Monday, 29 December 2014
KETUA AGENSI MENCARI DAN MENYELAMAT MELAPURKAN KEMUNGKINAN PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG HILANG BERADA DI DASAR LAUT.
Pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang dengan 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura berkemungkinan berada di dasar laut, kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, hari ini.
"Berdasarkan koordinat dan penilaian kami kedudukan pesawat terhempas berada di laut, hipotesisnya pesawat berada di dasar laut, kata Bambang Soelistyo seperti dilaporkan agensi berita AFP.
"Itu jangkaan awal kami dan boleh berubah berdasarkan keputusan penilaian berdasarkan pencarian kami,” katanya.
Soelistyo berkata, Indonesia tidak mempunyai kelengkapan seperti kenderaan selam yang boleh mengangkut pesawat di dasar laut, dan memerlukan bantuan daripada negara lain.
"Disebabkan kami kekurangan teknologi, saya bekerjasama dengan kementerian luar meminjam peralatan daripada negara luar yang menghulurkan bantuan, iaitu UK, Perancis dan AS," katanya.
Pesawat jenis Airbus A320-200 itu hilang pagi semalam ketika dalam perjalanan daripada Surabaya, di Jawa Timur, Indonesia ke Singapura selepas kru meminta jadual penerbangan ditukar ekoran cuaca buruk, menjadikan krisis ketiga buat pengangkutan udara Malaysia tahun ini.
Singapura, Malaysia dan Australia menghantar pesawat dan kapal membantu Indonesia dalam misi pencarian yang tertumpu di Laut Jawa.
Amerika Syarikat juga menyatakan kesediaannya membantu mencari pesawat yang hilang.
Penerbangan AirAsia QZ8501 dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada pukul 6.17 pagi semalam waktu tempatan.
Pesawat itu membawa 155 penumpang; 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi selain dua juruterbang dan lima kru kabin yang terdiri daripada 155 warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura (1), Malaysia (1), UK (1) dan Perancis (1).
Rakyat Malaysia yang terlibat ialah Sii Chung Huei, 56, penyelia kem pembalakan yang berasal daripada Sarawak lapor The Malaysian Insider
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Saya rasa ini adalah satu penipuan. Zaman ini adalah zaman teknologi. Mustahil untuk mengatakan tidak dapat mengesan kapal terbang. Mungkin ada sebab mengapa mereka mencipta berita palsu. Kita kena tanya satu soalan iaitu siapakah yang untung dengan berita palsu ini?
ReplyDeleteRamai tak mangsa yang beragama Islam?
ReplyDeleteAdakah negara ini semakin hilang keberkatan..umno/bn CORRUPT & NO HOPE..CHANGE NOW SAVE MALAYSIA.!!!
ReplyDelete