mereka lupa siapa yg mengangkat mereka sampai ke tahap memimpin negara.
Sanskrit aka mamak tak nak bantu mic ker?
ReplyDeleteAnak saudara Sulaiman Palestin dah bantu
DeleteSalam 1rasuah,
ReplyDeleteKurangkan jumlah menteri, kita ada menteri wanita, kenapa masih dilantik shahrizat yang kalah menjadi penasihat menteri wanita, pejabat najib sahaja mempunyai 40 orang kakitangan membazir!
tender kerajaan, 1 pen RM14, 1 karipap RM3, pasang paip RM5K claim RM300K harus dihapuskan.
Hapuskan PTPTN dan lesen IPTS, beri biasiswa kepada skorer SPM, berhenti jual degree kepada bodo melalui ipta dan s untuk mengurangkan perebutan jawatan degree dan ke bergantungan kepada PATI.
Jangan beri degree tanpa skor spm kepada penjawat awam. Ini merugikan kerana gred dan gaji terpaksa dinaikkan. Sebaliknya minta mereka ambil spm calon persendirian dan skor untuk ambil degree.
Kurangkan penjawat awam, jangan hanya tengok degree tetapi lihat juga UPSR-SPM jika nak masuk gomen terutama nak masuk KPM.
Kurangkan penjawat awam, 1 pejabat kecil dikhabarkan mempunyai 7 orang kerani sedangkan pejabat sudah dilengkapi sistem pengkomputeran akibatnya lebih banyak goyang kaki dan telur daripada bekerja, tujuan komputer ialah mengurangkan manusia dan kertas.
Kurangkan perbelanjaan kerajaan tambahkan subsidi kepada rakyat. Heee
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
Hapuskan gaji seringgit elaun 15juta dulu
DeleteKami tak perlu tunjuk ajar dp bahlul bin bangang bin jahil
Delete